Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dr Hamdan UNISEL

Thank You Tau: Libang Libu, Filem Kampung yang Tidak Sekadar Buat Kita Ketawa

Thank You Tau. Pada 30 Mei 2026 , saya berkesempatan menonton filem Libang Libu bersama keluarga. Dalam kesibukan hidup, ada waktunya kita tidak sekadar pergi menonton filem, tetapi sebenarnya sedang mengumpul kenangan. Duduk bersama keluarga, ketawa bersama, berbual selepas tayangan, dan membawa pulang rasa yang sukar diterjemahkan — itulah antara nikmat kecil yang besar maknanya. Libang Libu ialah sebuah filem komedi Malaysia arahan Bobby Husaini , terbitan Tangerine Films dan diedarkan oleh Skop Production . Filem ini mula ditayangkan pada 23 April 2026 , dengan barisan pelakon hebat seperti Amerul Affendi, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Ozlynn Waty, Zahiril Adzim, Datuk Razak Ahmad, Datuk Yusof Haslam, Khatijah Tan, Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Khir Rahman dan ramai lagi. Kisahnya berpusat pada sebuah kumpulan produksi filem yang menjalankan penggambaran di sebuah kampung di Perak, sebelum pelbagai kekecohan muncul sejak hari pertama.  Apa yang unik, Libang Libu merupakan lang...

Kuala Selangor: PN Sudah Menang Tanah, Tetapi Belum Tentu Menang Jiwa

Ada kawasan politik yang tidak boleh dibaca hanya dengan angka majoriti. Ada kawasan yang perlu dibaca melalui denyut kampung, bisik kedai kopi, perubahan anak muda, sentimen orang Melayu, dan keresahan senyap rakyat pertengahan. Kuala Selangor ialah salah satunya. Di atas kertas, Parlimen Kuala Selangor masih milik Pakatan Harapan melalui Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Dalam PRU15, beliau menang dengan 31,033 undi, menewaskan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz daripada BN yang memperoleh 30,031 undi, dengan majoriti hanya 1,002 undi. Calon PN, Mohd Noor Mohd Sahar, pula memperoleh 23,639 undi. Tetapi dalam politik, angka di atas kertas tidak selalu menceritakan seluruh kisah. Kisah sebenar Kuala Selangor hari ini terletak pada tiga DUN di bawahnya: Bukit Melawati, Ijok dan Jeram . Dan di sinilah Perikatan Nasional menunjukkan prestasi yang tidak boleh dipandang ringan. Dalam PRN Selangor 2023, PN menang ketiga-tiga DUN ini: Bukit Melawati dimenangi Azley Yahya daripada PN-BERSATU dengan...

Memimpin IPTS: Jangan Syok Sendiri, Terus Belajar dan Jaga Amanah

Dalam dunia pengurusan universiti, lebih-lebih lagi universiti swasta seperti UNISEL, memimpin bukan sekadar duduk di kerusi besar, mempengerusikan mesyuarat, menandatangani memo atau hadir dalam majlis rasmi. Memimpin universiti swasta ialah kerja yang rumit, halus, melelahkan dan kadang-kadang sunyi. Ia bukan medan untuk syok sendiri. Ia bukan pentas untuk merasa diri paling tahu. Ia bukan ruang untuk sekadar memberi arahan dari atas tanpa memahami denyut nadi orang di bawah. Universiti swasta mempunyai cabarannya yang tersendiri. Ia bukan sahaja perlu menjaga kualiti akademik, kebajikan pelajar, integriti tadbir urus dan reputasi institusi, tetapi pada masa yang sama perlu memastikan kelangsungan kewangan, kemasukan pelajar, persaingan pasaran, kepuasan ibu bapa, kebolehpasaran graduan dan keyakinan masyarakat. Di sinilah pemimpin universiti diuji. Bukan hanya diuji dengan ilmu. Tetapi diuji dengan sabar. Diuji dengan manusia. Diuji dengan konflik. Diuji dengan amanah. Dari Pensyara...

KEADILAN DI ATAS AIS NIPIS: Negeri Sembilan, Kerajaan MADANI dan Seni Mengurus Luka Koalisi

Dalam politik, ada waktu seorang pemimpin tidak tumbang kerana hilang jawatan. Dia mula tergugat apabila hilang kepercayaan. Artikel The Star bertajuk “Mentri Besar walking on thin ice” oleh Joceline Tan meletakkan krisis Negeri Sembilan dalam bingkai yang cukup tajam: Menteri Besar sedang berjalan di atas ais nipis. Ia bukan sekadar gambaran dramatik. Ia adalah metafora politik yang tepat — kerana dalam kerajaan campuran, tanah yang dipijak tidak pernah benar-benar keras. Ia boleh retak oleh ego. Ia boleh cair oleh salah komunikasi. Ia boleh pecah oleh perebutan tafsir kuasa. Krisis Negeri Sembilan bermula apabila 14 ADUN UMNO/Barisan Nasional menarik sokongan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, sekali gus meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan dengan 17 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 36 kerusi — dua kerusi kurang daripada majoriti mudah. ( The Straits Times ) Namun, politik Malaysia pasca-PRU15 bukan lagi politik hitam putih. Ia politik ruang kelabu...

Advocating for People with Disabilities (PWD) in Islam

dari ChangkatNingkeBTP   This article explores the Islamic perspective on advocating for people with disabilities (PWD), highlighting the moral and religious obligations to provide support and ensure equality. By examining various Quranic verses, Hadiths, and scholarly works, it elucidates the principles and guidelines for empowering PWD within an Islamic framework.   Keywords: People with Disabilities, Islam, Advocacy, Equality, Quran, Hadith   People with Disabilities (PWD) are often perceived as a marginalized group requiring continuous welfare and support from society. This perception is grounded in their physical or mental limitations, which hinder their full participation in societal activities. According to Izzatul Najiha and Farhah Zaidar (2020), PWD are viewed as a test from Allah SWT, necessitating acceptance with gratitude and patience. The responsibility of supporting PWD falls upon their families, society, and the government, fulfilling a communal obl...

Pilihanraya Negeri Sabah 2020 : Kemenangan Alias Haji Sani (WARISAN) di DUN 53 Sekong

dari ChangkatNingkeBTP Hamdan bin Mohd Salleh & Rashidin Idris   Abstract The Sabah state assembly was dissolved on 30 July 2020 by the Chief Minister Shafie Apdal to prevent a coup by the previous Chief Minister Musa Aman through his “Group 33”.   The 2020 Sabah State election was held on 26 September 2020 involved a record total of 447 candidates vying for 73 state seats. The main contest was between the WARISAN-PLUS of 5 political parties and a group of 9 political parties under the coalition of the newly minted   Gabungan Rakyat Sabah (GRS). GRS managed to wrest the state government by comfortably winning 38 out of 73 seats with additional 3 seat came from pro-GRS independent candidates. Nevertheless, WARISAN managed to retain N53 Sekong even as the incumbent have been dropped after 26 months at the helm. This article studied on issues surrounding the victory of Alias Haji Sani during the election.   The findings of this articles uses primary data, second...