1. Pendahuluan: Ayer Molek bukan sekadar pertandingan dua calon Salah seorang Felo IESAD, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali akan turut bertanding di Ayer Molek. Pertandingan DUN Ayer Molek dalam PRN Melaka pada 14 November 2026 mempunyai dimensi politik yang menarik. Ia mempertemukan dua calon daripada parti yang sama-sama berada dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, tetapi bersaing secara langsung di peringkat negeri. BARISAN NASIONAL · UMNO Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali - Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya PAKATAN HARAPAN · KEADILAN Muhammad Hakimin Mokhtar - Ketua Angkatan Muda Keadilan Melaka; calon baharu Kedua-dua pencalonan telah disahkan pada 31 Oktober. Mohd Ridhwan diiringi DS Johari Abdul Ghani, manakala Hakimin diiringi YB Adam Adli Abd Halim. Kehadiran tokoh nasional ini menunjukkan perhatian kepimpinan kedua-dua parti terhadap pertandingan tersebut. Dari perspektif sains politik, pertandingan ini boleh dibaca melalui empat persoalan: Sejauh man...
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.