dari ChangkatNingkeBTP Saya acapkali menggunakan istilah "orang patut-patut" setiap kali ingin merujuk kepada golongan elitis. Istilah itu sebenarnya lahir dari ungkapan Pendita Za'ba. Tokoh besar negara yang namanya gah diabadikan terutama dalam sejarah pendidikan dan bahasa negara ini. Sebenarnya saya mula diperkenalkan secara mendalam berkaitan pemikiran Za'ba sewaktu menyambung pengajian Sarjana di Universiti Malaya pada tahun 2000. Kebetulan saya mengambil subjek Sejarah Malaysia yang dibimbing oleh Profesor Dr Adnan Haji Nawang. Beliau seorang ahli akademik yang cukup gah dan fokus tesis PhD beliau adalah berkaitan Za'ba dan Melayu. Prof Adnan Nawang juga merupakan pakar rujuk berkaitan Pendita Za'ba.
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.