Langkau ke kandungan utama

MPW: Kuliah 1 Hubungan Etnik di Malaysia Secara Umum

dari ChangkatNingkeBTP


  •  Kepada para pelajar, sila baca terlebih dahulu nota ini sebelum kuliah minggu hadapan. Bagi mereka yang inginkan nota ini dalam bentuk pdf, sila email ke hamdan@unisel.edu.my
  • Saya akan menggunakan nota-nota yang dimuatkan di blog ini bagi perbincangan di dalam kuliah mingguan. 
Pengenalan
- Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan negara mundur kpd negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju (cita-cita dlm Wawasan 2020).
-  Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka (Peristiwa 13 Mei 1969)
Daripada pengalaman pahit tsb, pengajaran penting   yg diperoleh ialah:
1.  Kemajuan ekonomi shj tidak lengkap
  sekiranya tidak disertai kestabilan politik.
2.  Kestabilan politik shj tidak memadai tanpa   pembangunan ekonomi yg seimbang.
3.  Pembangunan ekonomi dan kestabilan   politik   perlu berjalan dgn lancar dan seimbang   agar   tidak wujud kepincangan sehingga   menimbulkan konflik.
Keseimbangan : melibatkan agihan habuan ekonomi yg saksama & perkongsian kuasa pemerintahan yg matang.
Persoalannya
1.   Apakah faktor yg boleh membawa     keseimbangan?
2.  Apakah perkara yg perlu dipertahankan   atau   dipelihara untuk menjamin   keseimbangan secara berterusan?
Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yg harmonis


KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK
1.  Malaysia merupakan sebuah negara berbilang   kaum yg pernah menghadapi konflik etnik.
2.  Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh   struktur sosial masyarakat dan memberi   pemahaman tentang darjah pluralisme sosial   dan kebudayaan, punca konflik serta   sejauhmana struktur masyarakat bersifat   kolonial.
3.  Hubungan etnik mencerminkan perkembangan   sejarah dan kemampuan sosioekonomi   sesebuah negara.


4. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan   sumber ketegangan sosial dlm sesebuah   masyarakat.
5.  Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu   prasangka dan diskriminasi di sesebuah   negara   serta gambaran peranan faktor personaliti   dalam menentukan tingkah laku ahli   masyarakat.
6.  Hubungan etnik penting dalam memahami   kesan pengindustrian di sesebuah negara   (kesan pengindustrian dan perubahan sosial).
7.  Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial   dan perancangan sosial sesebuah negara.

Usaha-usaha Ke Arah Memupuk Perpaduan Nasional
-  Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara   (kini   Jabatan Perpaduan Negara dan   Integrasi   Nasional /JPNIN).
-  Pengenalan Rukun Negara (ideologi   kebangsaan).
-  DEB, Dsr Pendidikan Kebangsaan, Dsr   Kebudayaan Kebangsaan.
-  Gabungan parti-parti politik (Cth: Barisan  Nasional)

-Integrasi antara wilayah (antara bandar   dgn   luar bandar) dan antara Semenanjung Malaysia   dgn Sabah &   Sarawak.
-  Usaha kerajaan (top-down) shj tidak   memadai tetapi mesti digenapkan dgn usaha   yg berbentuk (bottom-up)   menerusi kerjasama   & sumbangan drp sektor swasta, sektor   komuniti dan semua parti politik.
-Keharmonian Hubungan Etnik di   Malaysia   tidak bergantung semata-mata kpd keadaan   berbaik-baik antara   pelbagai kumpulan etnik   tetapi juga  antara kumpulan kelas sosial yg   berbeza (pekerja/kelas menengah/golongan yg kaya drp pelbagai kumpulan)
-  HE merupakan satu ciri penting yg   mencorakkan sistem sosial Malaysia   walaupun tahap perpaduan nasional di negara   kita sukar diukur, namun negara   luar melihat   Malaysia sbg negara yg berjaya   mewujudkan   HE yg harmonis




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

UNISEL Dah Masuk Ranking Asia. MPU Masih Boleh Biasa-Biasa?

Cuba bayangkan dua berita tentang kampus sampai pada hari yang sama. Satu, UNISEL naik satu anak tangga dalam ranking Asia Tenggara. Satu lagi, mahasiswa akhirnya berjaya meyakinkan pengurusan supaya laluan ke dewan kuliah boleh digunakan oleh pelajar berkerusi roda. Berita pertama senang dijadikan poster. Berita kedua mengubah cara seseorang sampai ke kelas. Bila nama Universiti Selangor (UNISEL) masuk QS Asia edisi 2026 , dalam kelompok 1,101–1,200 , ada yang mungkin tanya, “Nombor macam itu pun nak diraikan?” Ya, saya rasa patut. Dalam senarai Asia Tenggara , UNISEL pula bergerak daripada kedudukan bersama ke-173 pada edisi 2026 kepada kedudukan bersama ke-172 pada edisi 2027 . Kita boleh gembira dengan langkah itu. Tahniah kepada senmua yang terlibat dan menyumbang. Cuma selepas ucapan tahniah, elok kita tanya soalan yang lebih susah. Apa yang mesti berubah di kampus supaya kemajuan itu dirasai oleh mahasiswa sendiri? Kenapa UNISEL perlu masuk ranking? Sebab kita perlu tahu di mana...

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

PRN Melaka 2026 — Analisis setakat 9 November 26

BN berada di landasan untuk kekal sebagai kuasa terbesar di Melaka. Unjuran asas saya ialah BN 21 kerusi, PH 5 dan PN 2, menjadikan Muafakat Melaka 23 daripada 28 kerusi. Pertarungan yang paling menarik ialah sama ada PN boleh mengambil Bukit Katil daripada PH, sama ada PH boleh mengambil Paya Rumput yang dilepaskan BN kepada PN, dan sama ada BERSATU boleh menembusi Sungai Udang atau Pantai Kundor . SPR mengesahkan 79 calon bagi 28 kerusi. Majoriti mudah ialah 15 kerusi , manakala dua pertiga memerlukan 19 kerusi . Undi awal berlangsung pada 10 November dan pengundian pada 14 November. Unjuran ini menggunakan keputusan 2021, senarai calon muktamad dan laporan lapangan yang diterbitkan sehingga 9 November. Angka di bawah ialah penilaian kerusi secara kualitatif. Kadar pemindahan undi dan perbezaan kadar keluar mengundi masih menjadi ketidakpastian utama. spr.gov.my Apa yang kelihatan di lapangan Hisommudin Bakar dari Ilham Centre melaporkan pada 9 November bahawa gerak kerja BN–PN l...