Salam, sekadar renungan. Unisel Dapat NC Baru Posted on May 15, 2008 by Ibnu Khuzaimah Khabar angin bertiup kencang Naib Canselor Universiti Industri Selangor, Prof. Datuk Razali Agus(gambar) akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Naib Canselor UNISEL kerana kontrak perkhidmatannya tidak dilanjutkan lagi oleh Kerajaan Negeri Selangor. Unisel adalah Universiti Swasta milik Kerajaan Negeri Selangor dengan kampus utama di Berjuntai Bistari dan Shah Alam. Unisel mempunyai jumlah pelajar melebihi 10,000 orang dalam setiap sesi pengajian. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, seorang anak Selangor berkelulusan dari Universiti Harvard dan berpengalaman lama di luar negara akan memimpin Unisel ke arah yang lebih gemilang. Selain itu beberapa tokoh akademia dari beberapa universiti tempatan diberitakan akan memulakan khidmat di Unisel menjelang sesi pengajian akan datang.
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.