Langkau ke kandungan utama

Perihal Politik Selangor - Isu Kalimah Allah

dari ChangkatNingkeBTP

Isu-isu politik terkini di Selangor sangat menarik terutama dengan beberapa peristiwa menarik yang berlaku di dalam kerajaan negeri. Antara isu yang terbesar adalah isu kalimah ALLAH yang kembali menjadi kontroversi disebalik tindakan rampasan bible berbahasa Melayu oleh JAIS baru-baru ini. 
Sebelum itu, satu hakikat yang ingin saya tegaskan di sini adalah bahawa sememangnya ALLAH itu adalah untuk semua. Namun, penggunaan kalimah ALLAH oleh pelbagai agama perlu dilihat dari sudut hukum, amalan, adat setempat dan mengapa kalimah itu digunakan. Satu aspek lagi yang perlu dilihat di sini adalah penggunaan kalimah ALLAh di negara-negara Timur Tengah dan di Borneo (Sabah dan Sarawak) agak berbeza dengan amalan di Semenanjung Malaysia. Kalimah ALLAH juga bukanlah satu-satunya kalimah yang dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam kerana terdapat lebih kurang 40 kalimah yang dilarang penggunaannya. 

Isu ini jika tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri akan menjadi isu besar yang memberi impak negatif kepada PR. PR pada pandangan saya cuba dan mungkin ingin menjadikan isu ini isu yang boleh mempopularkan lagi PR di kalangan bukan Islam. Usaha PR untuk membantah tindakan JAIS sebenarnya boleh dilihat dari sudut populis iaitu boleh mendapatkan populariti dari kalangan pengundi bukan Islam terutama mereka yang beragama Kristian. Namun  harus diingat beberapa perkara mengenai isu ini iaitu:

(1) Larangan ini sebenarnya melangkau perbedaan politik. Isu pengharaman kalimah ALLAH di negeri Selangor adalah menerusi titah dan arahan DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor yang acapkali menegaskan bahawa di Selangor, kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja. Dilema selepas ini pasti akan dihadapi oleh PR Selangor andai tiga ADUN dari DAP mengusulkan pindaan kepada perintah berkenaan sewaktu sidang DUN nanti. Rakyat Melayu tentunya akan melihat dan menilai respon ADUN-ADUN beragama Islam dari parti-parti PAS dan KEADILAN. Persoalan timbul apakah mereka ini akan menyebelahi usul ini atau bertindak menyokong titah Tuanku Sultan. Ini satu dilema yang besar dan jika salah langkah pasti akan memberi kesan kepada sokongan Melayu-Islam terhadap terhadap PR.
(2) Kajian mengenai isu kalimah ALLAH oleh UM menerusi Institut Kajian Demokrasi & Pilihanrayanya (UMcedel) yang diketuai oleh mantan penyelia tesis sarjana saya iaitu Prof Datuk Dr. Mohamad Redzaun Othman boleh dijadikan panduan berguna. Secara ringkas kajian mendapati :

  • 77% Melayu (terutama golongan muda) menentang penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam. 11% orang Melayu menerima penggunaan manakala 12% tidak pasti.
  • 21% orang Cina menentang penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam, 21% setuju dan 58% tidak pasti.
  • 63% pengundi kali pertama menentang penggunan kalimah ALLAH di kalangan orang bukan Islam manakala 58% pengundi senior turut menentang penggunaan sedemikian.
 Ini tentu menarik jika diamati. jika salah percaturan, undi Melayu akan semakin jauh dari PR terutama jika ia digunakan oleh UMNO Selangor terutamanya untuk memperlihatkan bahawa KEADILAN dan PAS seakan tidak prihatin dengan satu hakikat bahawa majoriti orang Melayu beragama Islam di Semenanjung Malaysia berpendapat bahawa kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja.

(3) Respon yang bercampur dan tidak konsisten oleh para pemimpin kanan negeri Selangor agak mendukacitakan. Exco Agama, Ustaz Salehin menyatakan bahawa beliau tidak dimaklumkan berkenaan serbuan berkenaan manakala YAB Menteri Besar Selangor mengambil pendirian berdiam diri terlebih dahulu sebelum memberikan respon. Hasilannya akhirnya JAIS perlu membetul dan mengubah SOPnya agar tindakan-tindakan selepas ini tidak memberikan gambaran negatif di mata orang bukan Islam.
Terdapat tiga pandangan umum mengenai isu ini iaitu
 (a) kalimah ALLAh jika dibenarkan penggunaannya di kalangan orang bukan Islam akan membuatkan mereka lebih rapat untuk mencari dan mengenal ALLAH.
(b) kaedah serbuan dan rampasan JAIS tersebut membuatkan orang bukan Islam takut dengan Islam lantas menjauhkan lagi mereka dengan agama Islam. 
(c) Adakah penggunaan kalimah ALLAH di Semenanjung oleh penganut Kristian akan menimbulkan kekeliruan dari kalangan orang Melayu Islam hingga timbul dakwaan adanya agenda tersembunyi. 

Tiga persoalan ini acapkali timbul. Namun, perlu kita ingat dalam negari Selangor yang bermajoriti Melayu, berpaksikan pelbagai kaum dan beragama rasmi Islam; kaedah terbaik perlu digunakan agar tidak melukakan hati kedua-dua golongan. Begitu juga hak asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan iaitu antara lain menjamin hak beragama. walaubagaimanapun ada batasnya semua itu dan kita yang inginkan Malaysia yang maju dan matang perlulah meraikan perbezaan tanpa mengorbankan prinsip dan hak. Jadi, carilah jalan terbaik yang tidak semesti solusinya berpaksikan politik kepartian dan populisme.

Wallahua'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PRN Melaka 2026 — Analisis setakat 9 November 26

BN berada di landasan untuk kekal sebagai kuasa terbesar di Melaka. Unjuran asas saya ialah BN 21 kerusi, PH 5 dan PN 2, menjadikan Muafakat Melaka 23 daripada 28 kerusi. Pertarungan yang paling menarik ialah sama ada PN boleh mengambil Bukit Katil daripada PH, sama ada PH boleh mengambil Paya Rumput yang dilepaskan BN kepada PN, dan sama ada BERSATU boleh menembusi Sungai Udang atau Pantai Kundor . SPR mengesahkan 79 calon bagi 28 kerusi. Majoriti mudah ialah 15 kerusi , manakala dua pertiga memerlukan 19 kerusi . Undi awal berlangsung pada 10 November dan pengundian pada 14 November. Unjuran ini menggunakan keputusan 2021, senarai calon muktamad dan laporan lapangan yang diterbitkan sehingga 9 November. Angka di bawah ialah penilaian kerusi secara kualitatif. Kadar pemindahan undi dan perbezaan kadar keluar mengundi masih menjadi ketidakpastian utama. spr.gov.my Apa yang kelihatan di lapangan Hisommudin Bakar dari Ilham Centre melaporkan pada 9 November bahawa gerak kerja BN–PN l...

UNISEL Dah Masuk Ranking Asia. MPU Masih Boleh Biasa-Biasa?

Cuba bayangkan dua berita tentang kampus sampai pada hari yang sama. Satu, UNISEL naik satu anak tangga dalam ranking Asia Tenggara. Satu lagi, mahasiswa akhirnya berjaya meyakinkan pengurusan supaya laluan ke dewan kuliah boleh digunakan oleh pelajar berkerusi roda. Berita pertama senang dijadikan poster. Berita kedua mengubah cara seseorang sampai ke kelas. Bila nama Universiti Selangor (UNISEL) masuk QS Asia edisi 2026 , dalam kelompok 1,101–1,200 , ada yang mungkin tanya, “Nombor macam itu pun nak diraikan?” Ya, saya rasa sangat patut. Dalam senarai Asia Tenggara , UNISEL pula bergerak daripada kedudukan bersama ke-173 pada edisi 2026 kepada kedudukan bersama ke-172 pada edisi 2027 . Kita boleh gembira dengan langkah itu. Tahniah kepada semua yang terlibat dan menyumbang. Ianya sangat tidak mudah, penuh cabaran, dugaan dan mehnah. Ini baharu tahun ke-2 Unisel mencabar diri. Cukup boleh dibanggakan. Cuma selepas ucapan tahniah, elok kita tanya soalan yang lebih susah. Apa yang mesti...

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :