KEADILAN masih memegang jawatan Menteri Besar Selangor, tetapi kedudukan itu tidak boleh dibaca sebagai ukuran kekuatan parti di seluruh negeri. Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, KEADILAN menang 12 daripada 20 kerusi yang ditandinginya. Pakatan Harapan (PH) memperoleh 32 kerusi, Barisan Nasional (BN) dua, manakala Perikatan Nasional (PN) menawan 22 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN. Angka ini menunjukkan dua perkara serentak: KEADILAN kekal penting kepada kerajaan Selangor, tetapi ruang pertumbuhannya berada di kawasan yang paling sukar ditembusi. Pertanyaan untuk pilihan raya akan datang bukan sekadar sama ada KEADILAN mampu mengekalkan pentadbiran negeri. Pertanyaan yang lebih menguji ialah: bolehkah KEADILAN meyakinkan pengundi di kerusi majoriti Melayu bahawa parti ini memahami kehidupan, nilai dan keresahan mereka? Peta 12 kerusi KEADILAN Keputusan 2023 memperlihatkan dua lapis kekuatan. Di Rawang, Kajang, Bukit Lanjan dan Sentosa, KEADILAN menang dengan majoriti melebi...
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.