Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bolasepak

SEKEPING KERTAS, SERIBU CERITA BOLA : Bila Kedah, Bobby Robson, Le Roy dan Wenger “bertemu” dalam satu coretan lama

Coretan ini saya jumpa semula setelah sekian lama. Diskusi panjang dengan sahabat saya Sdr Ikwan masa itu. Banyak dibincang tentang stail mengurus kelab. Siapa sangka tahun 2026 AAK Unisel FC sertai liga A1 Semi Pro Malaysia.  Ada benda lama yang bila kita jumpa semula, kita tersenyum sendiri. Bukan sebab cantik. Bukan juga sebab kita masih faham seratus peratus apa yang kita tulis. Kadang-kadang kita sendiri kena tenung lima minit untuk membaca tulisan sendiri! Begitulah dengan sekeping kertas yang saya temui ini. Tajuk asalnya agak serius: “Program Pembangunan Bola Sepak Negeri Kedah ke Arah Kejayaan Double Trebles: Kajian Kes 1985–2008.” Tetapi yang lebih menarik bukan tajuknya. Yang menarik ialah contengan di sekelilingnya . Ada anak panah. Ada bulatan. Ada tanda soal besar. Ada perkataan technical . Ada beberapa nama yang dicatat sebagai rujukan pemikiran bola sepak — antaranya kelihatan seperti Bobby Robson, Claude Le Roy, Gérard Houllier dan Arsène Wenger . Pendek ka...

Borussia Dortmund: Belajar Jatuh, Belajar Bangun

"Trophy is the RESULT. CULTURE is the cause. Dortmund tidak bangkit kerana mereka melupakan kegagalan. Mereka bangkit kerana belajar daripadanya. 1. Belajarlah dari Borussia Dortmund. Sejarah panjangnya sejak 1909 sangat menarik untuk ditelaah. 2. Ditubuhkan oleh anak-anak muda reformis (antaranya adik beradik Braun, Cleve, Debest dll) akibat menongkah arah dengan status quo. 3. Ia pernah jatuh pada tahun 1929 akibat kerana membeli pemain-pemain mahal. Kelab ini bangkit dan jakit dan jatuh semula. Bangkit kerana disokong oleh penyokong tidak bernama. 4. Masuk liga regional negeri tahun 1946 - dapat beberapa kejuaraan dan akhirnya masuk liga Federal DFB tahun 1962. 5. Era kegemilangan tahun 1992 apabila muncul Ottmar Hitzfeld. Menang liga 1995 & 1996. Juara juara Eropah 1996/97 tewaskan Juventus yang punya bintang bernama Zidane. Tahun 1997 pula jadi Juara Dunia. Coach ini disokong oleh hulubalang2 hebat seperti Matthias Sammer, Karl-Heinz Riedle, Paul Lambert, Andreas Moller ...

Jürgen Klopp and Germany: The Leader Who Makes People Believe Again

A Reflection by Dr Dan.  German football has entered a new and exciting chapter. On 24 July 2026, Jürgen Klopp was officially presented as the new head coach of the German national team. He signed a four-year contract and will officially begin his duties on 15 August 2026. His mission will take Germany towards Euro 2028 and the 2030 FIFA World Cup.  For Germany, this appointment is more than a change of coach. It is an attempt to restore confidence, identity and pride. Klopp is not only a football manager. He is a leader who understands people. He knows how to enter a difficult situation, rebuild confidence and make everyone believe that improvement is possible. As a Liverpool supporter, I have always admired Klopp not only because of the trophies he won. I admire him because of the way he made people feel. He made football meaningful again. From an Ordinary Player to an Extraordinary Leader Klopp did not begin his journey as a famous football star. He spent most of his playin...

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...

England at the 2026 World Cup: The No. 3 Jersey, a Bronze Medal—and It’s Still Not Coming Home

The No. 3 Jersey and an Inspiration Called Stuart Pearce aka Psycho For me, following England has never been merely about supporting a national football team. It is a journey through different generations of players, unforgettable tournaments and repeated cycles of hope and heartbreak. I have been an England fan since the 1986 World Cup in Mexico. That was the England of Gary Lineker, Peter Shilton and Peter Beardsley—a team that made us believe before Diego Maradona and Argentina ended the dream in one of the most controversial and memorable matches in World Cup history.

Asia Tidak Datang Sekadar Melengkapkan Jadual : Analisis Prestasi Sembilan Wakil Asia dalam Perlawanan Sulung Piala Dunia 2026

Dr Dan & Yazan al-Arab - pertahanan kental team Jordan yang kini beraksi di Piala Dunia Piala Dunia 2026 membuka lembaran baharu buat bola sepak Asia. Bukan sahaja kerana kejohanan kali ini diperluaskan kepada 48 pasukan, tetapi kerana Konfederasi Bola Sepak Asia, AFC, menghantar delegasi terbesar dalam sejarahnya — sembilan pasukan, iaitu Jepun, Korea Selatan, Australia, Iran, Arab Saudi, Qatar, Iraq, Jordan dan Uzbekistan. Jordan dan Uzbekistan pula tampil sebagai peserta sulung. Selepas kesemua sembilan pasukan menyelesaikan perlawanan pertama masing-masing, satu kesimpulan awal boleh dibuat: Asia tidak lagi datang ke Piala Dunia sekadar untuk bertahan, mengambil gambar dan pulang selepas tiga perlawanan. Daripada sembilan perlawanan, wakil Asia mencatatkan dua kemenangan, empat seri dan tiga kekalahan . Enam daripada sembilan pasukan tidak kalah. Secara keseluruhan, mereka menjaringkan 13 gol dan dibolosi 17 kali. Angka itu belum cukup untuk mengisytiharkan kebangkitan besar...