Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2025

PAS pasca Pemilihan 2025 : Dari Pondok ke Putrajaya?

dari ChangkatNingkeBTP Muktamar PAS di Kedah baru-baru ini memberi isyarat jelas bahawa parti Islam terbesar di Malaysia ini sedang melalui fasa transisi yang signifikan. Jika dahulu ia sering dicop sebagai parti ustaz kampung dan penceramah pondok, kini wajah baharu kepimpinan pusat yang dipenuhi dengan profesional berpendidikan tinggi, termasuk enam pemegang PhD dan bekas Naib Canselor universiti , menunjukkan satu anjakan besar. Kehadiran tokoh teknokrat ini bukan sekadar kosmetik, tetapi strategi untuk menembusi segmen Melayu bandar dan kelas menengah yang sebelum ini kurang yakin dengan kebolehan PAS mentadbir negara moden. Stabiliti parti turut ditunjukkan apabila jawatan presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden tidak dipertandingkan, seolah-olah mahu menghantar mesej bahawa PAS kekal kukuh dan bersedia untuk ke Putrajaya . Pada masa sama, komposisi baharu Jawatankuasa Pusat dilihat sebagai pasukan transisi, menyediakan generasi pelapis yang lebih segar untuk menggal...