dari ChangkatNingkeBTP by Zareef Muzammil October 25, 2020 4:40 pm SHAH ALAM, 25 OKT: Universiti Selangor (Unisel) menyasarkan kemasukan 1,000 pelajar baharu bagi sesi pengambilan November tahun ini dengan menawarkan 66 program pengajian peringkat asasi, diploma dan ijazah sarjana muda. Naib presiden dan timbalan naib canselor (pembangunan pelajar dan jaringan komuniti) berkata daripada jumlah itu, lapan program asasi termasuk empat trek huffaz ditawarkan, diploma (25) dan ijazah sarjana muda (33). “Sesi pendaftaran akan dibuat secara dalam talian pada 10 November dan mahasiswa perlu menjalani minggu tekad siswa (MTS) melalui kaedah sama. “Kita menubuhkan pasukan khas daripada jabatan pemasaran Unisel yang bertanggungjawab membantu bakal mahasiswa berkaitan urusan pendaftaran, taklimat dan pembiayaan pendidikan,” kata Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh ketika dihubungi SelangorKini. Beliau berkata semua pelajar lama dan baharu akan mengikuti aktiviti pembelajaran secara...