dari ChangkatNingkeBTP Pada 9 Julai 2018, saya berkesempatan bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri satu diskusi dengan Harapan OKU. Gerakan ini mewakili suara-suara NGO OKU yang membawa beberapa isu penting untuk disampaikan kepada YAB TPM. Antara isu yang dibawa adalah berkaitan anti-diskriminasi terhadap OKU, Akta OKU 2008 serta berkaitan memperkasa Majlis OKU dan berkaitan dengan hak OKU untuk mendapat pekerjaan, pembelaan dan pendidikan.
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.