Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kalimah ALLAH

Perihal Politik Selangor - Isu Kalimah Allah

dari ChangkatNingkeBTP Isu-isu politik terkini di Selangor sangat menarik terutama dengan beberapa peristiwa menarik yang berlaku di dalam kerajaan negeri. Antara isu yang terbesar adalah isu kalimah ALLAH yang kembali menjadi kontroversi disebalik tindakan rampasan bible berbahasa Melayu oleh JAIS baru-baru ini.  Sebelum itu, satu hakikat yang ingin saya tegaskan di sini adalah bahawa sememangnya ALLAH itu adalah untuk semua. Namun, penggunaan kalimah ALLAH oleh pelbagai agama perlu dilihat dari sudut hukum, amalan, adat setempat dan mengapa kalimah itu digunakan. Satu aspek lagi yang perlu dilihat di sini adalah penggunaan kalimah ALLAh di negara-negara Timur Tengah dan di Borneo (Sabah dan Sarawak) agak berbeza dengan amalan di Semenanjung Malaysia. Kalimah ALLAH juga bukanlah satu-satunya kalimah yang dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam kerana terdapat lebih kurang 40 kalimah yang dilarang penggunaannya.