Khamis, April 23, 2009

Iran iktiraf program pengajian di UNISEL

dari Changkat Ning

Muhammad Arif Ismail - HarakahDaily.Net
Thu | Apr 23, 09 | 3:03:20 pm MYT

SHAH ALAM, 23 April (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Dr Halimah Ali hari ini mengumumkan kursus pengajian di Universiti Industri Selangor (Unisel) telah mendapat pengiktirafan Kerajaan Republik Islam Iran.

"Pada 21 April lalu, Dr. Vahid Ali, Research Counsellor and Director for Iranian student affair South Pacific Region, telah menyerahkan surat pengiktirafan Kerajaan Republik Islam Iran terhadap semua kursus di Unisel.

"Ini bermakna graduan-graduan dari Unisel tidak akan menghadapi masalah untuk memohon kerja di Republik itu terutama sekali bagi warganegara itu apabila mereka pulang ke tanah air," katanya dalam sidang media yang diadakan semalam.

"Mudah-mudahan ia akan menjadi batu lonjatan bagi Unisel untuk terus maju ke hadapan dan menjadi ia satu institusi yang bertaraf antarabangsa," katanya.

Pada masa ini, terdapat keperluan untuk memasuki Universiti di Iran dengan jumlah pusat pengajian tinggi awam hanya 80 buah ditambah pula dengan jumlah penduduk yang berjumlah 70 juta.

Tiap-tiap tahun, seramai 1.2 juta pelajar akan mengambil peperiksaan kemasukan ke Universiti awam dan hanya satu juta layak diterima memasuki pengajian tinggi itu. Oleh itu, 200,000 rakyatnya terpaksa mencari pendidikan di luar negara,katanya. - mks.

Ahad, April 12, 2009

RAYUAN SUMBANGAN/DERMA/SEDEKAH/WAKAF/ZAKAT BAGI PEMBINAAN SURAU AS-SOBIRIN, BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG,SELANGOR D.E.

dari Changkat Ning

YBhg. Tan Sri/Puan Sri/ Dato’/Datin/Tuan/Puan,


RAYUAN SUMBANGAN/DERMA/SEDEKAH/WAKAF/ZAKAT BAGI

PEMBINAAN SURAU AS-SOBIRIN, BANDAR TASIK PUTERI,

RAWANG,SELANGOR D.E.


Didahului dengan doa semoga YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan sentiasa berada dibawah limpah rahmah dan perlindungan daripada Allah S.W.T.


Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa pihak AJK Pembinaan Surau As-Sobirin dengan segala hormatnya merayu sumbangan ikhlas dari pihak YBhg. Tan Sri/Puan Sri/ Dato’/Datin/Tuan/Puan bagi tujuan Pembinaan Surau As-Sobirin.


2. Untuk tujuan itu, bersama ini disertakan alamat untuk menyumbang :


TABUNG PEMBINAAN SURAU AS-SOBIRIN

No. 12-A-2A, Jalan 7A/2, Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

Tel : +603-6034 3262 Fax: +603-6034 4262 email: surau.as.sobirin@gmail.com weblog:http://nursobirin.wordpress.com/

No Pendaftaran JAIS :

(2).dlm.JAI.Sel.BPM/01/035/178

Kebenaran Membina Surau:

(6).dlm.JAI.Sel.BPM/01/030/8

Kebenaran Pungutan Khairat Seksyen 106:

(36)dlm.JAI.Sel.BPM/01/44/GOMBAK/Jld1

No Kelulusan MPS:

(80).dlm.MPS.3/3-117/721

No. Akaun :

1416-0000085-105

(CIMB Cawangan TTDI-KL)


3. Di atas kesediaan serta Sumbangan/Derma/Sedekah/Wakaf/Zakat dari pihak YBhg. Tan Sri/Puan Sri/ Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah amat dihargai dan disanjung tinggi. Semoga Allah SWT melipatgandakan pahala amal jariah YBhg. Tan Sri/Puan Sri/ Dato’/Datin/Tuan/Puan di akhirat kelak, amin.

Sekian, Terima kasih.


Hamdan Mohd Salleh

bp Jawatankuasa Tabung Pembinaan Surau As-Sobirin


Selasa, April 07, 2009

Terkini di Bukit Gantang II

ChangkatNingNetwork

Setakat pukul 4, peratus mengundi semakin meningkat walaupun hujan turun dengan lebat pada tengahari. Keadaan jalanraya sesak terutama di Changkat Jering dan Simpang Empat. Adalah dilaporkan hampir 80 % pengundi dari sejumlan 1700 orang keluar mengundi di Kuala Sepetang dan khabarnya memihak kepada YB Ir Nizar. Namun, kawasan Melayu agak tidak menentu terutama di Changkat Jering dan Trong. Peluang masih lagi 50-50. Kawasan bermasalah adalah di DUN Trong yang sewaktu PRU-12 dimenangi oleh ADUN UMNO.

Ringkasan dari Harakah :

4.00 petang: Di Sek Ren Jen Keb Cina Phoay Eng, Kuala Sepetang, SPR mengatakan lebih 80 peratus daripada 1700 pengundi sudah keluar mengundi.

Berdasarkan pengamatan perayu undi dan petugas SPR, mood pengundi meningkat serta sokongan pengundi Cina memberangsangkan. Dato' Ngeh Koh Ham mengatakan peluang cerah bagi PAS bagi peti undi di Kuala Sepetang.

Hujan mulai turun dan petugas pilihan raya mengambil langkah berjaga-jaga.

1.00 petang: Keadaan trafik di jalan-jalan utama seperti Jalan Changkat Jering dan Jalan Simpang mengalami kesesakan teruk.

Hujan mula lebat. Keadaan ini mungkin mengganggu kelancaran pengundian kerana dijangkakan ramai yang berhasrat untuk keluar mengundi di saat akhir terutamanya sewaktu rehat ketika ini.

Terkini di Bukit Gantang


dari Changkat Ning

Proses pengundian bermula jam 8 pagi tadi. Keadaan cuaca di Bukit Gantang adalah baik.

12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar mengundi.

11.15 pagi: Di Madrasah Al- Khairyah Addiniah, Kampung Larut Tin, Dun Changkat Jering, berlaku kekecohan waktu ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri antara peyokong BN dan PAS. Polis mengambil tindakan menyuraikan keadaan. Keadaan kembali terkawal.

10.30 pagi: Kenderaan yang dinaiki calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah dihalang oleh penyokong BN.

Beberapa penyokong BN dilihat menyerbu dan menendang kenderaan tersebut di Pusat Pengundian SK Ayer Puteh.

Tindakan tersebut telah menyebabkan kemarahan terhadap penyokong Pakatan Rakyat. FRU datang dan menenangkan suasana.

10.15 pagi: Di SMK Pengkalan Aor, Air Kuning (Dun Changkat Jering) berlaku kekecohan apabila penyokong BN menghalang petugas PAS berada berhampiran mereka.

Berlaku ketegangan apabila ada kalangan petugas BN yang mencurah air ke atas penyokong PAS. Polis dan FRU menyuraikan keadaan.

Di kawasan tersebut kelihatan ramai penyokong PAS yang menenggelamkan penyokong BN. 10.00 pagi: Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof

9.00 pagi: Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang. Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang.

7.35 pagi: Calon Pas, Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas PAS, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian.

Bersama YB Ir Nizar





dari Changkat Ning

Pada 4 April 2009, saya berkesempatan bersama calon Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Gantang, YB Ir Hj Mohamad Nizar di sebuah kampung berdekatan dengan Simpang. Sambutan para penduduk amat meriah. Turut serta berkempen adalah YB Sivakumar, YB Dr Hatta dan ramai lagi.

Sabtu, April 04, 2009

PRK Bukit Gantang : Changkat Ning via Changkat Jering

dari Changkat Ning

Saya akan berada di Bukit Gantang pada 4 April 2009 terutama di Changkat Jering untuk merasa bahang kempen pilihanraya di sana. Akan singgah di Markas KEADILAN Changkat Jering, kemudian ke Kampung Changkat Ning, ke Simpang Tiga sebelum ke Kuala Sepetang. Jika ada masa akan ke Taiping juga untuk meninjau apa yang berlaku di sana. Dengar khabar Ceramah Datuk Seri Anwar di Trong pada 2 April dihadiri oleh 600 orang dalam suasana hujan lebat. Pada hari Jumaat DSAI berada di Bukit Selambau dan akan kembali ke Bukit Gantang pada hari Ahad.

Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...