SIARAN MEDIA IESAD UNISEL BERKAITAN PRN NEGERI SEMBILAN 2026: BN-PN MEMPUNYAI KELEBIHAN, NAMUN PERTARUNGAN MASIH TERBUKA DI KERUSI MARGINAL
Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi atau Institute of Electoral Studies and the Advancement of Democracy (IESAD) merupakan sebuah institut penyelidikan, badan pemikir dan pusat konsultansi di bawah Universiti Selangor (UNISEL). Sejak ditubuhkan pada 27 Februari 2017, IESAD menjalankan penyelidikan berkaitan pilihan raya, demokrasi, tingkah laku pengundi, pendidikan politik, impak sosial dan tadbir urus. IESAD turut terlibat dalam latihan enumerator, kajian lapangan, analisis data serta khidmat konsultansi kepada kerajaan, institusi, organisasi dan pihak berkepentingan. Menjelang hari pengundian PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2026, IESAD telah meneliti dapatan beberapa badan penyelidikan dan penganalisis utama, di samping mengambil kira pemerhatian lapangan TEAM IESAD sepanjang tempoh kempen. IESAD berpandangan bahawa semua unjuran perlu dibaca sebagai gambaran sentimen semasa dan bukannya keputusan muktamad. Perubahan kecil dalam kadar keluar mengundi, pemindaha...