Menyiapkan Dasar OKU Selangor bukan sekadar satu tugasan penyelidikan. Ia adalah satu perjalanan hati, akal dan amanah. Bagi saya, pengalaman bersama pasukan penyelidik dalam menyiapkan dasar ini adalah antara pengalaman yang sangat bermakna. Ia bukan hanya tentang menyusun data, membaca dokumen, menulis laporan atau membentangkan dapatan. Lebih besar daripada itu, ia adalah tentang memahami kehidupan insan-insan istimewa yang selama ini berjuang dalam diam. Setiap kali kami berbincang tentang OKU, saya sering mengingatkan diri bahawa yang sedang kita bincangkan bukan sekadar “kategori”, “statistik” atau “kumpulan sasaran”. Mereka adalah manusia. Mereka ada nama, ada keluarga, ada impian, ada maruah, ada hak dan ada harapan. Dasar ini lahir daripada kesedaran bahawa pembangunan negeri tidak boleh hanya diukur dengan bangunan tinggi, jalan raya yang luas, ekonomi yang berkembang atau pelaburan yang masuk. Pembangunan sebenar ialah apabila setiap manusia diberikan ruang untuk hidup deng...
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.