Sebagai seorang yang pernah menulis buku International Politics and the Muslim World , saya melihat isu Palestin bukan sekadar sebagai episod konflik wilayah di Asia Barat. Ia adalah simpul besar dalam politik antarabangsa moden, hubungan kuasa dunia, keadilan global dan maruah umat Islam. Palestin memperlihatkan bagaimana keputusan kuasa besar, kegagalan diplomasi antarabangsa dan kelemahan dunia Islam boleh membentuk tragedi panjang yang diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya. Sebab itu, setiap kali tiba 15 Mei , umat Islam dan pencinta keadilan di seluruh dunia mengingati satu tarikh yang tidak pernah padam daripada sejarah kemanusiaan: Al-Nakba . Dalam bahasa Arab, Nakba bermaksud malapetaka atau bencana besar . Namun bagi rakyat Palestin, ia bukan sekadar istilah sejarah. Ia adalah kisah rumah yang dirampas, kampung yang dikosongkan, keluarga yang terpisah, tanah air yang hilang, dan generasi yang membesar dengan kunci rumah lama di tangan tetapi tidak pernah dapat p...
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.