Langkau ke kandungan utama

MPW: Rukunegara

dari ChangkatNingkeBTP


Perpaduan merupakan matlamat penting bagi semua negara. Pentadbiran dan pembangunan sesebuah negara tidak akan berjalan licin tanpa perpaduan. Apabila perpaduan tidak wujud atau berada pada tahap yang rendah terutamanya bagi sesebuah negara yang berbilang kaum / etnik, pertelingkahan antara rakyat akan sering berlaku. Sebagai sebuah negara berbilang negara / etnik, Malaysia sering terdedah kepada ancaman perbalahan antara kaum / etnik. Perpaduan penting kerana hanya melalui perpaduan sahaja sesebuah egara itu dapat mencapai pembangunan dan pertumbuhan ekonomi. •Perpaduan akan wujud apabila anggota masyarakat dapat disatupadukan menerusi perkongsian identiti dan nilai, serta perasaan kebangsaan. Perpaduan dapat dicapai apabila rakyat menerima dan patuh kepada ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara. Rukun Negara adalah satu ideologi kebangsaan, satu susunan prinsip-prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara seperti keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik, dan perundangan.


Latar Belakang Pembentukan Rukun Negara 

•Negara ini menjadi sebuah negara berbilang kaum / etnik selepas kedatangan penjajah Inggeris.
•Kedatangan Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah menukar bentuk masyarakat negara ini.
•Dibawah dasar ‘pecah dan perintah’ kerajaan kolonial, ketiga-tiga kumpulan etnik ini di pisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan.
•Perbezaan dan pengasingan antara tiga golongan etnik utama diperkukuhkan lagi oleh dasar pemisahan pemerintahan Inggeris yang menyebabkan kewujudan perasaan saling tidak mempercayai dan curiga-mencurigai antara satu sama lain.
•Apabila kemerdekaan dicapai pada tahun 1957 dengan penubuhan Persekutuan Malaya, dan tahun 1963 dengan pembentukan Persekutuan Malaysia, perasaan ini bukan sahaja masih wujud dan terpendam, tetapi menjadi lebih serius.
•Berlaku satu rusuhan kaum / etnik yang serius dan mengerikan negara iaitu peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Rusuhan Kaum / Etnik 13 Mei dan Rukun Negara 

•Tercetusnya rusuhan kaum / etnik pada 13 Mei 1969 mengejutkan rakyat dan negara. •Hasil penelitian itu, tindakan jangka pendek dan jangka panjang telah diambil untuk memulihkan dengan segera keamanan dan memupuk kembali bibit-bibit perpaduan yang telah goyah.
•Tindakan serta-merta yang diambil berikutan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 ialah mengisytiharkan darurat di seluruh negara.
•Sistem kerajaan berparlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan.
•Tugas-tugas MAGERAN ialah untuk mengembalikan keamanan, menegakkan semula kepada undang-undang negara dan memupuk suasana harmoni dan percaya-mempercayai dikalangan kaum / etnik supaya pentadbiran negara berjalan licin dan sempurna.
•Kerajaan menubuhkan Majlis Muhibah Negara dan Jabatan Perpaduan Negara.
•Tugas dua agensi ini adalah untuk mengendalikan usaha-usaha serta aktiviti-aktiviti yang bercorak muhibah antara kaum.
•Kemudiannya, kedua-dua agensi ini telah digabungkan kedalam satu agensi baru iaitu Kementerian Perpaduan Negara.
•Sebuah lagi organisasi penting untuk ditubuhkan oleh pengarah MAGERAN dibawah undang-undang darurat.
•Agensi yang dimaksudkan ialah Majlis Perundingan Negara.
•Majlis ini berfungsi sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara dan isu-isu yang menyentuh kaum / etnik.
•Timbul kesedaran bahawa Malaysia memerlukan pembentukan satu ideologi negara yang mampu mengatasi pemisahan antara kaum dan yang boleh diamalkan oleh semua rakyat negara ini.
•Rukun Negara dicipta dan ia diisytiharkan sebagai Rukun Negara oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970, iaitu sempena ulangtahun ke-13 kemerdekaan Malaysia.

Objektif 

Rukun Negara bercita-cita melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik dan progresif serta bersatu padu dan bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat pelbagai keturunan.

Objektif-objektif ini adalah :

•Mencapai perpaduan yang lebih erat. •Memelihara cara hidup demokratik. •Mencipta satu masyarakat yang adil. •Membentuk satu sikap yang liberal. •Membina sebuah masyarakat progresif.

Prinsip-Prinsip Rukun Negara 

Lima prisip Rukun Negara telah dikenal pasti dan ianya adalah seperti berikut:
1. Kepercayaan kepada Tuhan.
2. Kecetiaan kepada Raja dan Negara.
3. Keluhuran Perlembagaan.
4. Kedaulatan Undang-undang.
5. Kesopanan dan Kesusilaan.

Kepercayaan kepada Tuhan
1.Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seeorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
2.Prinsip ini yang paling tinggi nilainya menekankan pentingnya seseorang itu mempunyai nilai dan kepercayaan agama.
3.Agama boleh diibaratkan sebagia sauh yang boleh menahan sesorang itu daripada hanyut tanpa haluan sehingga boleh terjerat kedalam kemaksiatan dan kejahatan.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara
1.Prinsip ini dipilih kerana pemupukan rasa taat setia dan rasa cinta kepada raja dan negara akan membantu mewujudkan rakyat yang bukan sahaja bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara tetapi juga menjadikan mereka rakyat yang produktif, yang akan menyumbang kepada pembangunan negara.
2.Rakyat yang bersikap sedemikian akan meletakkan kebaikan masyarakat dan negara tanpa perasaan prejudis dan perkauman.

Keluhuran Perlembagaan
1.Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
2.Perlembagaan ini telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.
3.Dengan demikian ia dapat dilihat sebagai satu kontrak sosial rakyat ayng tidak boleh dipersoalkan dan digugat oleh mana-mana individu atau pandangan yang sempit.

Kedaulatan Undang-undang
1.Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak boleh diteruskan dengan licin dan stabil.
2.Oleh yang demikian undang-undang tidak boleh dipersendakan, sebaliknya mesti dihormati dan dipatuhi.

Kesopanan dan Kesusilaan
1.Tujuan prinsip ini ialah untuk membentuk seseorang warganegara yang bersopan (beradab, ikut peraturan, tertib, bermaruah) dan bersusila (berakhlak dan berhemah mulia).
2.Kesopanan dan kesusilaan ini dapat dilihat pada tingkah laku dan kata-kata seseorang.
3.Prinsip ini, jika dipraktikkan, dijangka akan dapat membentuk seseorang individu yang berdisiplin dan bermoral yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang baik.

Strategi Mencapai Objektif Rukun Negara 

1. Menubuhkan Majlis Perpaduan Negara.
2. Memasukkan unsur-unsur Rukun Negara kedalam program agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
3. Memasukkan unsur-unsur Rukun Negara kedalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi.
4. Menyebatikan prinsip-prinsip Rukun Negara kedalam peraturan pertubuhan dan ikrar rasmi.
5. Melantik Panel Penasihat Lembaga Perpaduan Negara pada tahun 1974.

Kesimpulan 

•Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum / etnik pada 13 Mei 1969. •Rukun Negara bertujuan mewujudkan perpaduan antara kaum melalui amalan unsur-unsur kemanusiaan sejagat seperti kepercayaan kepada Tuhan, Kedaulatan undang-undang dan pemupukan sifat-sifat keperibadian yang tinggi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AMANAH: Banyak Permata, Tetapi Belum Menjadi Mahkota

Ini Catatan Terus Terang Dunia Mendan. Saya menulis catatan ini bukan untuk mengkritik Parti Amanah Negara (AMANAH), jauh sekali untuk memperlekehkan pengorbanan ahli dan pemimpinnya yang masih setia bekerja. Saya menulis kerana AMANAH sedang berhadapan dengan satu persoalan yang semakin sukar dielakkan: Selepas lebih sedekad ditubuhkan, apakah sebenarnya kedudukan AMANAH dalam pemikiran rakyat? Keputusan beberapa pilihan raya negeri memberikan isyarat yang cukup keras. Dalam PRN Melaka 2021, AMANAH bertanding di sembilan kerusi tetapi hanya menang satu menerusi Adly Zahari di Bukit Katil. Pakatan Harapan (PH) secara keseluruhannya hanya memperoleh lima daripada 28 kerusi, sedangkan Barisan Nasional (BN) menguasai 21 kerusi. Sebelum pilihan raya, terdapat keyakinan bahawa AMANAH mampu memenangi kesemua sembilan kerusi yang ditandinginya. Keputusan sebenar ternyata jauh daripada sasaran tersebut. Dalam PRN Sabah 2025 pula, AMANAH hanya diberikan satu kerusi, iaitu Sulabayan. Calonnya ti...

Di Sebalik Ucapan Anwar — Mampukah KEADILAN Gagah Selepas Luka Sabah, Johor & NS, Menuju Ujian Melaka?

Sebagai seorang yang menjadikan Parti KEADILAN sebagai subjek penyelidikan di peringkat PhD, saya melihat ucapan dasar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Melaka bukan sekadar pidato seorang presiden parti. Ia ialah ucapan seorang pengasas yang sedang melihat partinya berada pada persimpangan paling rumit sejak KEADILAN menjadi kerajaan. Anwar tidak lagi bercakap dari pentas pembangkang. Beliau bercakap sebagai Presiden KEADILAN, Perdana Menteri, ketua Kerajaan Perpaduan dan tokoh yang perlu mengimbangi cita-cita reformasi dengan realiti sebuah kerajaan gabungan. Pada masa sama, ucapan itu disampaikan ketika KEADILAN dan Pakatan Harapan sedang menerima beberapa amaran keras daripada pengundi. Di Sabah, PH hanya memenangi satu daripada 20 kerusi yang ditandingi dalam PRN 2025. Di Johor, PH sekadar memperoleh lapan daripada 56 kerusi, berbanding 48 kerusi yang dimenangi BN. Selepas itu, prestasi PH dalam PRN Negeri Sembilan turut memperlihatkan kemerosotan be...

Perbahasan Kongres KEADILAN 2026 — Berani Bersuara, Tetapi Sudahkah Berani Bermuhasabah?

Saya mengikuti perbahasan para perwakilan dalam Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Melaka dengan satu persoalan besar: adakah kongres ini benar-benar sedang memugar reformasi , atau sekadar mengulangi semula bahasa perjuangan yang semakin kehilangan tenaga politiknya? Kongres kali ini membawa tema “Memugar Reformasi, Membina MADANI” . Tema ini tepat pada waktunya. KEADILAN memang memerlukan proses pemugaran—bukan sekadar terhadap slogan, tetapi terhadap pemikiran, organisasi, kepimpinan dan hubungannya dengan rakyat. Perbahasan melibatkan 16 pembahas daripada negeri, sayap dan beberapa kelompok khusus, termasuk veteran, OKU, Orang Asal dan wakil Borneo. Ini suatu perkembangan positif kerana memperluas keterwakilan suara dalam kongres. Secara rasmi, perbahasan disasarkan kepada isu ekonomi, pendidikan dan politik serta denyut nadi rakyat. Kenyataan rasmi KEADILAN Namun, dari sudut kandungan, perbahasan itu memperlihatkan dua wajah KEADILAN. Wajah pertama ialah sebuah parti yang masih mem...