dari ChangkatNingkeBTP Artikel Saya Yang Tersiar Dalam Suara Keadilan Pada 21 Oktober 2010 Oleh Hamdan M. Salleh Pemilihan KEADILAN 2010 nampaknya semakin mendapat perhatian, baik yang positif mahupun negatif. Akhbar Sunday Star tanggal 17 Oktober menjadikannya berita utama muka depan. Sinar Harian sejak daripada MATC memberi kolum dan ruang khusus untuknya. Malah media cetak yang dipersepsikan pro-BN seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian serta New Straits Times turut berminat. Begitu juga warkah Cina dan Tamil memberi ruang membincangkan Pemilihan KEADILAN. Media baru seperti Malaysiakini, MalaysianInsider malah media sesawang kelolaan Raja Petra, Malaysia Today amat jelas berminat dengan proses ini. Para blogger seperti biasa mengeluarkan pelbagai analisa dan kisah hebat tentang apa yang berlaku. Tentunya proses yang berlaku dalam KEADILAN ini suatu perkembangan yang besar dan menarik minat. Mengapa? Kerana proses Pemilihan KEADILAN ini unik dek kera...
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.