Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Kesedaran Mengupayakan OKU. Satu Reaksi Terhadap Senario Isu Hak OKU

dari ChangkatNingkeBTP (Sedutan dari Buku D.I,A, 2017) OKU buat seketika mula mendapat perhatian kembali apabila jaguh-jaguh paralimpik negara membawa pulang 3 emas dan 1 gangsa hasil tuaian Sukan Paralimpik Rio 2016. Nama seperti Mohamad Ridzuan Mohamad, Puzi   Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly, Siti Noor Radiah Ismail mula dikenali. Kemenangan Ridzuan juga membawa bersama nama Cerebral Palsy yang cukup asing kepaa rakyat Malaysia. Apa yang menarik insentif, hadiah dan anugerah yang diterima mereka adakah setaraf dengan atlit Olimpik. Ini merupakan satu dasar yang cukup baik dari Menteri Belia dan Sukan dan kerajaan-kerajaan negeri termasuk Selangor. Sudah sampai masa atlit-atlit hebat ini diberi layanan sama rata, sama adil. Kerana mereka sebenarnya lebih upaya dari mereka yang kononnya sempurna. OKU adalah akronim kepada Orang Kelainan Upaya. Turut dikenali dengan Orang Kurang Upaya. Dulunya masyarakat lebih gemar mengguna istilah cacat. Bahasa Inggerisnya d...