Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Trump

Perang Iran Satu Reset Geo-Politik- Dr Dan

dari ChangkatNingkeBTP Konflik & perang Israel-US & Iran kerap dilihat oleh rakyat Malaysia dari sudut siapa bom siapa, Nentanyahu mati atau tidak, Trump obses perang dan dinamik satu sudut kecil sahaja. Ia perlu dilihat dari sudut Game Theory & Reset Geo-politik dunia. Kita sangat perlu keluar daripada melihat perang Iran semata-mata melalui naratif pengeboman, serangan balas, angka korban, dan kemusnahan fizikal. Semua itu memang penting, tetapi kalau kita berhenti di situ, kita hanya membaca permukaan konflik. Hakikat yang lebih besar ialah dunia sedang berdepan satu proses reset geopolitik yang sedang mengubah imbangan kuasa global, laluan tenaga, pakatan antarabangsa, dan orientasi ekonomi dunia. Perang ini bukan lagi sekadar isu ketenteraan serantau, tetapi telah berkembang menjadi persoalan tentang siapa mengawal aturan dunia yang baharu.   Apabila Selat Hormuz terganggu dan hampir semua trafik maritim utama di laluan itu terjejas, kesannya tidak terhenti di...