Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MPW 1133/2133

Wawancara Politik Oposisi Siri 2

Sambungan Siri 2 Politik Oposisi. Ia disiarkan di TV Selangor 22 Januari 2013

Markah Penilaina Berterusan Subjek MPW1133 Sem April 2012

dari ChangkatNingkeBTP Penilaian Berterusan MPW1133 DAM/DSIM Disertakan markah / penilaian berterusan sebanyak 50%. Ia belum mengambilkira (1) markah kedatangan (2) komitmen di FB dan Blog dan (3) jawapan bertulis Ujian 2. Ia juga tidak mengambilkira mreka yang tidak hadir sewaktu ujian dan mereka yang gagal menghantar tugasan tepat pada masa. Harap Maklum & SUKSES sentiasa InsyaALLAH MATRIKS MARKAH Asg (30) test (20) 50% 3122005581 14 8 22 3122005991 20 9.5 29.5 3122004361 21 7 28 3122003281 21 10 31

MPW: Dasar Pembangunan Negara

dari ChangkatNingkeBTP Sesuatu pembangunan memerlukan dasar. Dasar pembangunan merupakan asas atau tapak, panduan besar, falsafah (yang ada matlamat dihujungnya) dan peraturan mengenai cara mencapai matlamat dasar tersebut.     Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Umumnya, pembangunan adalah merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Ia juga meliputi aspek-aspek kebendaan dan bukan kebendaan, sumber fizikal dan sumber manusia. Umumnya, pembangunan merupakan kemampuan manusia memenuhi potensi mereka untuk mempastikan mereka dapat memperolehi keperluan-keperluan asas (makanan, pakaian, tempat tinggal), pekerjaan, dan kesamarataan.

MPW: Dasar Sosial Negara

dari ChangkatNingkeBTP Dasar lebih merupakan ‘asas’ atau ‘panduan’ kepada beberapa pelan tindakan yang telah dirancangkan untuk memenuhi tujuan-tujuan atau matlamat-matlamat bagi kepentingan sesuatu agensi atau organisasi. Dasar boleh dianggap sebagai pernyataan rasmi yang diterima dan dikeluarkan oleh badan-badan berkuasa seperti kerajaan, perundangan dan lembaga. Dasar termaktub dalam pekeliling perkhidmatan,peraturan jabatan dan sebagainya. Adanya dasar kepada asas panduan, urusan pentadbiran yang berkaitan dengan rancangan tindakan agensi / organisasi akan menjadi lebih teratur, licin dan cekap. Dasar sosial boleh dianggap sebagai satu jenis dasar yang memberi keutamaan atau prioriti kepada nilai-nilai sosial yang berlandaskan keadilan, kerohanian dan kemanusiaan. Dasar sosial diperlukan oleh sesebuah negara yang membangun untuk menangani berbagai-bagai masalah yang timbul, termasuk masalah. Dasar sosial menitikberatkan isu-isu seperti perpaduan negara, perhubungan...

MPW: Rukunegara

dari ChangkatNingkeBTP Perpaduan merupakan matlamat penting bagi semua negara. Pentadbiran dan pembangunan sesebuah negara tidak akan berjalan licin tanpa perpaduan. Apabila perpaduan tidak wujud atau berada pada tahap yang rendah terutamanya bagi sesebuah negara yang berbilang kaum / etnik, pertelingkahan antara rakyat akan sering berlaku. Sebagai sebuah negara berbilang negara / etnik, Malaysia sering terdedah kepada ancaman perbalahan antara kaum / etnik. Perpaduan penting kerana hanya melalui perpaduan sahaja sesebuah egara itu dapat mencapai pembangunan dan pertumbuhan ekonomi. •Perpaduan akan wujud apabila anggota masyarakat dapat disatupadukan menerusi perkongsian identiti dan nilai, serta perasaan kebangsaan. Perpaduan dapat dicapai apabila rakyat menerima dan patuh kepada ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara. Rukun Negara adalah satu ideologi kebangsaan, satu susunan prinsip-prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan no...

MPW: Badan Eksekutif

dari ChangkatNingkeBTP       Dalam sistem demokrasi moden, kerajaan sesebuah negara lazimnya terdiri daripada tiga badan pemerintah, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Badan eksekutif, perundangan dan kehakiman saling mengimbangi antara satu sama lain. Dalam sistem berparlimen, anggota badan eksekutif dilantik dari kalangan anggota dwidewan Parlimen. Ini dilihat sebagai unsur ysng mengkompromikan kebebasan dan kedaulatan badan eksekutif dari badan perundangan.      Di Malaysia, kerajaan persekutuan terdiri daripada tiga badan utama; badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Badan eksekutif yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri tetap menjadi sebuah institusi politik penting. Hal ini kerana kuasa seorang Perdana Menteri adalah nyata dan bertokok tambah sebagai ketua kerajaan(kabinet) dan ketua parti yang memegang majoriti di Parlimen.

MPW : Badan Kehakiman

dari ChangkatNingkeBTP     Undang-undang merupakan pengaruh yang paling menyerap dalam kehidupan kita, melibatkan dalam hampir semua perkara yang kita lakukan. Sistem perundangan di Malaysia telah melalui satu jangka masa yang panjang, iaitu kira-kira 600 tahun lamanya. Penjajahan Inggeris telah memperkenalkan sistem kerajaan berpelembagaan dan common law. Pada hari ini, sebahagian besar daripada undang-undang negara ini datangnya daripada sumber bertulis. Diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan Dewan Perundangan Negeri. Mengenal dan mengetahui tentang sistem perundangan dan kehakiman di sesebuah negara seperti Malaysia adalah amat penting.

MPW: SPR Secara Ringkas

dari ChangkatNingkeBTP Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) (Inggeris: Election Commission of Malaysia) ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Ia telah ditetapkan dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia.Pengerusi SPR, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman telah digantikan oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 1 Januari 2009.

MPW: Pilihanraya di Malaysia

dari ChangkatNingkeBTP Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Pilihan Raya Umum Malaysia (sebelum kemerdekaan Malaya) wujud di dalam dua peringkat: peringkat negara dan peringkat negeri. Pilihan raya umum peringkat negara adalah mereka yang dipilih keanggotaannya di dalam Dewan Rakyat, dewan lebih rendah bagi Parlimen, manakala pilihanraya peringkat negeri adalah untuk memilih keanggotaan di dalam Dewan Undangan Negeri(Dewan Perhimpunan Legislatif Negeri). Ketua bagi cabang eksekutif, Perdana Menteri, merupakan dipilih secara tidak langsung. Proses Pilihan Raya di Malaysia

MPW: Undang-Undang Malaysia

dari ChangkatNingkeBTP Undang-undang Malaysia berteraskan sistem perundangan common law, sebagai hasil langsung penjajahan Tanah Melayu, Sarawak, dan Borneo Utara oleh Britain sejak awal 1800-an hingga 1960-an. Undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan Malaysia, menggariskan rangka perundangan dan hak-hak warganegara Malaysia. Undang-undang persekutuan digubal oleh Parlimen Malaysia berkaitan dengan seluruh negara. Terdapat juga undang-undang negeri yang digubal Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berkaitan dengan negeri berkenaan. Perlembagaan Malaysia juga membenarkan sistem kehakiman berganda yang unik, iaitu undang-undang sekular (jenayah dan sivil) dan undang-undang syariah. Pelaksanaan dan hubungan antara kedua-dua sistem perundangan ini agak rumit dan pernah menimbulkan ketidaktentuan.

MPW: YDPA

dari ChangkatNingkeBTP Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Kedah, Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

MPW Pasca Kuliah 28 Mei 2012: Perlembagaan

dari ChangkatNingkeBTP Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Sekilas MPW: Politik Malaysia

dari ChangkatNingkeBTP Diubahsuai Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

Nota-Nota MPW

dari ChangkatNingkeBTP Sila klik pautan-pautan yang berkaitan untuk Nota-Nota bagi kuliah 28 Mei 2012. Pastikan juga bagi kumpulan yang belum mendaftar tajuk tugasan dan sesi perbincangan sila lakukan dengan segera. Untuk diskusi sila Like FB Page Hamdan M Salleh  untuk berkongsi pendapat dsb.  Nota: Sinopsis - klik  Sistem & Struktur Pentadbiran Negara Federalisme - klik  Kerajaan Pusat & Negeri Kehakiman - klik  Judisiari Demokrasi - klik  Parlimen

MPW Perlembagaan Persekutuan

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Perlembagaan merupakan undang-undang agung sesebuah negara. Perlembagaan wujud dengan tujuan hendak mengendalikan kerajaan yang memerinth dengan licin dan saksama. Menurut D.Robertson (1993), "perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat." Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan perlu ada bagi setiap negara kerana ia mengandungi undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara.