Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MyCP

Program We Care For OKU UNISEL - MyCP

dari ChangkatNingkeBTP Pada 27 April yang lalu saya telah mewakili Persatuan Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP) dalam program "We Care Fort OKU". Program ini dianjurkan oleh para pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri Universiti Selangor (UNISEL) yang mengambil subjek Management Skils. Ia telah diadakan di Kampus UNISEL Bestari Jaya. Sekalung tahniah dan terima kasih atas usaha kalian. Didoakan anda semua terus menjadi agen perubahan dalam usaha mencipta satu dunia Malaysia yang menghargai Fasilitasi OKU. Berikut adalah berita berkenaan dari laman web MyCP (Foto: Pengerusi MyCP menerangkan mengenai Cerebral Palsy & Peranan MyCP ... turut serta Saudara Syahir Azhar, pelajar CP UNISEL yang berkongsi pengalaman beliau) Bersempena dengan usaha berterusan MyCP untuk memperjuangkan advokasi kesedaran terhadap Cerebral Palsy, satu program berjudul "We Care FOr OKU" telah diadakan bersama para pelajar Psikologi Industri UNISEL . Program in...

Ucapan Sempena Hari Cerebral Palsy Peringkat Sarawak

dari ChangkatNingkeBTP Ucapan saya sewaktu Sambutan Hari Cerebral Palsy Peringkat Negeri Sarawak yang dianjurkan oleh MyCP Zon Sarawak. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) , Y.Bhg. Tuan Lawrence Lai. Ucapan Pengerusi MyCP Sambutan Hari Cerebral Palsy Peringkat Negeri Sarawak  2013 Serta Pelancaran Tabung MyCP Zon Sarawak Ahad, 8 Disember 2013, Kelab Rekreasi Petroleum Lutong, Miri, Sarawak Assalamualaikum wbt. & Selamat Pagi serta Salam Inspirasi dari kami di Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP). Yang Berbahagia Tuan Lawrence Lai, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) selaku tetamu kehormat majlis pada hari ini. Yang Berbahgia En Maring Anak Kajop, wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak Yang Berusaha Puan Magdaline Puyang, selaku Wakil MyCP Zon Sarawak dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Majlis Sambutan Hari Cerebral Palsy MyCP Peringkat Negeri Sarawak Yang Dihormati Saudara Christopher Al...

MyCP di MHI TV3

dari ChangkatNingkeBTP Pada 10 September 2013, saya bersama rakan-rakan dari Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP) telah diundang menjadi tetamu Malaysia Hari Ini (MHI) TV3. Topik perbincangan berkisar mengenai MyCP, Fasilitasi serta Rehabilitasi anak-anak yang mengalami Cerebral Palsy dan kempen kesedaran mengenai CP. Ia juga bersempena Hari Terbuka MyCP yang telah diadakan pada 8 September 2013 di Shah Alam yang diadakan hasil kerjasama Great Life Physio Centre (GLP). Aktiviti seterusnya buat MyCP adalah Sambutan Hari Cerebral Palsy Sedunia yang akan diadakan pada 28 September 2013.