Sabtu, April 26, 2014

Hasilan Kajian Asas Persepsi Pemilih dalam Pemilihan KEADILAN 2014

dari ChangkatNingkeBTP


Hari ini 26 April 2014 menandakan bermulanya Pemilihan  2014 Parti KEADILAN. Keunikkan Pengundian secara "Satu Ahli Satu Undi" ini kali kedua buat parti tersebut setelah kali pertama dilaksanakan pada tahun 2010. Kali ini sekitar 480,000 ahli akan menunai hak mereka untuk memilih pimpinan baru bagi parti tersebut bagi sesi seterusnya. Ini merupakan era penting bagi KEADILAN kerana ia akan menentukan barisan kepimpinan pasca era awal.
Satu kajian asas telah saya jalankan bermula sejak tamat Kajian Pla Pengundian PRK Kajang. Sepuluh soalan telah ditanya secara online kepada 100 ahli KeADILAN yang sampelnya dipilih secara rawak. Kami idak menanyakan umur, jantina, latarbelakang pendidikan mahupun bangsa ataupun agama. Ini adalah untuk melihat secara indivdu pandangan mereka tanpa mengira latarbelakang. Tambahan pula KEADILAN sendiri mendakwa parti ini tidak berpaksikan agama, ras mahupun gender.

 Berikut adalah ringkasan hasilan asas kajian berkenaan:

(1) Adakah anda berpuas hati dengan proses kempen Pemilihan 2014 ini dari sudut demokratik?
  • 81.25% responden menyatakan bahawa mereka puashati dengan proses kempen 
  • 18.75% tidak berpuas hati dengan proses kempen

Sabtu, April 05, 2014

Piktorial Pemilihan KEADILAN 2014 : Kempen Telah Bermula

dari ChangkatNingkeBTP

Berikut antara makluman Pemilihan &  poster-poster kempen calon untuk Pemilihan KEADILAN 2014 yang saya terima menerusi pelbagai media sosial secara peribadi :





Pemilihan KEADILAN 2014 Siri 1


Apa yang pasti KEADILAN adalah satu contoh entiti kepartian yang di dalamnya penuh dengan seni kemustahilan atau "arts of impossibilities".

Saya akan memulakan komentar dan analisis mengenai pemilihan KEADILAN pada kali ini. Ia juga merupakan kesinambungan penulisan-penulisan saya menerusi Suara KEADILAN sewaktu Pemilihan parti tersebut pada 2010 yang lalu. Perlu dijelaskan di sini bahawa penulisan ini bukanlah atas dasar untuk memihak mana-mana calon yang bertanding. Ia akan dibuat seadilnya dan berlandaskan kefahaman saya sendiri menerusi bacaan dan pengalaman terutama sebagai satu-satunya ahli akademik yang membuat kajian PhD berkenaan parti KEADILAN. 


Penjelasan mengenai keadilan dalam menulis berkenaan Pemilihan kali ini sangat penting kerana selepas apa yang berlaku terhadap kajian saya dan rakan-rakan sewaktu Pilihanraya Kecil Kajang yang baru sahaja selesai. Ada yang menyanggah hasilan dan dapatan kajian kami apabila dirasakan tidak selaras dengan selera politik mereka. Walhal, terbukti kajian kami itu antara yang paling tepat. Ini buktinya:



Isu besar tentunya kerana ada yang tidak bersetuju dengan pandangan responden kami yang menyatakan mereka rata-rata tidak mahukan berlakunya penukaran Menteri Besar Selangor yang baru. Perlu saya tegaskan di sini bahawa ia adalah kajian yang adil dan tidak dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor. Ia adalah kajian menyeluruh yang mengandungi banyak lagi isu besar. Umpamanya, tidak ramai pula yang peduli bahawa dalam kajian yang sama didapati hanya 50% merasakan kerajaan negeri Selangor berjaya dalam dasar OKUnya. Ironinya, YB Exco Kebajikan turut bertanding  pada Pemilihan KEADILAN 2014 ini. Tidak ada pula pimpinan parti tersebut menyanggah hasilan kajian berkenaan isu OKU itu.




Jumaat, April 04, 2014

Program We Care For OKU UNISEL - MyCP

dari ChangkatNingkeBTP

Pada 27 April yang lalu saya telah mewakili Persatuan Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP) dalam program "We Care Fort OKU". Program ini dianjurkan oleh para pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri Universiti Selangor (UNISEL) yang mengambil subjek Management Skils. Ia telah diadakan di Kampus UNISEL Bestari Jaya.
Sekalung tahniah dan terima kasih atas usaha kalian. Didoakan anda semua terus menjadi agen perubahan dalam usaha mencipta satu dunia Malaysia yang menghargai Fasilitasi OKU. Berikut adalah berita berkenaan dari laman web MyCP

(Foto: Pengerusi MyCP menerangkan mengenai Cerebral Palsy & Peranan MyCP ... turut serta Saudara Syahir Azhar, pelajar CP UNISEL yang berkongsi pengalaman beliau)

Bersempena dengan usaha berterusan MyCP untuk memperjuangkan advokasi kesedaran terhadap Cerebral Palsy, satu program berjudul "We Care FOr OKU" telah diadakan bersama para pelajar Psikologi Industri UNISEL . Program ini dilaksanakan pada 27 Mac 2014 di Kampus UNISEL Bestari Jaya. Program ini adalah satu usaha mereka untuk memberi pencerahan kepada warga UNISEL mengenai mereka yang berkeperluan khas.  Pameran turut diadakan yang melibatkan pencerahan mengenai CP, dyslexia, autism dan sebagainya. MyCP turut membuka kaunter jualan produk-produk MyCP. 

Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...