Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

Unisel sasar 1,000 pelajar baharu, pembelajaran secara maya

dari ChangkatNingkeBTP by  Zareef Muzammil October 25, 2020    4:40 pm SHAH ALAM, 25 OKT: Universiti Selangor (Unisel) menyasarkan kemasukan 1,000 pelajar baharu bagi sesi pengambilan November tahun ini dengan menawarkan 66 program pengajian peringkat asasi, diploma dan ijazah sarjana muda. Naib presiden dan timbalan naib canselor (pembangunan pelajar dan jaringan komuniti) berkata daripada jumlah itu, lapan program asasi termasuk empat trek huffaz ditawarkan, diploma (25) dan ijazah sarjana muda (33). “Sesi pendaftaran akan dibuat secara dalam talian pada 10 November dan mahasiswa perlu menjalani minggu tekad siswa (MTS) melalui kaedah sama. “Kita menubuhkan pasukan khas daripada jabatan pemasaran Unisel yang bertanggungjawab membantu bakal mahasiswa berkaitan urusan pendaftaran, taklimat dan pembiayaan pendidikan,” kata Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh ketika dihubungi SelangorKini. Beliau berkata semua pelajar lama dan baharu akan mengikuti aktiviti pembelajaran secara...

Wacana Sinar catat rekod siri ke-200

dari ChangkatNingkeBTP HAH ALAM - Program Wacana Sinar Harian terus mengungguli tangga teratas sebagai siri bual bicara digital terpanjang di Malaysia selepas sembilan tahun bersiaran. Bagi meraikan siri ke-200 sejak wacana itu dianjurkan pada 2011, Wacana Sinar hari ini membawakan tajuk istimewa ‘Antara Kepimpinan Muhyiddin atau Cita-cita Anwar’ yang menemukan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dengan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Dr Muhd Faiz Na’aman.   Wacana yang berlangsung selama satu jam itu dikendalikan oleh moderator, Herleena Pahlavy dan Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Madya Dr Hamdan Mohd Salleh selaku penganalisis politik. Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin berkata, program Wacana Sinar yang bersiaran dua kali seminggu itu berkonsepkan perbincangan intelektual dan perkongsian pendapat tiga panel berlainan latar belakang dan dikendalikan seorang moderator profesional. "Kami memberikan kebeba...