Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PKR

Analisis Awal PRK P44 Permatang Pauh

dari ChangkatNingkeBTP Berikut adalah ringkasan awal analisis saya mengenai keputusan PRK P44 yang diumumkan malam tadi: 1. Peratus undi 74% (-14%) 2. Undi popular KEADILAN 57% (-1.43) 3. Undi popular BN 40.4% (+0.6) 4. status quo 5. Kekurangan peratus mengundi mungkin disebabkan faktor 6,000 pengundi bekerja di luar kawasan & ahli2 Pas yang tidak turun mengundi. 6. Namun, Di permatang pasir KEADILAN kekal majoriti.  7. Terdapat swing undi Melayu & anak muda kepada KEADILAN berbanding PRU 13. 8. Sedikit swing undi Cina kpd BN di 1-2 kawasan. Keseluruhan, undi Cina masih pd PR. 9. Jangkaan saya sblm ini undi popular yang menang akan sekitar 55-58%. Jika pengundi luar turun mengundi majoriti dijangka lebih tinggi. Kebiasannya undi pengundi luar di P44 memihak kepada incumbent.  10. BN kehilangan undi 3834. Ini mungkin disebabkan faktor2 lokal dan berkait isu semasa.  Wallahua'lam

Hasilan Kajian Asas Persepsi Pemilih dalam Pemilihan KEADILAN 2014

dari ChangkatNingkeBTP Hari ini 26 April 2014 menandakan bermulanya Pemilihan  2014 Parti KEADILAN. Keunikkan Pengundian secara "Satu Ahli Satu Undi" ini kali kedua buat parti tersebut setelah kali pertama dilaksanakan pada tahun 2010. Kali ini sekitar 480,000 ahli akan menunai hak mereka untuk memilih pimpinan baru bagi parti tersebut bagi sesi seterusnya. Ini merupakan era penting bagi KEADILAN kerana ia akan menentukan barisan kepimpinan pasca era awal. Satu kajian asas telah saya jalankan bermula sejak tamat Kajian Pla Pengundian PRK Kajang. Sepuluh soalan telah ditanya secara online kepada 100 ahli KeADILAN yang sampelnya dipilih secara rawak. Kami idak menanyakan umur, jantina, latarbelakang pendidikan mahupun bangsa ataupun agama. Ini adalah untuk melihat secara indivdu pandangan mereka tanpa mengira latarbelakang. Tambahan pula KEADILAN sendiri mendakwa parti ini tidak berpaksikan agama, ras mahupun gender.  Berikut adalah ringkasan hasilan asas kajian ber...

Piktorial Pemilihan KEADILAN 2014 : Kempen Telah Bermula

dari ChangkatNingkeBTP Berikut antara makluman Pemilihan &  poster-poster kempen calon untuk Pemilihan KEADILAN 2014 yang saya terima menerusi pelbagai media sosial secara peribadi :

Pemilihan KEADILAN 2014 Siri 1

Apa yang pasti KEADILAN adalah satu contoh entiti kepartian yang di dalamnya penuh dengan seni kemustahilan atau "arts of impossibilities". Saya akan memulakan komentar dan analisis mengenai pemilihan KEADILAN pada kali ini. Ia juga merupakan kesinambungan penulisan-penulisan saya menerusi Suara KEADILAN sewaktu Pemilihan parti tersebut pada 2010 yang lalu. Perlu dijelaskan di sini bahawa penulisan ini bukanlah atas dasar untuk memihak mana-mana calon yang bertanding. Ia akan dibuat seadilnya dan berlandaskan kefahaman saya sendiri menerusi bacaan dan pengalaman terutama sebagai satu-satunya ahli akademik yang membuat kajian PhD berkenaan parti KEADILAN.  Penjelasan mengenai keadilan dalam menulis berkenaan Pemilihan kali ini sangat penting kerana selepas apa yang berlaku terhadap kajian saya dan rakan-rakan sewaktu Pilihanraya Kecil Kajang yang baru sahaja selesai. Ada yang menyanggah hasilan dan dapatan kajian kami apabila dirasakan tidak selaras dengan s...