Jumaat, September 27, 2013

MyCP di MHI TV3

dari ChangkatNingkeBTP

Pada 10 September 2013, saya bersama rakan-rakan dari Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP) telah diundang menjadi tetamu Malaysia Hari Ini (MHI) TV3. Topik perbincangan berkisar mengenai MyCP, Fasilitasi serta Rehabilitasi anak-anak yang mengalami Cerebral Palsy dan kempen kesedaran mengenai CP. Ia juga bersempena Hari Terbuka MyCP yang telah diadakan pada 8 September 2013 di Shah Alam yang diadakan hasil kerjasama Great Life Physio Centre (GLP).

Aktiviti seterusnya buat MyCP adalah Sambutan Hari Cerebral Palsy Sedunia yang akan diadakan pada 28 September 2013.

Isnin, Jun 10, 2013

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM SEMAKIN MERUNCING

dari ChangkatNingkeBTP
Sumber: http://haziqinthehouse.blogspot.com/2010/11/keruntuhan-institusi-kekeluargaan-di.html

Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan oleh ahli keluarganya sendiri. Keharmonian kekeluargaan dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Perhubungan spiritual seperti agama, emosi seperti kasih sayang , sikap hormat – menghormati dan bertanggungjawab.  Oleh itu institusi kekeluargaan  adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat dari segi mental dan fizikal. Pada zaman yang serba moden ini kita sering mendengar dan terbaca di muka akhbar tentang permasalahan dan isu seperti  keruntuhan masyarakat . Sebagai contoh kes pebuangan anak luar nikah, kes penderaan kanak-kanak, kes penceraian dan sebagainya. Kekeluargaan merupakan salah satu aspek kehidupan manusia yang perlu diambil perhatian oleh syariat Islam. la dilihat sebagai wadah bagi lelaki dan wanita untuk mencari kedamaian dan kebahagiaan hidup bersama serta melahirkan zuriat bagi menyambung kehidupan dari satu generasi ke satu generasi. Kepentingan tentang kekeluargaan boleh dilihat melalui isu-isu tentang mendapat tempat yang luas dalam al-Quran dan al-Sunnah.  Ibnu Mas'ud RA berkata, ''Aku bertanya kepada Rasulullah saw, dosa apakah yang paling besar? Beliau bersabda, ''Engkau membuat sekutu bagi Allah, padahal Dia lah yang menciptakanmu.'' Aku bertanya lagi, ''Kemudian apa? Beliau bersabda, ''Engkau membunuh anakmu karena takut ia akan makan bersamamu.'' Aku bertanya lagi, ''Kemudian apa? Beliau bersabda,''Engkau berzina dengan isteri rumahtanggamu.'' Hadis Muttafaqun'alaih.

ISU SOSIAL : NILAI KESEJAHTERAAN SOSIAL

dari ChangkatNingkeBTP
GEJALA sosial mempunyai kesan negatif ke atas pertumbuhan psikologikal, fizikal, ekonomi dan pembangunan seseorang individu dan sesebuah negara.Perlakuannya yang negatif secara terus menyebabkan situasi baru iaitu economic dysfunctioning. Economic dysfunctioning berkaitan kemiskinan, pengangguran dan penghijrahan sama ada dari dalam atau luar bandar yang mampu dilihat sebagai masalah sosial, selain faktor pendorong kepada pelbagai lagi masalah yang bakal dihasilkan. Realitinya, masalah sosial menyebabkan peningkatan kos sosial, sekali gus menjejaskan keseimbangan pembangunan negara.

Can Brands be Intellectuals?

dari ChangkatNingkeBTP

By Daniel Nehring | Published: May 27, 2013 via http://www.socialsciencespace.com/2013/05/can-brands-be-intellectuals/

As an academic, you are a brand. This may suit your career plans and the way you do your work every day. Maybe you really enjoy all the networking, twittering, linking-in, and polishing of your image. I certainly know colleagues who do. Others resent academia’s turn towards brands and images. Nonetheless, they have to play along at least to some degree. As an academic, you are a brand not only as a matter of choice, but, increasingly, due to powerful institutional imperatives that are becoming harder and harder to ignore.

Selasa, Februari 26, 2013

Manifesto PR 2013 Dari Sudutpandang Fasilitasi OKU

dari ChangkatNingkeBTP

Kali ini saya menulis bukan sebagai ahli akademik yang mengkhusus di dalam bidang sains politik. Bukan juga sebagai saintis politik. Jauh sekali sebagai pengamal politik. Nukilan ini dihasilan atas kapasiti sebagai seorang bapa yang punya anak OKU dan sebagai penyokong Fasilitasi OKU.

Pada hari Isnin lepas saya berkesempatan menelaah Manifesto PR untuk PRU ke-13. Cukup teliti dan ia cuba merangkumi aspek-aspek kehidupan rakyat Malaysia. Muka hadapannya juga hebat. Isinya juga boleh dikatakan menawarkan solusi-solusi untuk menunjukkan PR bersedia untuk menjadi kerajaan. Itu satu persepsi awal. 

Namun, bila saya amati dan kaji berpaksikan perjuangan kami yang berteraskan advokasi OKU, ternyata agak mengecewakan manifesto ini. Mengapa? Langsung tiada fokus khusus berkenaan fasilitasi OKU. Bukan itu sahaja, muka hadapannya ada 41 logo, tiada satupun logo OKU disertakan. Tidak penting barangkali dari kacamata pimpinan PR. Tambah mengecewakan, tiada apa pun janji untuk OKU disertakan. Hanya ada kebajikan secara umum sahaja. 

Khamis, Januari 24, 2013

Wawancara Politik Oposisi Siri 2

Sambungan Siri 2 Politik Oposisi. Ia disiarkan di TV Selangor 22 Januari 2013



Wawancara Politik Oposisi Siri 1


Ini merupakan wawancara saya di TV Selangor berkenaan Politik Oposisi di Malaysia. Wawancara 2 siri ini mengfokus kepada peranan parti politik Oposisi di dalam sistem demokrasi Malaysia yang penuh warna -warni. Turut disentuh adalah parti KEADILAN dan kebangkitan rakyat. 

Siri satu telah disiarkan di TV Selangor pada 15 Januari 2013. 


Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...