Langkau ke kandungan utama

MPW : Badan Kehakiman

dari ChangkatNingkeBTP


    Undang-undang merupakan pengaruh yang paling menyerap dalam kehidupan kita, melibatkan dalam hampir semua perkara yang kita lakukan. Sistem perundangan di Malaysia telah melalui satu jangka masa yang panjang, iaitu kira-kira 600 tahun lamanya. Penjajahan Inggeris telah memperkenalkan sistem kerajaan berpelembagaan dan common law. Pada hari ini, sebahagian besar daripada undang-undang negara ini datangnya daripada sumber bertulis. Diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan Dewan Perundangan Negeri. Mengenal dan mengetahui tentang sistem perundangan dan kehakiman di sesebuah negara seperti Malaysia adalah amat penting.


APA ITU PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN? 

•Perundangan (Legislation)

            Perundangan adalah merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan khas yang bertanggungjawab dari segi perlembagaan. Kuasa perundangan di Malaysia telah ditetapkan melalui Perkara 44, Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
            Penggubalan undang-undang dalam bentuk perundangan dijalankan oleh Parlimen Malaysia bagi peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri. Parlimen Malaysia membuat undang-undang yang terkandung dalam Senarai I, Jadual Kesembilan, sementara Senarai II dari jadual yang sama merupakan hak kerajaan negeri. Senarai III pula merupakan Senarai Bersama bagi kedua-dua badan.

•Kehakiman (Judiciary)

            Hakim mempunyai kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa (authority) yang diberikan kepada mereka. Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia terletak dalam Perkara 121 (1), Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kehakiman merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan memainkan peranannya dalam proses pengimbangan kuasa.
            Dalam usaha melaksanakan tugas-tugas kehakiman di negara ini, sistem mahkamah telah diwujudkan.
            Badan perundangan bertugas membuat/menggubal undang-undang dan pihak mahkamah pula melaksanakan undang-undang itu, jika ianya digubal dengan betul. pihak mahkamah boleh mentafsir bahagian-bahagian tertentu undang-undang (akta, enakmen atau ordinan) sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan bidang kuasanya.
            Andaikan undang-undang itu digubal secara tidak sah, maka fungsi mahkamah ialah mentafsirkannya.
            Makna/takrifan yang dibuat terhadap undang-undang oleh hakim akan menjadi satu ikutan penghakiman (precedent).

HUBUNGAN UNDANG-UNDANG DENGAN KEHAKIMAN 

           Tujuan undang-undang diwujudkan di sesebuah negara seperti Malaysia ialah untuk mencapai keadilan dalam masyarakat. Maka tujuan satu-satu undang-undang itu ialah menggalakkan ahli masyarakat melakukan sesuatu yang baik dan adil dalam mana-mana keadaan tertentu.
        Undang-undang bukan sahaja berkhidmat untuk masyarakat, malah ia merupakan hasil dari proses interaksi sosial. Adalah wajar undang-undang di Malaysia berlainan dengan undang-undang di negara-negara lain, jika mahukannya dapat berfungsi di negara ini. Seperti undang-undang di negara lain, undang-undang di Malaysia dibentuk/digubal berdasarkan ethos sejarah dan budaya tempatan.

SEJARAH PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN 

        Sejarah perundangan dan kehakiman di negara ini bermula dengan pemerintahan Kesultanan Melaka.
        Kemasukan penjajah Portugis, Belanda serta Jepun ke negara ini kurang memberi kesan dalam hal perundangan dan kehakiman, berbanding dengan penjajah Inggeris.
        Sistem perundangan dan kehakiman Inggeris diperkenalkan di negara ini secara berperingkat-peringkat. Dalam satu siri kehakiman yang terdapat di negara ini, terbukti menunjukkan bahawa English Law telah diperkenalkan di Malaysia.
        Undang-undang yang digunakan di negeri-negeri Melayu sebelum kemasukan penjajah Inggeris adalah Adat Pepatih, yang diamalkan di Negeri Sembilan dan daerah Naning di Melaka. Sementara Adat Temenggong pula digunakan di negeri-negeri lain di Semenanjung.
        Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) dalam tahun1895 menandakan bermulanya pengenalan Undang-undang Inggeris di Semenanjung.
        Perkembangan ini berlanjutan hinggalah negar ini mencapai kemerdekaan dan berterusan pula selepas wujudnya Malaysia dalam tahun 1963. Perkembangan berikutnya pula ialah sedikit demi sedikit perundangan dan kehakiman Malaysia tidak lagi berpandukan perundangan dan kehakiman Inggeris sepenuhnya.

KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG 

        Undang-undang boleh diklasifikasikan dalam berbaga-bagai kaedah. Salah satu kaedahnya ialah membahagikannya kepada tiga bahagian yang luas, iaitu,
a) Undang-undang Awam (Public Law),
b) Undang-undang Antarabangsa (International Law), dan
c) Undang-undang Persendirian (Private Law).

•Undang-undang Awam (Public Law)

          Pada dasarnya undang-undang awam mengawal perhubungan antara individu dengan negara. Undang-undang awam ini juga boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu :
(i) Undang-undang Perlembagaan (Constitutional Law); dan
(ii) Undang-undang Jenayah (Criminal Law).

•Undang-undang Antarabangsa (International Law)

          Undang-undang antarabangsa ini dikategorikan ke dalam:
(i) Undang-undang Antarabangsa Awam;
(ii) Undang-undang Antarabangsa Persendirian.

                   (i) Undang-undang Antarabangsa Awam
                   (ii) Undang-undang Antarabangsa Persendirian.

• Undang-undang Persendirian (Private Law)
•Kontrak (Contract)
•Tort
•Amanah (Trust)

SUMBER UNDANG-UNDANG 

          Undang-undang Malaysia, seperti juga undang-undang negara lain mempunyai sumber-sumber tertentu masing-masing.
          a) Sumber Sejarah
          b) Peraturan-peraturan yang sah yang membentuk undang-undang
          c) Tempat-tempat di mana undang-undang boleh didapati
          Undang-undang Malaysia adalah bersumberkan undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis. Tiga sumber penting, iaitu,
(a) Undang-undang bertulis,
(b) Undang-undang tidak bertulis,
(c) Undang-undang Islam/Syariah.

•Undang-undang bertulis

          Undang-undang bertulis adalah sumber terpenting undang-undang Malaysia. Undang-undang bertulis ini adalah seperti;
          i) Perlembagaan Persekutuan dan Negeri
         ii) Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen Malaysia dan Dewan Undangan    Negeri.

        iii) Perundangan Subsidiari (Subsidiary Legislation) yang dibuat oleh mana-mana orang atau badan.

•Undang-undang tidak bertulis

          Undang-undang tidak bertulis ini terdapat dalam, (i) kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah (Judicial Decision), (ii) Common Law dan Rukun Ekuiti Inggeris, dan (iii) Resam Tempatan (Local Customs), iaitu:
          i) Keputusan hakim-hakim mahkamah atasan
         ii) Common Law dan Rukun Ekuiti
        iii) Hukum adat penduduk tempatan

•Undang-undang Islam/Syariah

          Undang-undang Islam ini merupakan undang-undang Tuhan dari al-Quran, Hadis Nabi Muhammad (S.A.W), serta undang-undang yang telah dipersetujui oleh ulamak fikah zaman dahulu dan sekarang.

BAGAIMANA UNDANG-UNDANG DIKUATKUASAKAN? 

          Dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang persendirian sivil adalah menjadi tanggungjawab mereka yang rugi (damages) membawa mana-mana kesnya ke mahkamah. Pihak mahkamah akan bertindak untuk menyelesaikan pertikaian antara dua pihak atau lebih.
         Dalam hal penguatkuasaan, undang-undang jenayah adalah berbeza dengan undang-undang sivil. Penguatkuasaan undang-undang jenayah dilaksanakan oleh badan-badan tertentu yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara. Badan-badan yang bertanggungjawab itu ialah Polis, Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen, Majlis Perbandaran dan Kerajaan Tempatan, dan badan-badan lain yang diberi kuasa dari semasa ke semasa. Prosedur membawa satu-satu kesalahan itu adalah berbeza-beza. Prosedur itu adalah seperti berikut:

        i) Kes Saman
       ii) Waran Tangkap
      iii) Perintah Timbalan Pendakwa Raya
      iv) Kes Boleh Tangkap

SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA 

          Badan kehakiman yang dibentuk oleh kerajaan mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara-perkara sivil dan jenayah. Ia juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan pula terbahagi kepada:

(i) Mahkamah Atasan (Superior Court) yang terdiri daripada:
    - Mahkamah Agung (Supreme Court)
    - Mahkamah Rayuan (Court of Appeal)
    - Mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo
(ii) Mahkamah Rendah (Subordinate Court) yang terdiri daripada:
    - Mahkamah Sesyen
    - Mahkamah Juvana
    - Mahkamah Majistret
    - Mahkamah Tuntutan Kecil
    - Mahkamah/Balai Penghulu
(iii) Mahkamah Khas (Special Court) yang terdiri daripada:
    - Mahkamah Tentera
    - Mahkamah Perusahaan
    - Mahkamah Buruh
    - Mahkamah Merinyu Kanan Galian

Mahkamah Negeri

Mahkamah anegeri pula terbahagi kepada:

(i) Mahkamah Syariah (Semua Negeri)
        - Mahkamah Syariah Rayuan
        - Mahkamah Kadi Besar
        - Mahkamah Kadi
(ii) Mahkamah Adat/Mahkamah Anak Negeri (Di bawah tanggungjawab Sabah dan Sarawak)
        - Mahkamah Adat Daerah
        - Mahkamah Pegawai/Ketua Adat
        - Mahkamah Penghulu

        Hierarki mahkamah diwujudkan berkait rapat dengan sistem rayuan. Tanpa adanya hierarki, hal-hal rayuan tidak mungkin wujud dan boleh dilaksanakan.

KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN 

        Terdapat dua ciri penting dalam badan kehakiman di Malaysia. Ciri-ciri itu ialah,
(a) Tidak memihak kepada sesiapa
(b) (b) Mempunyai kebebasannya yang tersendiri sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Selain itu, mahkamah juga tidak dikenakan kawalan, sama ada oleh badan perundangan ataupun oleh pihak eksekutif.
        Seseorang hakim tidak boleh dipecat dari jawatannya dengan apa cara yang lain. Prosedur untuk memecat seseorang hakim diperuntukkan dalam Perkara 125(3), (4) dan (5), Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
        Kelakuan seseorang hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana majlis Parlimen, kecuali atas usul yang tersendiri. Ia tidak boleh dibincangkan sama sekali dalam mana-mana Dewan Undangan Negeri. Para hakim setelah dilantik akan memegang jawatan sampai berumur 65 tahun atau sehingga satu masa kemudiannya.

KUASA MAHKAMAH 

        Kuasa kehakiman yang diberikan kepada mahkamah ialah kuasa untuk membicara dan menentukan pertikaian. Kuasa kehakiman juga bermakna kuasa untuk menentukan sama ada seseorang telah melakukan jenayah atau tidak, dan hukuman yang wajar ke atasnya.
        Pembahagian bidang kuasa mahkamah-mahkamah di negara ini dibuat berdasarkan berat, penting atau jumlah wang yang terlibat di dalam sesuatu kes.
        Peranan/kuasa hakim sebagai seorang pengadil. Seseorang hakim tidak boleh menolong mana-mana pihak dalam mengemukakan kes masing-masing.

KESIMPULAN 

        Perundangan dan kehakiman Malaysia merupakan dua agensi kerajaan yang penting bagi mempastikan rakyat negara ini hidup dalam keadaan harmoni, rukun dan damai. Badan ini berjaya mempertahankan kedudukannya dan kekal sebagai jentera kerajaan yang aktif, progresif dan matang. Kita sebagai rakyat negara ini sepatutnya berbangga, memberi penghormatan sokongan, supaya kejayaan cemerlang ini berterusan dan memberi manfaat kepada rakyat seluruhnya.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

RAJA BERPELEMBAGAAN

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN * Raja Berperlembagaan bermaksudd sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. * Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu * Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. Latar Belakang Sejarah * Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa. * Sultan merupakan puncak kuasa dalam semua hal ekonomi,politik dan sosial. * Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu iaitu Inggeris telah mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. * Ekoran tidakan orang-orang Melayu menentang Kesatuan Malaya, kaum-kaum utama di Tanah Melayu mula mengambil peranan dalam politik. * Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan s...

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...