Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

PRK Bagan Pinang : Tan Sri Isa Samad (BN-UMNO) VS Zulkefly Mohamad Omar (PAS-PR)

dari ChangkatNingkeBTP Berdasarkan pengumuman pada hari Selasa 29 September 2009, ternyata desas-desus berkenaan calon-calon yang akan bertanding bagi PRK Bagan Pinang menepati ramalan para pengkaji politik tanahair. Walaunpun negara telah melalui 8 PRK sejak PRU ke-12, PRK kali ini lebih menarik dan akan menjadi medan pertempuran politik yang hebat. kedua-dua BN dan PR mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri dalam menghadapi PRK kali ini. Tambahan pula , ini hanya kali ke 2 selepas di PRK Parlimen Kuala Terengganu di Semenanjung BN dan UMNO akan mempertahankan kerusi mereka. PRK yang lain menyaksikan PR berjaya untuk mengekalkan staus quo dengan mempertahankan kerusi mereka di Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Bukit Gantang, DUN Penanti, DUN Bukit Selambau serta yang terakhir DUN Permatang Pasir. Menariknya di Terengganu adalah PR yang diwakili oleh PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dari tangan UMNO/BN. Persoalan yang menarik perhatian umum ialah mampukah PAS me...

The Opening of Constantinople to Islam During the Osmanli Devlet

dari Changkat Ning Introduction Sultan Mehemmed II or famously known as Sultan Fatih were one of the most important Caliph in the Osmanli Devlet. One of his greatest contributions towards the spread of Islam is the opening of Constantinople to Islam. The city which is the capital of the Byzantine Empire for centuries, finally fall to Islam and mark the end of one of the oldest empire in human civilization. It is a very important city and its opening to Islam were mentioned in the Hadith of the Holy Prophet (peace be upon him) which clearly mentioned that the city of Constantinople will one day fall to Islam and will be open by a nice army lead by a nice commander. The commander mentioned in the Hadith is certainly Sultan Fatih who command the opening of Constantinople to Islam. The pious Caliph of the Osmanli Devlet is not only superior academically, politically and militarily, but also religiously intelligent ; the criteria of a truth caliph of Islam. The opening of Constant...

Surat Ahli Parlimen Shah Alam. YB Ir Khalid Samad kpd. Penduduk Seksyen 23, Shah Alam

dari Changkat Ning Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23 2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…”Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran s...

Pilihanraya Kecil ke-8 , DUN Bagan Pinang : Satu Analisa Pra PRK

dari Changkat Ning Terlebih dahulu, takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Moga roh beliau dicucuri rahmat dan keampunan Allah jua lebih-lebih lagi beliau meningal dunia dalam bulan Ramadhan yang penuh Berkah ini. Nampaknya demam PRK belum berakhir. Minggu lepas menyaksikan negara menghadapi PRK DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang. Satu lagi PRK akan berlaku dalam jangkamasa terdekat apabila ADUN Bagan Pinang Negeri Sembilan, YB Azman Mohd Noor dari UMNO meninggal dunia pada 4 September kerana masalah jantung. Dalam pada itu, PRK ini akan menyaksikan persaingan yang amat sengit kerana beberapa perkara : 1. Senario politik masa kini menyaksikan tsunami politik pasca pRU-12 belum menampakkan perubahan trend pengundiaan teruta di Semenanjung dimana PR memenangi kesemua 7 PRK. 2. DUN Bagan Pinang merpakan kubu kuat UMNO. Jika dibandingkan dengan 7 PRK sebelum ini, 6 berlaku ddi kerusi milik PR (3 darinya di kubu kuat DSAI , Permatang Pauh). Hanya di PRK parlimen Ku...

SATU LAGI PILIHAN RAYA KECIL..

dari Changkat Ning Sumber : MStar Online Jumaat September 4, 2009 SATU LAGI PILIHAN RAYA KECIL... SEREMBAN: ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor meninggal dunia pada petang jumaat akibat komplikasi jantung sekaligus membuka laluan kepada satu lagi pilihan raya kecil iaitu yang ke-9. DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang. Pada pilihan raya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi. Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum. Menurut laporan awal, kematian Azman adalah disebabkan komplikasi sakit jantung. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang di Hospital Pakar Seremban. Azman berusia 55 tahun. Allahyarham, yang pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di H...

Dari MStar Online : Adun Pelabuhan Klang akhirnya bersuara

dari Changkat Ning Setelah timbul pelbagai spekulasi berkenaan ADUN Pelabuhan Klang, YB Badrul Hisham Abdullah, akhirnya beliau berjaya ditemubual oleh The Star. Tahniah untuk di Star. (versi Bagasa Malaysia The Star boleh diakses dengan melayari laman sesawang htttp://www.mstar.com.my). Apa yang jelas, beberapa alasan yang beliau maklumkan ada logiknya. Ia bukan perkara baru. Penjelasan seperti peruntukkan DUN kerap kedengaran rungutannya bukan sahaja di DUN Pelabuhan Klang malah di beberapa DUN lagi seperti di DUN Kuang. Terdapat peruntukkan tidak sampai ke peringkat rakyat marhain dan jika ada hanya di kawasan terpilih sahaja, Sesuatu perlu dilakukan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor kerana rungutan di belakang tabir makin kuat kedengaran dan boleh menjejaskan PR secara keseluruhannya. Jumaat September 4, 2009 Adun Pelabuhan Klang akhirnya bersuara PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Pe...