Langkau ke kandungan utama

Hannah

Halaman ini khas untuk mencatat kisah dan perjuangan kami sekeluarga serta rakan-rakan untuk Nur Amanina Hannah, anak sulung istimewaku yang lahir pada 21 Februari 2006 dan setelah usianya setahun, disahkan doktor mengalami masalah kecacatan otak yang didiagnos sebagai Spastic Quadriplegia Cerebral Palsy atau ringkasnya CP. 
Sejak itu, bermulah dugaan besar ini hingga membawa kepada satu perjuangan memartabatkan fasilitasi dan fasiliti OKU. Semuanya diinspirasikan oleh Hannah.  Nyata Allah Maha Adil. Setiap dugaan pasti ada hikmah dan peluang disebaliknya ..

Anakku Hannah.... 
Hannah 20 Disember 2007
kau satu anugerah buat kami.... kau satu kekuatan buat kami ....Inilah anugerah Allah buat kami.... Anakku Hannah yang istimewa ...


Hannah 22 September 2007

Apa itu CP Quadriaplegia?

Quadriplegia is a form of Cerebral Palsy (CP) in which all four limbs are affected, hence the prefix “Quadri.” It is characterized with more severe motor dysfunctions than other forms of CP. Quadriplegics suffer loss of both motor and sensory functions in the affected limbs.

Quadriplegia is caused by damage to the brain or the spinal cord. Causes of Quadriplegia can be from physical trauma (such as a car crash, fall or sports injury) or from a disease such as polio. Not all severe neck or spinal injuries necessarily lead to quadriplegia, as long as the spinal cord is not damaged.

Sumber: http://www.cerebralpalsylawdoctor.com/cerebral-palsy/types/spastic-quadriplegia/

Bersambung....

21 Disember 2012 (Jumaat)
Catatan-catatan selepas ini bersifat flashback kerana halaman ini mula ditulis pada Disember 2012 waktu Hannah berusia 6 tahun. Saya cuba kongsikan pengalaman kami sekeluarga dalam membesarkan Hannah. Tunjuannya bukanlah untuk menujuk-nunjuk malah jauh sekali untuk untuk mempromosi diri. Perkongsiaan ini lahir dari semangat yang diberi oleh keluarga, jiran2 dan terutamanya kawan-kawan yang punya anak CP seperti kami. Banyak perkara positif sebenarnya akan dan telah lahir hasi dari perkongsiaan perjuangan ibubapa seperti kami sebelum ini. Perkongsiaan mereka itu sebenarnya memberi semangat semula kepada saya dan keluarga untuk terus berusaha yang terbaik untuk Hannah. Perkongsian mereka seperti Rick & Dick Hoyt (TQ Sifu Shimi), Sdr Hassan Suyut (Penulis buku Kembara Atiq Wazif) , keluarga Aiman "Ganbatte", Sdr. Edli & famili, Komuniti Hebat MyCP dll. Sesungguhnya mereka  membuka semula kekuatan kepada saya sekeluarga untuk terus melihat ia bukan lagi satu masalah malah sebagai anugerah yang datang dari ALLAH untuk memberi peluang kepada kami untuk turut sama  menyumbang kepada perjuangan ini.

Maka dengan itu bermulalah penulisan perkongsian ini...

Hari ini sebenarnya satu detik bersejarah buat Hannah dan kami sekeluarga. Buat pertama kali Hannah & kami ditemuramah oleh akhbar perdana. (TQ Pn Afidah aka Ju dari MyCP- Ibu Aiman, sila layari Blog beliau)....Ini satu peluang kepada kami untuk berkongsi perjuangan dengan lebih ramai orang .... Wartawan tersebut, Sdr. Halim dari Utusan menerumah kami di Shah Alam berkenaan rawatan-rawatan yang telah dilalui oleh Hannah, tentang Persatuan PAKAR dan Rumah RAMAH. banyak yang kami kongsikan dan rencana tersebut dijangka disiarkan pada Sabtu depan (29 Disember 2012)....Ini satu lagi permulaan buat Hannah ...Ini beritanya



siapa sangka, perkongsiaan tentang Hannah ini membawa saya bukan sahaja ke seluruh Malaysia, malah memberi kesempatan kepada saya untuk berkongsi dengan komuniti-komuniti di Brunei, Indonesia dan Singapura. Lebih dari itu, saya dapat bekerjasama dan menjalin persahabatan dengan Team HOYT, pasukan ayah dan anak CPnya di Amerika Syarikat yang telah membuktikan bahawa "YES WE CAN!" sejak lebih 40 tahun ....Ini semua datang kerana ALLAH menganugerahkan Hannah kepada saya sekeluarga .... tak mungkin berlaku tanpa Izin ALLAH dan tak mungkin tanpa Hannah .... Alhamdullillah

Saya sedang cuba berkarya tentang kami & Hannah. Namun, amat sukar sekali untuk menghasilkan walau sebaris penulisan walaupun saya seorang penulis, pengkaji dan ahli akademik. Namun ku gagahkan juga perkongsian ini. Bermula dari Hannahlah saya cuba mempelajari apa itu Cerebral Palsy. Tahun 2007 saya langsung tidak tahu (mungkin macam tahu) apa itu Cerebral Palsy. Ini berlaku apabila seorang doktor di Hospital Sungai Buloh menyatakan bahawa Hannah didiagnos dengan "Spastic Quardiaplegic Cerebral Palsy". Sungguh langsung saya tidak tahu apa itu CP. Diterangkan oleh doktor berkenaan mengenai cerebelum Hannah yang tidak berkembang, Hasil ujian yang hanya kami dapat keputusannya selepas setahun dibuat ujian terhadap Hannah. Alasan yang diberi: ia hilang dalam rekod. Nyata Allah punya perancanganNya tersendiri. Dari tidak tahu apa-apa tentang CP, pada tahun 2013 saya diamanahkan untuk memimpin sebuah NGO peringkat kebangsaan yang memperjuangkan CP iaitu Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP) - lihat Laman Web MyCP

Hannah dalam Segmen Assalamualaikum TV AlHijrah











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENUJU PRN MELAKA 2026: NEGERI KECIL, PERUBAHAN POLITIK BESAR

Melaka kecil pada peta, tetapi jangan kecilkan makna politiknya. Negeri ini pernah menjadi kubu Barisan Nasional, beralih kepada Pakatan Harapan pada 2018, kemudian menyaksikan BN kembali dengan kemenangan besar dalam PRN 2021. Sejarah itu mengingatkan kita bahawa pengundi Melaka boleh berubah. Tiada parti mempunyai geran kekal terhadap kesetiaan rakyat. Kini, hari mengundi ditetapkan pada 14 November 2026 , dengan penamaan calon pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November. Persoalannya bukan sekadar siapa akan menang, tetapi apakah perubahan yang sedang berlaku dalam hubungan antara parti, pemimpin dan pengundi Melaka. Pada hemat saya, PRN kali ini perlu dibaca sebagai pertembungan antara tiga perkara: kekuatan organisasi lama, hubungan politik yang semakin cair, dan tuntutan rakyat terhadap hasil pentadbiran. Kemenangan 2021 bukan jaminan untuk 2026 Dalam PRN 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi, berbanding lima kerusi PH dan dua kerusi PN. Namun, kadar keluar mengundi k...

PRU Akan Datang: Cukuplah Mengukur Suhu, Sekarang Masa Bertindak!

Menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, akan semakin banyaklah survei dibuat. Berapa peratus sokongan kepada kerajaan? Bagaimana penerimaan terhadap PMX? Parti mana sedang naik? Siapa pula semakin tenggelam? Survei itu penting. Saya sendiri orang penyelidikan. Tetapi kalau setiap bulan kita mengukur suhu, sedangkan penyakit tidak dirawat, akhirnya kita cuma menjadi pakar membaca termometer. Sekarang bukan semata-mata masa untuk mengetahui apa yang rakyat fikir. Sekarang masa untuk melakukan sesuatu terhadap perkara yang merisaukan rakyat. Andai parti-parti yang memerintah mahu terus mendapat mandat, mereka perlu memahami satu perkara: kemenangan tidak boleh disandarkan kepada harapan bahawa rakyat akan faham sendiri segala usaha kerajaan. Rakyat ada kehidupan untuk diurus. Ada bil untuk dibayar. Ada anak untuk disekolahkan. Mereka tidak mempunyai masa untuk meneliti setiap ucapan menteri dan menyambungkan sendiri pengumuman kerajaan dengan perubahan dalam kehidupan mereka. Di situlah ...

Tun Dr Siti Hasmah: Kasih yang Melihat Potensi Anak Cerebral Palsy

Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini mengundang rasa dukacita yang mendalam. Saya merakamkan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga. Malaysia kehilangan seorang tokoh yang dikenang kerana kelembutan budi dan kesediaannya mendekati mereka yang memerlukan perhatian.  Sebagai mantan Presiden Malaysian Advocate for Cerebral Palsy , saya ingin mengenang satu sisi khidmat beliau yang dekat di hati komuniti kami. Rekod Persatuan Kanak-Kanak Cerebral Palsy Pulau Pinang mencatatkan bahawa pada November 1981, Tun Dr Siti Hasmah melawat pusatnya dan membawa sumbangan daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI). Catatan itu mungkin ringkas, tetapi bagi sebuah pusat yang berusaha menyediakan pendidikan dan sokongan kepada anak-anak, kehadiran dan bantuan sedemikian mempunyai makna yang besar.  Kunjungan itu mengingatkan kita bahawa perjuangan anak cerebral palsy dan keluarga mereka sentiasa memerlukan lebih daripada simpati. M...