Langkau ke kandungan utama

MyCP di MHI TV3

dari ChangkatNingkeBTP

Pada 10 September 2013, saya bersama rakan-rakan dari Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP) telah diundang menjadi tetamu Malaysia Hari Ini (MHI) TV3. Topik perbincangan berkisar mengenai MyCP, Fasilitasi serta Rehabilitasi anak-anak yang mengalami Cerebral Palsy dan kempen kesedaran mengenai CP. Ia juga bersempena Hari Terbuka MyCP yang telah diadakan pada 8 September 2013 di Shah Alam yang diadakan hasil kerjasama Great Life Physio Centre (GLP).

Aktiviti seterusnya buat MyCP adalah Sambutan Hari Cerebral Palsy Sedunia yang akan diadakan pada 28 September 2013.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENUJU PRN MELAKA 2026: NEGERI KECIL, PERUBAHAN POLITIK BESAR

Melaka kecil pada peta, tetapi jangan kecilkan makna politiknya. Negeri ini pernah menjadi kubu Barisan Nasional, beralih kepada Pakatan Harapan pada 2018, kemudian menyaksikan BN kembali dengan kemenangan besar dalam PRN 2021. Sejarah itu mengingatkan kita bahawa pengundi Melaka boleh berubah. Tiada parti mempunyai geran kekal terhadap kesetiaan rakyat. Kini, hari mengundi ditetapkan pada 14 November 2026 , dengan penamaan calon pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November. Persoalannya bukan sekadar siapa akan menang, tetapi apakah perubahan yang sedang berlaku dalam hubungan antara parti, pemimpin dan pengundi Melaka. Pada hemat saya, PRN kali ini perlu dibaca sebagai pertembungan antara tiga perkara: kekuatan organisasi lama, hubungan politik yang semakin cair, dan tuntutan rakyat terhadap hasil pentadbiran. Kemenangan 2021 bukan jaminan untuk 2026 Dalam PRN 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi, berbanding lima kerusi PH dan dua kerusi PN. Namun, kadar keluar mengundi k...

ANUGERAH TOKOH INKLUSIF OKU SELANGOR 2026: ANTARA AIR MATA, RASA KERDIL DAN HIKMAH SEBUAH PERJALANAN

Ada ketika dalam hidup, kita terdiam bukan kerana tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Tetapi kerana terlalu banyak rasa yang datang serentak, sehingga sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Itulah yang saya rasakan apabila dimaklumkan bahawa saya dipilih antara penerima Anugerah Tokoh Inklusif OKU Negeri Selangor 2026. Saya terdiam seketika. Terperanjat. Segan. Terharu. Malah, ada rasa serba salah. Hampir tiga dekad berada dalam dunia perjuangan OKU, saya tahu benar bahawa di luar sana terlalu ramai insan yang jauh lebih hebat, jauh lebih banyak berkorban dan jauh lebih layak untuk berdiri menerima pengiktirafan ini. Fikiran saya melayang jauh. Kembali kepada wajah-wajah yang pernah saya temui. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan. Kepada ibu bapa yang menangis dalam diam. Kepada anak-anak istimewa yang mengajar kita tentang kekuatan tanpa perlu berkata-kata. Dan akhirnya, fikiran saya berhenti pada satu wajah. Nana. Nur Amanina Hannah. Anak Papa & Mama. Entah mengapa, dalam ...

Tun Dr Siti Hasmah: Kasih yang Melihat Potensi Anak Cerebral Palsy

Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini mengundang rasa dukacita yang mendalam. Saya merakamkan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga. Malaysia kehilangan seorang tokoh yang dikenang kerana kelembutan budi dan kesediaannya mendekati mereka yang memerlukan perhatian.  Sebagai mantan Presiden Malaysian Advocate for Cerebral Palsy , saya ingin mengenang satu sisi khidmat beliau yang dekat di hati komuniti kami. Rekod Persatuan Kanak-Kanak Cerebral Palsy Pulau Pinang mencatatkan bahawa pada November 1981, Tun Dr Siti Hasmah melawat pusatnya dan membawa sumbangan daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI). Catatan itu mungkin ringkas, tetapi bagi sebuah pusat yang berusaha menyediakan pendidikan dan sokongan kepada anak-anak, kehadiran dan bantuan sedemikian mempunyai makna yang besar.  Kunjungan itu mengingatkan kita bahawa perjuangan anak cerebral palsy dan keluarga mereka sentiasa memerlukan lebih daripada simpati. M...