Bersama TPM YAB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk pada tahun 2025. Selepas 2018, ramai menyangka UMNO hanya menunggu masa untuk menjadi sejarah. Selepas 2022, sangkaan itu datang semula dengan nada yang lebih sinis. Namun di tengah cemuhan, tekanan, dan luka yang belum kering, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid memilih satu jalan yang tidak popular tetapi sangat politik sifatnya: memastikan UMNO tidak mati sebelum sempat membina semula dirinya. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid tidak memimpin UMNO pada zaman parti itu diraikan. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid memimpin ketika UMNO dihina, diragui, dan hampir dilupakan. Ada parti yang kalah lalu meminta simpati. Ada parti yang kalah lalu menyalahkan sejarah. Ada juga parti yang kalah, tercampak dari singgahsana kuasa, lalu terpaksa belajar semula cara berjalan di bumi nyata. UMNO ialah parti itu. PRU 2018 bukan sekadar menandakan kekalahan. PRU itu memecahkan mitos. Ia meruntuhkan kepercayaan lama bahawa UMNO terlalu besar untuk tumbang, terlalu ber...
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.