Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Selangor FC

Jersi Selangor 1982

dari ChangkatNingkeBTP Jersi Selangor 1982 Hari ini saya memakai replika jersi pasukan Selangor dalam Final Piala Malaysia 1982. Tahun itu antara tahun terawal saya mula ikuti bolasepak. Tambahan pula, tahun berkenaan juga adalah tahun Piala Dunia di Sepanyol yang memunculkan Diego Maradona. Jersi replika ini cuma yang berbeza adalah jersi 1982 menggunakan logo FAS dan bukan bendera negeri Selangor. Perbezaan kedua adalah silang kuning jersi ori adalah di sebelah kanan ke bawah. 1. Tahun 1982 merupakan antara detik bersejarah Bolasepak Malaysia apabila kali pertama kejuaraan liga mula diperkenalkan oleh FAM dan dinamakan Liga Piala Malaysia. Ia juga digunakan sebagai asaa kelayakan ke kejohanan Piala Malaysia. 2. Liga status Amatur ini berlangsung hingga tahun 1988. Jika ada yang masih ingat, tahun 1989 FAM memulakan Liga Semi-Pro. Sebelum 1982, format yang digunakan dari tahun 1921-1981 adalah format Piala Malaysia sahaja dan tiada kejuaraan liga bagi juara kumpulan. 3. Kejuaran sulun...

Nukilan Buat Selangor FC - Dr Dan

dari ChangkatNingkeBTP Baju rare, pakai hanya sekali Tapi mengapakah kalah berkali Sekarang ini tempoh transformasi DNA Jerman macam belum serasi Mencari rentak dan gaya bukan semudah ABC Pasti perlu masa, detik dan tentunya inspirasi Teruslah gagah menyambung tradisi Hayati DNA 85 tahun penuh legasi Sorotilah tahun 1936, 22 Februari Tunku Abdul Rahman bangunkan gergasi Abdullah Nordin, Ghani Minhat jadi paksi Almarhum Harun Idris menyambung produksi 15 dari 33 Piala Malaysia menjadi saksi Legasi Santokh, Arumugan, Chin Aun dan Mokhtar Dahari Muncul pula Zainal, Azman, Ismail, Durakovic dan kemudiannya Amri Bambang & Co menyambung Revolusi Kemudiannya Fairuz Aziz , Razman & Capt Shahrom Kalam mencapai misi Tradisi 85 tahun perlu dihayati Demi Merah Kuning kembali menjadi gergasi Dr Dan