Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel OKU

Tun Dr Siti Hasmah: Kasih yang Melihat Potensi Anak Cerebral Palsy

Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini mengundang rasa dukacita yang mendalam. Saya merakamkan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga. Malaysia kehilangan seorang tokoh yang dikenang kerana kelembutan budi dan kesediaannya mendekati mereka yang memerlukan perhatian.  Sebagai mantan Presiden Malaysian Advocate for Cerebral Palsy , saya ingin mengenang satu sisi khidmat beliau yang dekat di hati komuniti kami. Rekod Persatuan Kanak-Kanak Cerebral Palsy Pulau Pinang mencatatkan bahawa pada November 1981, Tun Dr Siti Hasmah melawat pusatnya dan membawa sumbangan daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI). Catatan itu mungkin ringkas, tetapi bagi sebuah pusat yang berusaha menyediakan pendidikan dan sokongan kepada anak-anak, kehadiran dan bantuan sedemikian mempunyai makna yang besar.  Kunjungan itu mengingatkan kita bahawa perjuangan anak cerebral palsy dan keluarga mereka sentiasa memerlukan lebih daripada simpati. M...

Almarhum Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin: Murabbi Cakna OKU, Pemangkin Awal Advokasi OKU Selangor

Ada perjuangan yang bermula dengan dasar. Ada perjuangan yang bermula dengan kertas kerja. Ada perjuangan yang bermula dengan mesyuarat panjang dan perbincangan rasmi. Tetapi ada juga perjuangan yang bermula dengan satu panggilan hati. Bagi saya, apabila Dasar OKU Selangor akhirnya dilancarkan, ia bukan sekadar satu dokumen dasar negeri. Ia bukan sekadar pencapaian pentadbiran. Ia adalah sambungan daripada satu perjalanan panjang advokasi, kasih sayang, kesedaran dan keberanian moral untuk meletakkan OKU sebagai sebahagian penting dalam agenda pembangunan negeri. Dan dalam perjalanan itu, satu nama tidak mungkin saya lupakan. Almarhum Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin. Ramai mengenali beliau sebagai seorang ahli akademik, pemimpin universiti, pemikir masyarakat dan tokoh politik yang bersahaja. Tetapi bagi saya, beliau lebih daripada itu. Beliau ialah seorang murabbi. Seorang insan yang tidak hanya berbicara tentang kemanusiaan, tetapi menghidupkan kemanusiaan itu dalam tindakan. Hari i...

Analisis Belanjawan 2025 Berkaitan OKU Terutama Autistik

dari ChangkatNingkeBTP Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim memberikan fokus kepada pelbagai aspek ekonomi dan sosial, termasuk sokongan kepada golongan orang kurang upaya (OKU), khususnya mereka yang autistik. Dalam dokumen Belanjawan ini, terdapat pelbagai inisiatif dan peruntukan yang ditujukan untuk memperbaiki kehidupan golongan OKU melalui pelbagai program dan sokongan yang disediakan oleh kerajaan. Tumpuan Kepada OKU Terutama Autistik Dalam Belanjawan 2025, kerajaan menumpukan perhatian kepada inklusiviti dan kesejahteraan rakyat, termasuk golongan OKU. Berikut adalah beberapa inisiatif utama yang relevan:   1. Sokongan Pendidikan    - Kerajaan memberikan tumpuan kepada meningkatkan prasarana pendidikan untuk golongan OKU, termasuk pembinaan dan penambahbaikan sekolah-sekolah yang mesra OKU. Ini termasuklah penyediaan peralatan khas dan teknologi bantu belajar untuk pelajar autistik.    - Peruntukan khusus untu...

Hamdan@Media: Jangan terlalu mudah menyalahkan ibu bapa kepada OKU

dari ChangkatNingkeBTP Pandangan saya mengenai isu disebalik Adik Firdaus yang dibiar oleh ibunya tempohari. Wawancara tersiar di Free Malaysia Today pada 2 Julai 2014. (http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/07/02/jangan-terlalu-mudah-menyalahkan-ibu-bapa-kepada-oku/) Jangan terlalu mudah menyalahkan ibu bapa kepada OKU Mohamad Fadli  | July 2, 2014 Tidak mudah menjaga dan merawat anak-anak OKU kerana biaya perawatan yang sangat tinggi PETALING JAYA: Advokasi Cerebral Palsy (CP), Dr. Hamdan Datuk Mohd Salleh berkata rakyat Malaysia jangan terlalu mudah menyalahkan ibu bapa kepada Orang Kurang Upaya (OKU) apabila timbul kes-kes yang melibatkan golongan ini; terutama apabila mereka diterlantarkan. Beliau menyatakan pandangannya berikutan kes baru-baru ini di mana seorang remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui dikurung di dalam keadaan yang amat menyedihkan. “Mengenai kes adik Firdaus ini, saya percaya ibunya juga mempunyai alasan ...

Manifesto PR 2013 Dari Sudutpandang Fasilitasi OKU

dari ChangkatNingkeBTP Kali ini saya menulis bukan sebagai ahli akademik yang mengkhusus di dalam bidang sains politik. Bukan juga sebagai saintis politik. Jauh sekali sebagai pengamal politik. Nukilan ini dihasilan atas kapasiti sebagai seorang bapa yang punya anak OKU dan sebagai penyokong Fasilitasi OKU. Pada hari Isnin lepas saya berkesempatan menelaah Manifesto PR untuk PRU ke-13. Cukup teliti dan ia cuba merangkumi aspek-aspek kehidupan rakyat Malaysia. Muka hadapannya juga hebat. Isinya juga boleh dikatakan menawarkan solusi-solusi untuk menunjukkan PR bersedia untuk menjadi kerajaan. Itu satu persepsi awal.  Namun, bila saya amati dan kaji berpaksikan perjuangan kami yang berteraskan advokasi OKU, ternyata agak mengecewakan manifesto ini. Mengapa? Langsung tiada fokus khusus berkenaan fasilitasi OKU. Bukan itu sahaja, muka hadapannya ada 41 logo, tiada satupun logo OKU disertakan. Tidak penting barangkali dari kacamata pimpinan PR. Tambah mengecewakan, tiada apa ...

Helping children with cerebral palsy express themselves

dari ChangkatNingkeBTP Article from The Star Online, Nov 14, 2012 By FARAH A. MOHD ALKAF (Farah A. Mohd Alkaf is a speech-language pathologist. She will be conducting a workshop for educators and caregivers on Communication And Feeding Needs Of A Child With Cerebral Palsy on Saturday, Dec 1 (9am-1pm), at the Women’s Institute of Management in, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. For more information, contact Coreen Paul of JPL Training Track at (013) 330-1728 or email coreen@trainingtrack.biz.) Cerebral palsy is an umbrella term describing a group of disorders that affects body movement, balance and posture. The term cerebral refers to the brain’s two hemispheres and palsy means any disorder that affects control of body movement. There is no problem with the nerves and muscles per se. Rather, cerebral palsy is caused by abnormal development or damage to parts of the brain that control and coordinate movement and posture. Thus, individuals with cerebral palsy often have difficu...