“Anak muda mungkin tidak berminat dengan geopolitik. Tetapi geopolitik tetap berminat dengan masa depan anak muda.” Artikel ini ringkasan pandangan saya sebagai Paneli dalam Program Suara MADANI: Forum Kenegaraan yang dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama UNISEL, bertempat di Kampus Bestari Jaya pada 25 Jun 2026. Konflik Asia Barat sering dilihat sebagai isu yang terlalu jauh daripada kehidupan mahasiswa Malaysia. Ia berlaku ribuan kilometer dari kampus kita. Bunyi letupan tidak kedengaran di bilik kuliah. Asap peperangan tidak kelihatan dari kafeteria universiti. Namun, dunia hari ini terlalu saling terhubung untuk kita mengatakan bahawa sesuatu konflik itu tidak mempunyai kaitan dengan kehidupan kita. Perang berlaku jauh, tetapi harga minyak meningkat di sini. Kapal dagang diserang di laut sana, tetapi harga barang berubah di kedai kita. Kuasa besar bersaing dalam bidang teknologi, kecerdasan buatan d...
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.