Langkau ke kandungan utama

Borussia Dortmund: Belajar Jatuh, Belajar Bangun



"Trophy is the RESULT. CULTURE is the cause. Dortmund tidak bangkit kerana mereka melupakan kegagalan. Mereka bangkit kerana belajar daripadanya. 1. Belajarlah dari Borussia Dortmund. Sejarah panjangnya sejak 1909 sangat menarik untuk ditelaah. 2. Ditubuhkan oleh anak-anak muda reformis (antaranya adik beradik Braun, Cleve, Debest dll) akibat menongkah arah dengan status quo. 3. Ia pernah jatuh pada tahun 1929 akibat kerana membeli pemain-pemain mahal. Kelab ini bangkit dan jakit dan jatuh semula. Bangkit kerana disokong oleh penyokong tidak bernama. 4. Masuk liga regional negeri tahun 1946 - dapat beberapa kejuaraan dan akhirnya masuk liga Federal DFB tahun 1962. 5. Era kegemilangan tahun 1992 apabila muncul Ottmar Hitzfeld. Menang liga 1995 & 1996. Juara juara Eropah 1996/97 tewaskan Juventus yang punya bintang bernama Zidane. Tahun 1997 pula jadi Juara Dunia. Coach ini disokong oleh hulubalang2 hebat seperti Matthias Sammer, Karl-Heinz Riedle, Paul Lambert, Andreas Moller dan anak muda bernama Lars Ricken. 6. Tahun 2002 terus cemerlang hingga menjadi juara DFB sekali lagi. Namun, kesilapan demi kesilapan kepimpinan menyebabkan bermulanya sekali lagi detik gelap kelab ini. Seorang demi seorang bintang meninggalkan Dortmund. Kelab ini hampir bankrap. Kelab ini hampir turun ke liga bawahan. Stadium pun dijual kepada syarikat insuran. Nilai kewangan kelab hilang 80 peratus. 7. Tahun 2008, ketika Dortmund tercari-cari sinar, mereka ambil risiko dengan melantik seorang jurulatih bernama JURGEN KLOPP. Bermula lah era Kloppology. 8. Ketika Jürgen Klopp dilantik sebagai pengurus Borussia Dortmund pada 2008, beliau tidak mewarisi sebuah pasukan yang sedang berjaya. Dortmund ketika itu baru keluar daripada krisis kewangan, hampir muflis dan semakin jauh daripada kelompok elit bola sepak Jerman. Mereka mempunyai sejarah besar, penyokong luar biasa, tetapi tidak lagi mempunyai kemampuan kewangan untuk membeli kejayaan. 9. Klopp tidak datang membawa janji kemenangan segera. Beliau datang membawa tenaga, keberanian dan identiti baharu. 10. Membangunkan semula keyakinan. Tugas pertama Klopp bukan membeli pemain bintang, tetapi memulihkan kepercayaan seluruh kelab. Beliau membuatkan pemain muda percaya bahawa mereka mampu mencabar pasukan yang lebih kaya. 11. Klopp juga menghidupkan kembali hubungan antara pasukan dengan penyokong. Stadium bukan sekadar tempat bermain, tetapi menjadi sumber tenaga dan kekuatan Dortmund. Prinsipnya mudah: sebelum sebuah pasukan boleh menang, mereka mesti percaya bahawa mereka layak untuk menang. 12. Membina dengan apa yang ada. Dortmund tidak mempunyai wang seperti Bayern Munich. Oleh itu, Klopp bersama pengurusan kelab memilih strategi yang lebih realistik: i) mencari pemain muda yang belum terkenal; ii) memberi mereka peluang bermain; iii) membina keserasian pasukan; iv) meningkatkan nilai pemain melalui latihan; v) mengutamakan kesungguhan berbanding reputasi. 13. Mats Hummels, Mario Götze, Shinji Kagawa, Robert Lewandowski, İlkay Gündoğan, Neven Subotić dan Marcel Schmelzer berkembang dalam ekosistem tersebut. Sebahagian daripada mereka diperoleh dengan kos rendah sebelum menjadi pemain bertaraf dunia. 14. Dortmund membuktikan bahawa kekurangan sumber tidak semestinya menjadi kelemahan jika organisasi mempunyai visi yang jelas. 15. Membina identiti permainan. Klopp memperkenalkan permainan berintensiti tinggi yang kemudiannya terkenal dengan istilah gegenpressing. Apabila kehilangan bola, pemain tidak terus berundur. Mereka segera menekan lawan untuk merampasnya kembali. 16. Namun, perubahan terbesar bukan sekadar taktikal. Klopp membentuk budaya: Semua pemain berlari, semua pemain bertahan dan semua pemain berjuang untuk pasukan. 17. Dortmund bermain dengan pantas, berani dan penuh emosi. Mereka tidak cuba menjadi Bayern Munich versi kedua. Mereka membina identiti sendiri. 18. Hasil pembangunan itu mula kelihatan secara berperingkat: 2008/09: Dortmund menamatkan Bundesliga di tempat keenam. 2009/10: meningkat ke tempat kelima dan kembali ke pertandingan Eropah. 2010/11: muncul juara Bundesliga. 2011/12: mempertahankan kejuaraan dengan rekod 81 mata ketika itu. 2011/12: menewaskan Bayern Munich 5–2 dalam final DFB-Pokal untuk melengkapkan kejuaraan berganda pertama dalam sejarah kelab. 2012/13: mara ke final Liga Juara-Juara Eropah sebelum tewas 1–2 kepada Bayern Munich di Wembley. 19. Organisasi kepimpinan mereka juga kembali merakyat. Antara yang paling menarik mendengar kehendak ahli kelab, mendengar kehendak komuniti. Membudayakan pengurusan kelab hanya dibenarkan memakai seluar jeans. Kesannya komuniti melihat kelab ini sebahagian dari mereka. Kelab ini diihat segar dan lebih rapat dengan rakyat berbanding kelab besar, elit dan lama bernama Bayern Munich. 20. Kisah Dortmund mengajar bahawa untuk bangun semula: i) Akui keadaan sebenar — kebangkitan bermula apabila organisasi berani menerima bahawa ia sedang bermasalah. ii) Bina identiti — jangan sekadar meniru organisasi yang lebih berjaya. iii) Pilih manusia yang sesuai — bakat penting, tetapi sikap, disiplin dan kesediaan belajar lebih menentukan. iv) Berikan masa kepada proses — Klopp tidak menjadi juara pada musim pertamanya. v) Jadikan kekurangan sebagai kreativiti — Dortmund membina pemain kerana tidak mampu membeli bintang. vi) Kekalkan hubungan dengan komuniti — penyokong memberikan jiwa kepada kebangkitan. Kembali merakyat. vii) Terima bahawa kejayaan tidak kekal — organisasi mesti sentiasa memperbaharui pasukan dan pendekatannya. viii) Ketahui masa untuk berubah. 21. Dortmund mengajar kita bahawa jatuh bukanlah lawan kepada kejayaan. Jatuh ialah sebahagian daripada perjalanan menuju kejayaan. Yang membezakan sebuah organisasi biasa dengan organisasi besar ialah kemampuannya mengambil pelajaran daripada kejatuhan, membina semula keyakinan dan bangun dengan identiti yang lebih kuat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENUJU PRN MELAKA 2026: NEGERI KECIL, PERUBAHAN POLITIK BESAR

Melaka kecil pada peta, tetapi jangan kecilkan makna politiknya. Negeri ini pernah menjadi kubu Barisan Nasional, beralih kepada Pakatan Harapan pada 2018, kemudian menyaksikan BN kembali dengan kemenangan besar dalam PRN 2021. Sejarah itu mengingatkan kita bahawa pengundi Melaka boleh berubah. Tiada parti mempunyai geran kekal terhadap kesetiaan rakyat. Kini, hari mengundi ditetapkan pada 14 November 2026 , dengan penamaan calon pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November. Persoalannya bukan sekadar siapa akan menang, tetapi apakah perubahan yang sedang berlaku dalam hubungan antara parti, pemimpin dan pengundi Melaka. Pada hemat saya, PRN kali ini perlu dibaca sebagai pertembungan antara tiga perkara: kekuatan organisasi lama, hubungan politik yang semakin cair, dan tuntutan rakyat terhadap hasil pentadbiran. Kemenangan 2021 bukan jaminan untuk 2026 Dalam PRN 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi, berbanding lima kerusi PH dan dua kerusi PN. Namun, kadar keluar mengundi k...

ANUGERAH TOKOH INKLUSIF OKU SELANGOR 2026: ANTARA AIR MATA, RASA KERDIL DAN HIKMAH SEBUAH PERJALANAN

Ada ketika dalam hidup, kita terdiam bukan kerana tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Tetapi kerana terlalu banyak rasa yang datang serentak, sehingga sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Itulah yang saya rasakan apabila dimaklumkan bahawa saya dipilih antara penerima Anugerah Tokoh Inklusif OKU Negeri Selangor 2026. Saya terdiam seketika. Terperanjat. Segan. Terharu. Malah, ada rasa serba salah. Hampir tiga dekad berada dalam dunia perjuangan OKU, saya tahu benar bahawa di luar sana terlalu ramai insan yang jauh lebih hebat, jauh lebih banyak berkorban dan jauh lebih layak untuk berdiri menerima pengiktirafan ini. Fikiran saya melayang jauh. Kembali kepada wajah-wajah yang pernah saya temui. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan. Kepada ibu bapa yang menangis dalam diam. Kepada anak-anak istimewa yang mengajar kita tentang kekuatan tanpa perlu berkata-kata. Dan akhirnya, fikiran saya berhenti pada satu wajah. Nana. Nur Amanina Hannah. Anak Papa & Mama. Entah mengapa, dalam ...

Tun Dr Siti Hasmah: Kasih yang Melihat Potensi Anak Cerebral Palsy

Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini mengundang rasa dukacita yang mendalam. Saya merakamkan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga. Malaysia kehilangan seorang tokoh yang dikenang kerana kelembutan budi dan kesediaannya mendekati mereka yang memerlukan perhatian.  Sebagai mantan Presiden Malaysian Advocate for Cerebral Palsy , saya ingin mengenang satu sisi khidmat beliau yang dekat di hati komuniti kami. Rekod Persatuan Kanak-Kanak Cerebral Palsy Pulau Pinang mencatatkan bahawa pada November 1981, Tun Dr Siti Hasmah melawat pusatnya dan membawa sumbangan daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI). Catatan itu mungkin ringkas, tetapi bagi sebuah pusat yang berusaha menyediakan pendidikan dan sokongan kepada anak-anak, kehadiran dan bantuan sedemikian mempunyai makna yang besar.  Kunjungan itu mengingatkan kita bahawa perjuangan anak cerebral palsy dan keluarga mereka sentiasa memerlukan lebih daripada simpati. M...