Ada kawasan politik yang tidak boleh dibaca hanya dengan angka majoriti. Ada kawasan yang perlu dibaca melalui denyut kampung, bisik kedai kopi, perubahan anak muda, sentimen orang Melayu, dan keresahan senyap rakyat pertengahan. Kuala Selangor ialah salah satunya. Di atas kertas, Parlimen Kuala Selangor masih milik Pakatan Harapan melalui Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Dalam PRU15, beliau menang dengan 31,033 undi, menewaskan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz daripada BN yang memperoleh 30,031 undi, dengan majoriti hanya 1,002 undi. Calon PN, Mohd Noor Mohd Sahar, pula memperoleh 23,639 undi. Tetapi dalam politik, angka di atas kertas tidak selalu menceritakan seluruh kisah. Kisah sebenar Kuala Selangor hari ini terletak pada tiga DUN di bawahnya: Bukit Melawati, Ijok dan Jeram . Dan di sinilah Perikatan Nasional menunjukkan prestasi yang tidak boleh dipandang ringan. Dalam PRN Selangor 2023, PN menang ketiga-tiga DUN ini: Bukit Melawati dimenangi Azley Yahya daripada PN-BERSATU dengan...
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.