Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hamdan M Salleh

Analisis AWANI: Menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia

dari ChangkatNingkeBTP Wawancara bersama Dekan Pusat Pengajian Asasi & Umum UNISEL, Prof.Madya Dr Hamdan Datuk Mohd Salleh di dalam program Analisis AWANI.

Hadiri Mesyuarat Pertama Bersama TPM - 9 JULAI 2018

dari ChangkatNingkeBTP Pada 9 Julai 2018, saya berkesempatan bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri satu diskusi dengan Harapan OKU. Gerakan ini mewakili suara-suara NGO OKU yang membawa beberapa isu penting untuk disampaikan kepada YAB TPM. Antara isu yang dibawa adalah berkaitan anti-diskriminasi terhadap OKU, Akta OKU 2008 serta berkaitan memperkasa Majlis OKU dan berkaitan dengan hak OKU untuk mendapat pekerjaan, pembelaan dan pendidikan.

Tq Big Boss DS Azmin...Selamat Bertugas

dari ChangkatNingkeBTP Terima Kasih buat YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali atas kepimpinan Sepanjang 4 tahun mentadbir Selangor dengan penuh cemerlang. Saya terlibat secara langsung dengan pelaksanaan pengajian Percuma yang dilancarkan oleh beliau pada 2016 serta diluluskan bajet RM3.22 juta oleh beliau sewaktu sidang bajet 2018. Selain itu beliau juga teraju yang meluluskan kajian Selangor Poverty Index yang mana saya terlibat secara langsung sejak 2014. Kajian ini memberi penekanan khusus terhadap beban ekonomi mengikut daerah dan kaum. Usaha yang merentas kaum ini antara pemangkin dasar IPR di Selangor. Beliau juga antara yang awal menyokong usaha #upayaOKU di Selangor. Selamat maju jaya buat YB dalam menggalas amanah baru sebagai Menteri Hal-Ehwal Ekonomi. Moga ALLAH permudahkan urusan.

Ringkasan Perkongsian -Siri Forum Demokrasi: MEMERANGI BUDAYA TAKUT DALAM PRU 14

dari ChangkatNingkeBTP Berikut merupakan ringkasan pandangan saya pada forum berkenaan yang diadakan pada 1 Mac 2018 di Institut Darul Ehsan (IDE). Dipetik dari Berita Selangorkini. Manipulasi istilah ‘pembangkang’ cipta ketakutan https://selangorkini.my/2018/03/manipulasi-istilah-pembangkang-cipta-ketakutan/ OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM, 2 MAC: Istilah ‘pembangkang’ sering digunakan untuk mencipta persepsi buruk hingga menakutkan rakyat yang akhirnya menyumbang kepada kegagalan membawa perubahan. Felo Penyelidik IESAD, Prof Madya Dr Hamdan Dato’ Mohd Salleh berkata, perkataan itu disifatkan negatif, termasuk penggunaan istilah seperti ‘Kerajaan Pembangkang Selangor’, ‘Kerajaan Pembangkang Pulau Pinang’ dan ‘Kerajaan Pembangkang Kelantan’.

Inspirasi Za'ba

dari ChangkatNingkeBTP Saya acapkali menggunakan istilah "orang patut-patut" setiap kali ingin merujuk kepada golongan elitis. Istilah itu sebenarnya lahir dari ungkapan Pendita Za'ba. Tokoh besar negara yang namanya gah diabadikan terutama dalam sejarah pendidikan dan bahasa negara ini. Sebenarnya saya mula diperkenalkan secara mendalam berkaitan pemikiran Za'ba sewaktu menyambung pengajian Sarjana di Universiti Malaya pada tahun 2000. Kebetulan saya mengambil subjek Sejarah Malaysia yang dibimbing oleh Profesor Dr Adnan Haji Nawang. Beliau seorang ahli akademik yang cukup gah dan fokus tesis PhD beliau adalah berkaitan Za'ba dan Melayu. Prof Adnan Nawang juga merupakan pakar rujuk berkaitan Pendita Za'ba.

Kesedaran Mengupayakan OKU. Satu Reaksi Terhadap Senario Isu Hak OKU

dari ChangkatNingkeBTP (Sedutan dari Buku D.I,A, 2017) OKU buat seketika mula mendapat perhatian kembali apabila jaguh-jaguh paralimpik negara membawa pulang 3 emas dan 1 gangsa hasil tuaian Sukan Paralimpik Rio 2016. Nama seperti Mohamad Ridzuan Mohamad, Puzi   Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly, Siti Noor Radiah Ismail mula dikenali. Kemenangan Ridzuan juga membawa bersama nama Cerebral Palsy yang cukup asing kepaa rakyat Malaysia. Apa yang menarik insentif, hadiah dan anugerah yang diterima mereka adakah setaraf dengan atlit Olimpik. Ini merupakan satu dasar yang cukup baik dari Menteri Belia dan Sukan dan kerajaan-kerajaan negeri termasuk Selangor. Sudah sampai masa atlit-atlit hebat ini diberi layanan sama rata, sama adil. Kerana mereka sebenarnya lebih upaya dari mereka yang kononnya sempurna. OKU adalah akronim kepada Orang Kelainan Upaya. Turut dikenali dengan Orang Kurang Upaya. Dulunya masyarakat lebih gemar mengguna istilah cacat. Bahasa Inggerisnya d...

Wawancara Sempena PRN Sarawak 2016

dari ChangkatNingkeBTP Saya berkesempatan menjadi penalis untuk KiniTV sewaktu PRN Sarawak baru-baru ini. Akan dikongsikan rumusan selepas ini.

Pakatan Harapan : Satu Analisis Ringkas

dari ChangkatNingkeBTP Dari BA ke Pakatan Harapan .... Apakah ada harapan kepada Oposisi? Sejak kebelakangan ini politik kepartian Malaysia sedang dan telah menyaksikan beberapa isu menarik yang ada yang telah dijangka dan ada yang tidak tersangka oleh para marhain di Malaysia. Untuk lebih spesifik, kebelakangan ini merujuk kepada apa yang berlaku selepas PRK Permatang Pauh versi 2015. 

Our Amazing Journey @ OUM

dari ChangkatNingkeBTP

Pembangkang jangan hanya tahu kritik sahaja - Sinar Harian

dari ChangkatNingkeBTP SHAH ALAM – Pembangkang yang baik akan mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu dan bukannya hanya memperbesarkan isu yang diperkatakan. Demikian menurut Ketua Program PhD Institut Kajian Sosial Unisel, Dr Hamdan Mohd Salleh yang menyifatkan pembangkang di negara ini sepatutnya sudah menginjak ke tahap baharu di mana mereka dapat mencari solusi dalam sesuatu perkara.

Analisis Awal PRK P44 Permatang Pauh

dari ChangkatNingkeBTP Berikut adalah ringkasan awal analisis saya mengenai keputusan PRK P44 yang diumumkan malam tadi: 1. Peratus undi 74% (-14%) 2. Undi popular KEADILAN 57% (-1.43) 3. Undi popular BN 40.4% (+0.6) 4. status quo 5. Kekurangan peratus mengundi mungkin disebabkan faktor 6,000 pengundi bekerja di luar kawasan & ahli2 Pas yang tidak turun mengundi. 6. Namun, Di permatang pasir KEADILAN kekal majoriti.  7. Terdapat swing undi Melayu & anak muda kepada KEADILAN berbanding PRU 13. 8. Sedikit swing undi Cina kpd BN di 1-2 kawasan. Keseluruhan, undi Cina masih pd PR. 9. Jangkaan saya sblm ini undi popular yang menang akan sekitar 55-58%. Jika pengundi luar turun mengundi majoriti dijangka lebih tinggi. Kebiasannya undi pengundi luar di P44 memihak kepada incumbent.  10. BN kehilangan undi 3834. Ini mungkin disebabkan faktor2 lokal dan berkait isu semasa.  Wallahua'lam

Semua pihak perlu jadi ejen perubahan bantu OKU - Hamdan M Salleh

dari ChangkatNingkeBTP SHAH ALAM - We Care For OKU (Orang Kurang Upaya) menggesa semua pihak memainkan peranan masing-masing sebagai ejen perubahan dalam membantu golongan kurang bernasib baik. Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor (UNISEL), Dr Hamdan Mohd Salleh berkata, semua pihak perlu berhenti menuding jari sesame sendiri berhubung perkara seperti ini.