dari ChangkatNingkeBTP Kali ini saya menulis bukan sebagai ahli akademik yang mengkhusus di dalam bidang sains politik. Bukan juga sebagai saintis politik. Jauh sekali sebagai pengamal politik. Nukilan ini dihasilan atas kapasiti sebagai seorang bapa yang punya anak OKU dan sebagai penyokong Fasilitasi OKU. Pada hari Isnin lepas saya berkesempatan menelaah Manifesto PR untuk PRU ke-13. Cukup teliti dan ia cuba merangkumi aspek-aspek kehidupan rakyat Malaysia. Muka hadapannya juga hebat. Isinya juga boleh dikatakan menawarkan solusi-solusi untuk menunjukkan PR bersedia untuk menjadi kerajaan. Itu satu persepsi awal. Namun, bila saya amati dan kaji berpaksikan perjuangan kami yang berteraskan advokasi OKU, ternyata agak mengecewakan manifesto ini. Mengapa? Langsung tiada fokus khusus berkenaan fasilitasi OKU. Bukan itu sahaja, muka hadapannya ada 41 logo, tiada satupun logo OKU disertakan. Tidak penting barangkali dari kacamata pimpinan PR. Tambah mengecewakan, tiada apa ...
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.