Dalam pilihan raya, menyerang lawan itu lumrah. Politik tanpa perbezaan pandangan akan menjadi hambar. Kempen tanpa kritikan pula akan menjadi sekadar pesta bendera, poster dan slogan. Tetapi dalam demokrasi, ada satu garis halus yang sering dilupakan oleh ahli politik, jentera parti dan penyokong: jangan overkill parti lawan. Overkill bermaksud menyerang secara berlebihan sehingga matlamat asal untuk meyakinkan rakyat berubah menjadi kemarahan, dendam, fitnah, penghinaan dan dehumanisasi. Dalam bahasa mudah, lawan politik tidak lagi dilihat sebagai pesaing demokrasi, tetapi digambarkan seolah-olah musuh negara, musuh agama, musuh bangsa atau ancaman mutlak yang mesti dihancurkan. Di sinilah politik mula kehilangan adab. Dan lebih berbahaya, di sinilah strategi mula menjadi bumerang. Politik Perlu Menang, Tetapi Jangan Hilang Pertimbangan Dalam pilihan raya, parti yang bijak tidak hanya bertanya, “Bagaimana mahu menjatuhkan lawan?” Parti yang matang bertanya, “Bagaimana mahu menang ta...
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.