dari ChangkatNingkeBTP Nukilan ini diambil dari salah satu bab dalam buku ketiga saya "Nukilan πολιτικός" yang sedang dalam proses suntingan. Ia sebenarnya diadaptasi dari artikel yang disiarkan dalam SK Online pada 15 Januari 2011 menggunakan judul asal “ Perlunya ADIList dalam KEADILAN”. Walaupun ditulis pada tahun 2011, rasanya masih relevan ketika kita sedang memasuki gerbang tahun masihi 2013. Parti KEADILAN semakin berkembang. Lahirnya kerana reformasi dan demi untuk menegakkan keadilan. Tidak kiralah keadilan untuk siapa dan untuk apa. Ada yang kerana keadilan untuk Anwar. Ketika itu era reformasi pasca pemecatan dan penahanan mantan Timbalan Perdana Menteri. Teringat lagi waktu itu tag yang dipakai oleh anak-anak Anwar Ibrahim, “Justice For Papa”. Anak-anak muda malah yang merasa muda sengaja dan sedikit nakal menggunakan tag “Justice for Papa in Law”. Mungkin dek kerana suka-suka atau kerana meminati serta kagum dengan Nurul Izzah terutamanya waktu itu. Ada ya...
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.