Langkau ke kandungan utama

Sekilas MPW: Politik Malaysia

dari ChangkatNingkeBTP


Diubahsuai Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.


Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Malaysia mengamal sistem parlimen dwidewan: Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kuasa perundangan dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Ini ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Malaysia dan ini memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau bagaimanapun, peratusan ahli pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah ini. Undang-undang kedua ialah undang-undang syariah yang menumpukan pada orang Islam di Malaysia. Sultan merupakan ketua agama Islam dan kuasa ini tertakluk kepada baginda kerajaan negeri. tidak memeranjatkan, undang-undang syariah ini agak berbeza mengikut negeri.
Sistem legaliti Malaysia berasaskan undang-undang British. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada undang-undang dan konstitusi telah diambil dari undang-undang India. Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang rujuk daripada Mahkamah Rayuan; ia mempunyai jurisdiksi asal dalam hal-hal konstitusi dan dalam perselisihan di antara negeri-negeri atau di antara kerajaan persekutuan dan sesuatu negeri. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setiap satunya mempunyah mahkamah tinggi. Kerajaan Persekutuan mempunyai autoriti terhadap hal-hal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, keadilan (kecuali kes-kes undang-undang sivil di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslims yang lain dan juga orang-orang asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan tra tradisi), warganegara persekutuan, kewangan, perdagangan, industri, komunikasi, penngangkutan, dan hal-hal lain.

Keadaan politik
Malaysia mengamalkan sistem politik berbilang parti sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955, berasaskan konsep "siapa cepat dia dapat" (first-past-the-post). Parti politik utama Malaysia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), telah memegang kuasa bersama parti - parti yang lain sejak kemerdekaan Malaya pada 1957. Pada 1973, perikatan parti yang berasaskan kepada kaum telah digantikan dengan perikatan yang lebih besar -- Barisan Nasional-- yang mempunyai 14 parti. Hari ini perikatan Barisan Nasional mempunyai tiga komponen penting - UMNO, MCA (Persatuan Cina Malaysia) and MIC (Kongres India Malaysia). Perdana Menteri Malaysia adalah ahli daripada parti Melayu (UMNO) di dalam perikatan Barisan National.
Proses politik di Malaysia boleh digambarkan sebagai mengambil bentuk "perkongsian kuasa"/(Konsosialisme)" yang mana "kepentingan bersama boleh diselesaikan di dalam satu rangka kerja campuran yang besar"[1] . Di dalam buku Government and Politics in Southeast Asia' cabang eksekutif cenderung untuk mendominasu aktiviti politik, dengan pejabat Perdana Menteri menjadi satu kedudukan untuk mempengerusikan "sekumpulan kuasa yang semakin membesar dan meluas supaya tindakan dapat diambil terhadap individu atau organisasi," dan "memudahkan peluang perniagaan". Pada umumnya kritikan-kritikan mengakui walaupun autoritorianisme di Malaysia melangkaui pentadbiran Mahathir bin Mohamad, beliau juga adalah orang yang "membawa proses berkenaan kehadapan dengan berkesan"
Sarjana undang-undang mencadangkan bahawa secara politiknya "persamaan bagi keharmonian agama dan bangsa" adalah sangat rapuh, dan "kerapuhan ini berpunca daripada identifikasi agama dan bangsa berpasangan dengan ketuanan Melayu orang-orang Melayu bertembung dengan cita-cita bangsa lain bagi mendapatkan persamaan hak."
Seperti kehendak segelintir masyarakat Muslim terdiri daripada majoriti Melayu mewujudkan sebuah negara Islam, desakan bukan Melayu untuk hak samarata adalah sesuatu daripada perlembagaan tidak dapat disesuaikan. Bagi desakan yang mencucuk dalam suatu sistem politik— satu sistem yang berdasarkan kecemerlangan politik orang Melayu. Satu desakan yang mencabar punca kuasa autoriti pemerintahan orang Melayu.
Pada awal September 1998, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad telah memecat Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas tuduhan melakukan perbuatan tidak bermoral dan juga korupsi. Anwar mengatakan bahawa penyingkirannya adalah kerana perbezaan politik antaranya dan Mahathir. Beliau telah melancarkan beberapa siri tunjuk perasaan untuk mendesak diadakan reformasi pada sistem politik Malaysia. Kemudiannya, Anwar telah ditangkap, dipukul ketika ditahan di penjara (termasuk dipukul oleh Ketua Polis Negara), dan didakwa dengan kesalahan melakukan rasuah, dalam kedua-dua konteks undang-undang dan moral, pendakwaan-pendakwaan termasuklah halangan keadilan dan liwat. Pada bulan April 1999, beliau telah didapati bersalah kepada empat pendakwaan korupsi dan telah dijatuhkan penjara selama 6 tahun. Pada bulan Ogos 2000, Anwar telah didapati bersalah pada pendakwaan liwat dan telah dijatuhkan 9 tahun berturut-turut selepas kesalahan yang dijatuhkan selama 6 tahun tersebut. Kedua-dua perbicaraan telah dipandang oleh pemerhati tempatan dan antarabangsa sebagai tidak adil. Sabit kesalahan Anwar terhadap kes liwat telah ditukar menjadi sebaliknya, dan beliau telah menyempurnakan 6 tahun penjara bagi korupsi, beliau telah dibebaskan daripada penjara. Dalam pilihan raya umum November 1999, Barisan Nasional telah kembai berkuasa dengan tiga perempat daripada keseluruhan kerusi parlimen, tetapi kerusi UMNO telah jatuh dari 94 ke 72. Pakatan pembangkang Barisan Alternatif, yang telah diketuai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS), telah meningkatkan kerusinya kepada 42. PAS kembali mengawal kerajaan negeri Kelantan dan telah memenangi kerajaan negeri Terengganu.
Perdana menteri kini adalah Dato' Sri Najib Razak yang menggantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (lebih mesra dipanggil sebagai 'Pak Lah'). Pak Lah mengambil alih pentadbiran berikutan persaraan Dr. Mahathir (sekarang Tun Dr. Mahathir) pada 31 Oktober 2003. Abdullah Badawi dilihat sebagai tokoh yang lebih bertolak ansur dan lemah-lembut jika dibandingkan dengan Tun Dr. Mahathir yang gayanya lebih berterus terang dan bersifat konfrontasi. Beliau berikrar untuk meneruskan dasar-dasar berorientasikan agenda pembangunan Tun Dr. Mahathir, sementara itu membuat kurang kenyataan pengistiharan berkaitan dasar luar berbanding Tun Dr. Mahathir, yang kerap kali menyelar negara-negara barat, iaitu Amerika Syarikat dan Australia secara khusus.
Dalam pilihan raya umum pada Mac 2004, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai Barisan Nasional untuk mencapai keputusan undi yang besar, yang mana Barisan Nasional mendapat semula negeri Terengganu. Kini kerajaan campuran menguasai 92% kerusi dalam Parlimen. Pada tahun 2005, Dr. Mahathir telah menyatakan "Saya percaya negara ini harus mempunyai kerajaan yang kuat tetapi tidak terlalu kuat. Suatu majoriti dua pertiga seperti yang saya nikmati ketika saya merupakan perdana menteri adalah cukup tetapi suatu majoriti sebanyak 90% adalah terlalu kuat... Kami memerlukan parti pembangkang untuk mengingatkan kami jika kami membuat kesilapan. Apabila anda tidak ditentang, anda berpendapat bahawa setiap perkara yang anda buat adalah betul."
Pada pilihan raya umum tahun 2008, parti-parti pembangkang berjaya menghalang Barisan Nasional dari meraih majoriti ⅔ buat kali pertama sejak tahun 1969, iaitu 82 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Tiga parti pembangkang utama, iaitu Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik dan Parti Islam Se-Malaysia membentuk satu perikatan bergelar Pakatan Rakyat tidak lama selepas kejayaan ini.

Rujukan
Fungston, John(2001), Malaysia: Developmental State Challenged, Institute of Southeast Asian Studies, hlm. 160
Krishnamoorthy, M. (11 Disember 2005). "Dr M: Berdirilah dan bersuara". The Star (Malaysia).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENUJU PRN MELAKA 2026: NEGERI KECIL, PERUBAHAN POLITIK BESAR

Melaka kecil pada peta, tetapi jangan kecilkan makna politiknya. Negeri ini pernah menjadi kubu Barisan Nasional, beralih kepada Pakatan Harapan pada 2018, kemudian menyaksikan BN kembali dengan kemenangan besar dalam PRN 2021. Sejarah itu mengingatkan kita bahawa pengundi Melaka boleh berubah. Tiada parti mempunyai geran kekal terhadap kesetiaan rakyat. Kini, hari mengundi ditetapkan pada 14 November 2026 , dengan penamaan calon pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November. Persoalannya bukan sekadar siapa akan menang, tetapi apakah perubahan yang sedang berlaku dalam hubungan antara parti, pemimpin dan pengundi Melaka. Pada hemat saya, PRN kali ini perlu dibaca sebagai pertembungan antara tiga perkara: kekuatan organisasi lama, hubungan politik yang semakin cair, dan tuntutan rakyat terhadap hasil pentadbiran. Kemenangan 2021 bukan jaminan untuk 2026 Dalam PRN 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi, berbanding lima kerusi PH dan dua kerusi PN. Namun, kadar keluar mengundi k...

PRU Akan Datang: Cukuplah Mengukur Suhu, Sekarang Masa Bertindak!

Menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, akan semakin banyaklah survei dibuat. Berapa peratus sokongan kepada kerajaan? Bagaimana penerimaan terhadap PMX? Parti mana sedang naik? Siapa pula semakin tenggelam? Survei itu penting. Saya sendiri orang penyelidikan. Tetapi kalau setiap bulan kita mengukur suhu, sedangkan penyakit tidak dirawat, akhirnya kita cuma menjadi pakar membaca termometer. Sekarang bukan semata-mata masa untuk mengetahui apa yang rakyat fikir. Sekarang masa untuk melakukan sesuatu terhadap perkara yang merisaukan rakyat. Andai parti-parti yang memerintah mahu terus mendapat mandat, mereka perlu memahami satu perkara: kemenangan tidak boleh disandarkan kepada harapan bahawa rakyat akan faham sendiri segala usaha kerajaan. Rakyat ada kehidupan untuk diurus. Ada bil untuk dibayar. Ada anak untuk disekolahkan. Mereka tidak mempunyai masa untuk meneliti setiap ucapan menteri dan menyambungkan sendiri pengumuman kerajaan dengan perubahan dalam kehidupan mereka. Di situlah ...

Tun Dr Siti Hasmah: Kasih yang Melihat Potensi Anak Cerebral Palsy

Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini mengundang rasa dukacita yang mendalam. Saya merakamkan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga. Malaysia kehilangan seorang tokoh yang dikenang kerana kelembutan budi dan kesediaannya mendekati mereka yang memerlukan perhatian.  Sebagai mantan Presiden Malaysian Advocate for Cerebral Palsy , saya ingin mengenang satu sisi khidmat beliau yang dekat di hati komuniti kami. Rekod Persatuan Kanak-Kanak Cerebral Palsy Pulau Pinang mencatatkan bahawa pada November 1981, Tun Dr Siti Hasmah melawat pusatnya dan membawa sumbangan daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI). Catatan itu mungkin ringkas, tetapi bagi sebuah pusat yang berusaha menyediakan pendidikan dan sokongan kepada anak-anak, kehadiran dan bantuan sedemikian mempunyai makna yang besar.  Kunjungan itu mengingatkan kita bahawa perjuangan anak cerebral palsy dan keluarga mereka sentiasa memerlukan lebih daripada simpati. M...