Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Isu Semasa

Bila Isu Babi Menjadi Isu Maruah Politik: DAP, Titah Sultan Selangor dan Risiko Besar kepada Undi Melayu

Isu penternakan babi di Selangor bukan lagi sekadar isu ternakan, bekalan makanan bukan Islam atau teknologi ladang moden. Ia sudah berubah menjadi isu politik identiti, sensitiviti agama, penghormatan kepada institusi Raja, dan ujian besar kepada kebijaksanaan Pakatan Harapan mengurus persepsi Melayu. Secara faktanya, polemik ini bermula apabila ADUN DAP Seri Kembangan, Wong Siew Ki, ketika membahaskan titah Sultan Selangor, menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan sistem penternakan babi moden dan mengaitkan isu itu dengan hak kesamarataan di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan itu kemudian dipersoalkan oleh pemimpin PAS dan BN Selangor sebagai bertentangan dengan titah Sultan Selangor. ( Malaysiakini ) Pada 7 Mei 2026, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan semula bahawa baginda tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Selangor , dengan alasan risiko pencemaran tanah, udara, sumber air, kawasan tadahan ...

Program We Care For OKU UNISEL - MyCP

dari ChangkatNingkeBTP Pada 27 April yang lalu saya telah mewakili Persatuan Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP) dalam program "We Care Fort OKU". Program ini dianjurkan oleh para pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri Universiti Selangor (UNISEL) yang mengambil subjek Management Skils. Ia telah diadakan di Kampus UNISEL Bestari Jaya. Sekalung tahniah dan terima kasih atas usaha kalian. Didoakan anda semua terus menjadi agen perubahan dalam usaha mencipta satu dunia Malaysia yang menghargai Fasilitasi OKU. Berikut adalah berita berkenaan dari laman web MyCP (Foto: Pengerusi MyCP menerangkan mengenai Cerebral Palsy & Peranan MyCP ... turut serta Saudara Syahir Azhar, pelajar CP UNISEL yang berkongsi pengalaman beliau) Bersempena dengan usaha berterusan MyCP untuk memperjuangkan advokasi kesedaran terhadap Cerebral Palsy, satu program berjudul "We Care FOr OKU" telah diadakan bersama para pelajar Psikologi Industri UNISEL . Program in...

Perihal Politik Selangor - Isu Kalimah Allah

dari ChangkatNingkeBTP Isu-isu politik terkini di Selangor sangat menarik terutama dengan beberapa peristiwa menarik yang berlaku di dalam kerajaan negeri. Antara isu yang terbesar adalah isu kalimah ALLAH yang kembali menjadi kontroversi disebalik tindakan rampasan bible berbahasa Melayu oleh JAIS baru-baru ini.  Sebelum itu, satu hakikat yang ingin saya tegaskan di sini adalah bahawa sememangnya ALLAH itu adalah untuk semua. Namun, penggunaan kalimah ALLAH oleh pelbagai agama perlu dilihat dari sudut hukum, amalan, adat setempat dan mengapa kalimah itu digunakan. Satu aspek lagi yang perlu dilihat di sini adalah penggunaan kalimah ALLAh di negara-negara Timur Tengah dan di Borneo (Sabah dan Sarawak) agak berbeza dengan amalan di Semenanjung Malaysia. Kalimah ALLAH juga bukanlah satu-satunya kalimah yang dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam kerana terdapat lebih kurang 40 kalimah yang dilarang penggunaannya.