dari ChangkatNingkeBTP Jersi Selangor 1982 Hari ini saya memakai replika jersi pasukan Selangor dalam Final Piala Malaysia 1982. Tahun itu antara tahun terawal saya mula ikuti bolasepak. Tambahan pula, tahun berkenaan juga adalah tahun Piala Dunia di Sepanyol yang memunculkan Diego Maradona. Jersi replika ini cuma yang berbeza adalah jersi 1982 menggunakan logo FAS dan bukan bendera negeri Selangor. Perbezaan kedua adalah silang kuning jersi ori adalah di sebelah kanan ke bawah. 1. Tahun 1982 merupakan antara detik bersejarah Bolasepak Malaysia apabila kali pertama kejuaraan liga mula diperkenalkan oleh FAM dan dinamakan Liga Piala Malaysia. Ia juga digunakan sebagai asaa kelayakan ke kejohanan Piala Malaysia. 2. Liga status Amatur ini berlangsung hingga tahun 1988. Jika ada yang masih ingat, tahun 1989 FAM memulakan Liga Semi-Pro. Sebelum 1982, format yang digunakan dari tahun 1921-1981 adalah format Piala Malaysia sahaja dan tiada kejuaraan liga bagi juara kumpulan. 3. Kejuaran sulun...
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.