Isnin, Jun 10, 2013

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM SEMAKIN MERUNCING

dari ChangkatNingkeBTP
Sumber: http://haziqinthehouse.blogspot.com/2010/11/keruntuhan-institusi-kekeluargaan-di.html

Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan oleh ahli keluarganya sendiri. Keharmonian kekeluargaan dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Perhubungan spiritual seperti agama, emosi seperti kasih sayang , sikap hormat – menghormati dan bertanggungjawab.  Oleh itu institusi kekeluargaan  adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat dari segi mental dan fizikal. Pada zaman yang serba moden ini kita sering mendengar dan terbaca di muka akhbar tentang permasalahan dan isu seperti  keruntuhan masyarakat . Sebagai contoh kes pebuangan anak luar nikah, kes penderaan kanak-kanak, kes penceraian dan sebagainya. Kekeluargaan merupakan salah satu aspek kehidupan manusia yang perlu diambil perhatian oleh syariat Islam. la dilihat sebagai wadah bagi lelaki dan wanita untuk mencari kedamaian dan kebahagiaan hidup bersama serta melahirkan zuriat bagi menyambung kehidupan dari satu generasi ke satu generasi. Kepentingan tentang kekeluargaan boleh dilihat melalui isu-isu tentang mendapat tempat yang luas dalam al-Quran dan al-Sunnah.  Ibnu Mas'ud RA berkata, ''Aku bertanya kepada Rasulullah saw, dosa apakah yang paling besar? Beliau bersabda, ''Engkau membuat sekutu bagi Allah, padahal Dia lah yang menciptakanmu.'' Aku bertanya lagi, ''Kemudian apa? Beliau bersabda, ''Engkau membunuh anakmu karena takut ia akan makan bersamamu.'' Aku bertanya lagi, ''Kemudian apa? Beliau bersabda,''Engkau berzina dengan isteri rumahtanggamu.'' Hadis Muttafaqun'alaih.


Antara salah satu contoh kesan keruntuhan masyarakat institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat. jika sesebuah keluarga mengalami masalah seperti penceraian, anak mereka yang akan banyak mengalami kesan buruk. Seperti  jiwa mereka akan tergangu dan akan menjadi trauma apabila dewasa , lagi – lagi apabila ingin mendirikan rumahtangga. Selain itu juga, anak – anak akan kehilangan kasih sayang dari ibu atau bapa mereka. Disamping itu juga mereka akan hilang tumpuan pelajaran dan sedikit sebanyak menghancurkan masa depan mereka. Rasulullah bersabda “Sesuatu yang halal tetapi paling dibenci Allah adalah perceraian”. Ini menunjukkan di satu sisi bahwa terkadang perceraian itu tidak bisa dihindari sehingga jika ada satu pasangan yang memang tidak ada kecocokan masih dipaksakan untuk terus, itu akan merugikan semua pihak. Maka dibolehkan perceraian, tetapi diingatkan bahwa perceraian itu halal tapi paling dibenci Allah. Karena itu, kalau masih bisa hidup bersama tanpa perceraian, maka pertahankan perkahwinan.

Selain itu juga masalah keruntuhan masyarakat juga banyak berlaku kepada remaja masa kini. Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular dan merebak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit. Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini. Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.
Pertumbuhan emosi atau tekanan jiwa memainkan peranan yang penting untuk lebih terpengaruh dari pemikiran kerana perubahan fizikal memberi keperluan kekuatan diri.Perkembangan akhlak seseorang boleh di bahagi kepada tiga tahap. Peringkat pertama ialah, Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar. Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.terhadap dirinya dan kurang yakin dengan kemampuannya.

Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu ‘Asr. Beliau bersembahyang sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku’, beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-galanya.Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang s
Antara punca lain ialah buli. Kes buli di sekolah telah meningkat kerana terdapat banyak faktor yang memberi perangsang buli. Buli terbahagi kepada dua, iaitu buli pada emosi serta mental seseorang individu. Ia memberi kesan yang buruk terhadap mangsa buli dan pembuli itu sendiri. Terjadinya kes ini kerana pelajar kurang mendapat kasih sayang yang sempurna oleh ibubapa kerana suasana persekitarannya yang tidak selesa, kehidupan yang teralu bebas, terpengaruh rakan sebaya, ketidak sempurnaan ibu bapa menjaga mereka. Oleh itu,tindaka mereka diluar kawalan ini cuma ingin menunjukan perhatian yang lebih oleh kedua ibubapanya. ibubapa perlulah membimbing anaknya supaya berkelakuan baik terhadap orang lain. cara lain adalah ibubapa sepatutnya tidak terlalu manjakan anaknya kerana ia mungkin memijaknya kita balik.

Islam adalah agama yang benar dan sempurna. Agama ini sangat suci dan memberi ketenangan jiwa dan rohani seseorang. Selain itu juga, ia banyak memberi jalan penyelesaian atau langkah seperti isu sebegini. Jika kita belajar lebih mendalam tentangnya kehidupan kita lebih bermakna,  jiwa dan rohani kita insyallah akan bebas dan terhindar daripada melakukan perkara yang dilarang oleh islam. Oleh itu, kita wajib mengenal islam lebih mendalam jika kita inginkan kesempuranaan hidup dan diredhai allah s.w.t. di sini terdapat banyak langkah dan cara untuk mengelakkan kita melakukan kes seperti ini. Antara langkah penyelesaiannya ialah perbentukan keluarga MADANI. Keluarga madani adalah satu istilah yang mengajak ahli keluarga supaya menghayati kehidupan cara hidup islam dengan contoh perjuangan rasulullah dan para sahabatnya dalam menegakan islam. Konsep ini sangat tepat dan menyusun keluarga dan membina tamadun menurut islam. Selain itu, membangun keluarga madani bermaksud membangunkan aqidah,akhlak dan berdisplin tinggi, ukhuwah dan kasih sayang yang sempurna dan sebagainya sebagaimana dituntuti oleh agama islam.

Seterusnya ialah seseorang individu perlulah membersihkan segala dosa kepada allah jika ingin ketenangan jiwa dan rohani. Jika kita dapat mendekatkan diri kepada allah insyallah keimanan kita akan bertambah dan ini dapat membersihkan diri kita daripada segala kejahatan yang di larang oleh islam. Oleh itu, ibubapa khususnya bapa sebagai ketua keluarga perlu memimpin ahli keluarganya ke jalan yang benar (islam). Cara ini dapat meningkat akhlak yang mulia. Selain itu juga, keimanan yang dimiliki oleh pasangan institusi ahli keluarga dapat memutik akhlak anak – anak.  Kehidupan dalam  rumah tangga adalah hasil daripada akhlak yang mulia dan terpuji. Selain itu juga, kita perlulah bertakwa kepada yang maha Esa iaitu allah s.w.t. pembinaan institusi kekeluargaan islam perlulah diasas rasa takwa kepada allah untuk mencari keredhaan. Tanpa takwa dan keredhaan Nya institusi kekeluargaan tidak dapat berjalan di atas landasan yang benar.kewujudan institusi kekeluargaan adalah ibadah disisi allah. Jika kita leka dan alpa pada konsep takwa ini kemungkinan besar risiko yang tidak di ingini akan berlaku, seperti cerai, keruntuhan akhlak anak – anak, kehidupan sering kucar - kacir dan sebagainya. Hadis Rasulullah bersabda Mereka benar meyakini makna sabda Rasulullah “Orang mukmin yg paling sempurna imannya adl yg paling baik akhlaknya.”

Selain itu juga, ikatan institusi kekeluargaan adalah melalui perkahwinan yang sah dimana kasih sayang akan terjalin diantara satu sama lain. Kasih sayang harus wujud pada setiap manusia untuk melahirkan zuriat manusia yang  bahagia, .hormat – menghormati, tolong – menolong dan lain – lain.konsep ini penting pada setiap ahli keluarga demi mengeratkan hubungan ahli keluarga yang bahagia dari segi akhlak dan  kasih sayang sebagainya. Sifat yang mulia seperti bertolak ansur, lemah lembut dan sebagainya adalah kunci untuk kebahagian rumah tangga, dan adalah bayang dari iradah allah yang mengkehendaki kebaikan kepada seseorang hambanya. Hadis rasulullah bersabda Orang yang mempunyai keberkatan hidup akan sentiasa sayang menyayangi sesama insan. Jika dia orang kaya dia adalah orang kaya disayangi jiran tetangga sekalipun si jiran orang miskin kerana dia sering bersedekah dan membantu mereka, malah tidak sombong pula.

Walaubagaimana pun, pergaulan dan kehidupan bersama secara baik yang diredhai allah adalah amat penting bagi setiap umat islam. Kelakuan seperti maksiat, kezaliman dapat dihindari kerana mengikut perkara yang diredhai allah s.w.t. pergaulan dalam rumah tangga perlulah tidak bertentangan dengan perkara yang dilarang oleh Nya, batas – batas pergaulan adalah amat penting bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang dilarang oleh islam. Zaman permodenan ini kita telah banyak mendengar berita buruk tentang kes pembuangan bayi dan sebagai nya. Ini adalah contoh bahawa konsep ini kurang digunakan dikalangan umat islam kini. Sehubungan itu allah ada menyebut bahawa pergaulan perlulah diredhainya kerana kesan buruk banyak  berlaku sekiranya kita tidak patuh pada perintahnya.

Seterusnya bapa khususnya perlulah membimbing ahli keluarganya pergi ke majlis ilmu seperti, ceramah, membaca al- quran dan sebaginya. Cara ini memberi banyak kesan yang baik kepada kita. Jika kita sering mendekatkan diri kepada allah insyallah kehidupan dan amalan kita akan diredhai allah. Mendalami ilmu agama ini penting untuk diri kita malah dapat menjauhkan kita daripada melakukan perkara yang bercanggah oleh islam. Jika kita sering mengamalkan perkara ini insyallah keluarga kita akan diberkati oleh allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai


Mempertangkaskan reformasi pendidikan hendaklah berteraskan sistem pendidikan yang bersepadu. Pendidikan perlu menerapkan banyak ilmuan islam di dalam pelajaran kerana dapat memberikan banyak pendidikan yang berguna kepada diri sendiri, bangsa dan tanah air. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi respon yang positif unutk mengadun sistem pendidikan  islam dalam aliran pendidikan kebangsaan yang sedia ada dengan lebih mendalam. Cara ini juga dapat menyedarkan pelajar bahawa pentingnya pembelajaran agama islam. Ia bukan sahaja meberi pendidikan kepada kita bahkan menghindarkan kita melakukan perkara yang dilarang oleh islam. Perkara negetif seperti maksiat, lumba haram, buli dan sebagainya dapat dikurangkan apabila anak – anak menghayati dan mematuhi segala peraturan di dalam islam.

Bagi anak- anak yang bermasalah dan sukar didik perluhlah menghantar ke pusat kebajikan yang kini banyak terdapat di Malaysia ini. Cara ini membolehkan anak – anak kembali ke pangkal jalan daripada terbiar di merata tempat. Cara ini dapat menyedarkan bahawa kehidupan di dunia adalah sementara sahaja.

Menyegarkan fungsi kepimpinan juga adalah salah satu faktor dimana kredibiliti kepimpinan dan peranan pemimpinan dalam membenteras gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Kepimpinan tidak boleh dipisahkan daripada aspek moral. Tanpa kepimpinan moral akan hilang kewibawaannya. Dan ini mengakibatkan banyak kes keruntuhan akhlak berlaku. Oleh demikian pemimpin keluarga wajib meminpin ahli keluarganya berteraskan unsur – unsur agama islam. Para pemimpin ahli keluarga perlu memimpin ahlinya supaya kes – kes yang tidak diingini insyallah tidak berlaku.

Seterusnya ibubapa perlulah menjadi model contoh kepada anak – anak supaya mereka tidak dipengaruhi oleh rakan sebaya. Perkara yang wajib ibubapa perlu lakukan ialah mengenali rakan – rakan anaknya dengan lebih rapat supaya ibubapa dapat mengawal anzk mereka dengan lebih mudah. Contohnya seperti sering mengajak kawan anaknya datang ke rumah dan sebagainya. Selain itu juga, media massa baik pun media cetak perlulah bertanggungjawab ke arah pembinaan masyarakat berakhlak. Mereka  juga telah banyak menyiarkan keburukan mempengaruh rakan sebaya yang negetif. Penglibatan sektor swasta dan sektor  Kerajaan juga kini telah banyak menyediakan program – program pembinaan keluarga bahagia. Dengan tindakan ini keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat dapat di kurangkan di Negara ini.

Selain itu, langkah lain bagi mengatasi masalah kerunuthan masyarakat adalah amanah dan tanggungjawab ahli keluarga. Pembinaan institusi kekeluargaan merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin, ikhlas dan jujur. Keluarga adalah amanat dari allah ke atas mereka dan hendaklah diperlihara amanah itu dengan sebaik mungkin. "Daripada Abdullah bin Umar berkata ia, aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Seorang lelaki adalah pemimpin dalam urusan keluarganya dan dia akan diminta bertanggungjawab dalam kepimpinannya. Dan seorang isteri adalah pemimpin dalam mengurus rumahtangga suaminya dan dia akan diminta bertanggungjawab dalam kepimpinannya". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhar

Ibubapa haruslah sentiasa berada di sisi anak kerana anak memerlukan kasih sayang yang secukupnya. Bagi mereka ibubapalah segala –galanya. Anak – anak akan memberontak dan akan berasa kurang kasih sayang sekiranya ibubapa sering sibuk dengan kerjanya. Kita sedia maklum bahawa kes seperti ini telah banyak berlaku di media massa mahupun media cetak. mereka akan kekurangan kasih sayang, tiada tempat mengadu dan sebagainya serta mereka terlalu bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan. Ini akan menyebabkan banyak perkara negetif berlaku seperti buli, merempit, terlibat dalam pergaduhan dan lain – lain lagi. Pemantauan ibubapa adalah sangat penting untuk memastikkan anak mereka selamat dan terhindar daripada melakukan aktiviti seperti ini. Menurut Imam al-Ghazali, anak-anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelasnya, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya `menjadi' atau tidak. Dalam proses mendidik anak-anak, Islam menekankan konsep kasih sayang, penghormatan dan ketegasan. Ini penting agar keperluan fitrah, potensi diri dan nilai-nilai mulia dapat dibangunkan dalam jiwa anak-anak.

Kesimpulannya,  setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan yang penting untuk menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Secara keseluruhannya tugas ketua keluarga khususnya ibu dan bapa sangat berat jika mereka tahu ianya merupakan amanah untuk melahirkan insane dan seterusnya melansungkan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. Secara tidak langsung segala ancaman yang boleh merosakkan aqidah, keruntuhan akhlak, pergaulan bebas di kalangan remaja, pernyalahgunaan dadah, perlakuan zina dan sebagainya dapat dielakkan.

Tiada ulasan:

Advocating for People with Disabilities (PWD) in Islam

dari ChangkatNingkeBTP   This article explores the Islamic perspective on advocating for people with disabilities (PWD), highlighting the ...