Langkau ke kandungan utama

MPW: Kuliah 6 Penjajahan

dari ChangkatNingkeBTP


PENDAHULUAN

Negara kita sememangnya menjadi idaman kuasa-kuasa asing baik dari Barat mahupun Timur. Peluang 
penjajahan yang diterima oleh kuasa-kuasa asing ini ditambah dengan faktor kesilapan, kelemahan dan 
masalah di negeri-negeri Melayu akhirnya menyebabkan negara terjajah selama lebih kurang 446 tahun. Tempoh penjajahan ini sebenarnya boleh dipertikaikan memandangkan tempoh penjajahan selama 446 tahun itu bukanlah berlaku secara menyeluruh (meliputi seluruh Tanah Melayu) tetapi hanya melibatkan satu wilayah khusus iaitu Melaka. Penjajahan menyeluruh hakikatnya hanya berlaku selepas 1870an.
Kepentingan Topik Penjajahan 

  • Kepentingan kuasa penjajah luar terutamanya Inggeris amat nyata dalam perkembangan sejarah tanah air (politik, pentadbiran, perundangan bahkan juga sosial). Ini dapat dilihat daripada keengganan pihak Inggeris untuk bertindak terhadap wilayah-wilayah Sabah dan Sarawak sehingga ke satu tarikh yang agak lama. Ini kerana Sabah diuruskan oleh Syarikat Borneo Utara manakala Sarawak ditadbir oleh keluarga Brooke. 
  • Secara ringkas, apa yang kita akan pelajari dalam subjek Pengajian Malaysia -mengikut bab-bab adalah menyentuh soal pentadbiran negara, perundangan, aspek sosio-ekonomi, sistem adat dan kepercayaan malahan juga sistem kehakiman sebenarnya mempunyai kaitan secara langsung dengan apa yang dilaksanakan oleh penjajah pada masa lampau (Semuanya dilihat sebagai kesan daripada peristiwa penjajahan). 


Faktor Kehadiran Penjajah 


  • Faktor 3K iaitu kekayaan, kegemilangan dan keagamaan. Faktor 3K ini juga disebut sebagai 3G iaitu Gold, Glory dan God/Gospel yang memberi maksud yang sama iaitu kekayaan, kegemilangan dan keagamaan.(Baker, 1999, p 54) 
  • Faktor ini adalah secara khusus adalah merujuk kepada faktor kedatangan Portugis ke Timur. Bagaimanapun jika dilihat dalam konteks yang lebih umum faktor-faktor ini (3K/G) adalah merupakan faktor am kehadiran (common factor) yang terpakai untuk kesemua penjajah. 
Penjajahan asing di Melaka/Tanah Melayu 
1. Penjajahan Portugis (1511-1641) 
2. Penjajahan Belanda (1641-1824) 
3. Penjajahan Jepun (1942-1945) 
4. Penjajahan Inggeris (1824-1941) & (1946-1957) 

Penjajahan Portugis (1511-1641)



3K/G Sebab Kedatangan Melaka sahaja Kawasan Terlibat

  1. Menguasai perdagangan rempah & memecahkan monopoli perdagangan rempah oleh saudagar Islam di Eropah Timur 
  2. Menumpaskan kerajaan Islam. Buktinya Afrika ditinggalkan dalam eksplorasi penjajahan. Antara sebabnya kerajaan Preston John dipercayai ada disana. 
Penjajahan Belanda (1641-1824) 




  1. Sebab Kedatangan 3K/G 
  2. Kawasan Terlibat Melaka sahaja 
  3. Tujuan Penaklukan :
  • Membendung perkembangan Melaka dan menaikkan pelabuhan Betawi 

Perbincangan penting yang lain

  • Perjanjian Inggeris -Belanda 1824. 
  • Kesan-kesan perjanjian terhadap 



Penjajahan Jepun (1942-1945) 


  1. Sebab Kedatangan 2K/G 
  2. Kawasan Terlibat Seluruh TM termasuk Sabah dan Sarawak 
  3. Tujuan Penaklukan :
  • Kegemilangan politik bagi negara Jepun. 
  • Menghalau Inggeris dari TM 
  • Sumber bahan mentah 
  • Menyelesaikan krisis kependudukan 

Perbincangan penting:

  • Sebab-sebab kemenangan mudah Jepun 
  • Kesan-kesan penjajahan Jepun (Negatif dan Positif mengikut sektor) 



Penjajahan Inggeris (1824-1941) & (1946-1957)


  1. 3K/G Sebab Kedatangan 
  2. Seluruh TM termasuk Sabah dan Sarawak Kawasan Terlibat
  3. Tujuan Penaklukan: 


  • Menguasai potensi ekonomi TM (rempah, bijih, getah dll) 
  • Menjaga kepentingan British (perdagangan, syarikat dan rakyat) 
  • Menjaga keamanan
  • Permintaan pemerintah/pembesar tempatan 
  • Bimbang kuasa Eropah lain




Kesan penjajahan Inggeris terhadap pelbagai aspek sektor (Asas Perbincangan )
Perbincangan Lain

  • Pembukaan Penempatan. Cth : Pulau Pinang 
  • Perjanjian dengan pemerintah tempatan. Cth : Singapura 
  • Perjanjian & Sistem Residen. Cth: Perak, Selangor, N9, Pahang. 
  • Individu/Keluarga. Cth :Sarawak 
  • Syarikat. Cth: Sabah melalui NBCC. 
  • Perjanjian dengan pihak luar. Cth : Perjanjian Inggeris-Belanda (Melaka) 
Tambahan : Penjajahan Jepun 
Sebab Kemenangan Mudah Jepun 
(I) Aspek Strategi :
  1. Menyerang dari utara sedangkan pihak Inggeris menumpukan pertahanan mereka si sebelah selatan Tanah Melayu. 
  2. Menyerang Pearl Harbour terlebih dahulu bagi memutuskan bekalan dan bantuan.
  3. Pakatan dengan Siam
  4. Bergerak dengan menggunakan basikal 
  5. Program pengintipan yang rapi dan menyeluruh (secret intelligence) 
  6. Propaganda Jepun – membebaskan TM menyebabkan penduduk Melayu memberi bantuan kepada Jepun. 
(II) Kepimpinan yang baik seperti Jeneral Yamashita (Malayan Tiger). 
(III) Tentera 
  1. Tentera yang terlatih, bersemangat, berdisiplin, tidak takut mati dan sanggup berkorban untuk negara termasuk melalui tindakan “kamikaze”. Mereka tahu berkorban untuk negara adalah sesuatu yang mulia. 
(IV) Kemenangan mudah Jepun juga disumbangkan oleh kesilapan dan kelemahan pentadbiran Inggeris dan 
penduduk Tanah Melayu. 
  1. Kesilapan Inggeris menumpukan pertahanan di sebelah selatan menghala ke Singapura. 
  2. Pertahanan laut yang sangat lemah sedangkan kedudukan Tanah Melayu dikelilingi oleh laut. 
  3. Kelemahan pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu yang beraneka ragam dan berbeza-beza menyukarkan koordinasi pertahanan dilaksanakan. 
  4. Tentera Inggeris tidak bersedia. 
  5. Inggeris salah jangkaan waktu serangan. 
  6. Kedegilan penduduk TM yang enggan percaya teguran orang Cina. 
Kesan-kesan Pendudukan Jepun 
Ekonomi 
  1. Kemusnahan sektor ekonomi disebabkan kemusnahan semasa perang. 
  2. Peningkatan inflasi (Baker, 1999, p 227) - sila rujuk nota tambahan
  3. Pemindahan teknologi pertanian. Cth: Padi Taiwan. 
Sosial 
  1. Kematian dan kebuluran. 
  2. Tahap kesihatan yang rendah dan penularan wabak penyakit seperti beri-beri dan malaria. 
  3. Trauma peperangan kesan kematian dan penyiksaan buruh paksa Landasan Keretapi Maut. 
Politik 
  1. Proses penjepunan 
  2. Hubungan yang tegang antara kaum Melayu dan Cina. 
  3. Penentangan terhadap pendudukan Jepun oleh MPAJA, Force 136, Gerila Kinabalu, Askar Wataniah, dll. 
  4. Bertambahnya pengaruh komunis. 
  5. Pembebasab tahanan politik Inggeris seperti Ibrahim Yaacob. 
  6. Kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan warga Tanah Melayu. 
  7. Penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran negara 
Kesan Penjajahan Inggeris 
Politik, Pentadbiran dan Perundangan 
  1. Penentangan oleh masyarakat tempatan – kesan langsung. 
  2. Pengenalan sistem pentadbiran Barat dan pengabaian sistem pentadbiran tradisional. 
  3. Pemakaian undang-undang Barat. Undang-undang Islam dan adat dihadkan hanya dalam soal-soal domestik. 
Sosio-ekonomi 
  1. Kewujudan sistem ekonomi kolonial – hasil dikaut oleh penjajah. 
  2. Perkembagan sistem ekonomi berasaskan eksport 
  3. Perkembangan infrastruktur dan kemudahan asas 
  4. Penghapusan adat-adat tempatan yang disifatkan sebagai kejam. 
  5. Perkembangan pendidikan 
  6. Pengenalan sumber ekonomi baru seperti getah 
  7. Pengenalan dan pemindahan teknologi 
KESIMPULAN
Kekayaan dan kedudukan Tanah Melayu yang begitu strategik telah menyebabkan wilayah ini menjadi rebutan banyak pihak. Justeru itu, penjajah yang menguasai wilayah ini bertukar ganti. Pendudukan Jepun walaupun singkat telah menyedarkan warga Tanah Melayu tentang maruah bangsa, kebebasannya dan hak untuk mentadbir negara sendiri. Inggeris pula adalah merupakan penjajah yang paling bijak. Mereka berjaya menguasai keseluruhan Tanah Melayu melalui “usaha ketenteraan yang minima”. Justeru mereka dianggap sebagai penjajah paling berjaya terutamanya jika diteliti kepada “mendalam dan menyeluruhnya” kesan-kesan penjajahan yang ditinggalkannya disesebuah negara sepertimana yang dilakukannya di Malaysia dll. 

RUJUKAN
Andaya., Barbara Watson & Leonard Y. (2001) A History of Malaysia. University of Hawaii Press. 
Baker, Jim (1999) Crossroads, A Popular History of Malaysia & Singapore. Times Books International. 
Lotfi Ismail (1975) Sejarah Malaysia 1400–1963. KL: Utusan Publications & Distributors.  
Zainal Abidin Abd Wahid (1991). Sejarah Malaysia. Bangi : Penerbit UKM. 
Zainal Abidin Abd W ahid (1971). Glimpses of Malaysian History. KL : DBP. 






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

SIARAN MEDIA IESAD UNISEL BERKAITAN PRN NEGERI SEMBILAN 2026: BN-PN MEMPUNYAI KELEBIHAN, NAMUN PERTARUNGAN MASIH TERBUKA DI KERUSI MARGINAL

Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi atau Institute of Electoral Studies and the Advancement of Democracy (IESAD) merupakan sebuah institut penyelidikan, badan pemikir dan pusat konsultansi di bawah Universiti Selangor (UNISEL). Sejak ditubuhkan pada 27 Februari 2017, IESAD menjalankan penyelidikan berkaitan pilihan raya, demokrasi, tingkah laku pengundi, pendidikan politik, impak sosial dan tadbir urus. IESAD turut terlibat dalam latihan enumerator, kajian lapangan, analisis data serta khidmat konsultansi kepada kerajaan, institusi, organisasi dan pihak berkepentingan. Menjelang hari pengundian PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2026, IESAD telah meneliti dapatan beberapa badan penyelidikan dan penganalisis utama, di samping mengambil kira pemerhatian lapangan TEAM IESAD sepanjang tempoh kempen. IESAD berpandangan bahawa semua unjuran perlu dibaca sebagai gambaran sentimen semasa dan bukannya keputusan muktamad. Perubahan kecil dalam kadar keluar mengundi, pemindaha...

Analisis Awal Politik Negeri Sembilan 2026 : Undi Kaum, Anak Muda dan Kerusi Panas

Catatan masa: Setakat 29 Julai 2026, PRN Negeri Sembilan belum selesai. Pengundian biasa ditetapkan pada 1 Ogos 2026 . Oleh itu, analisis ini merupakan analisis awal menjelang keputusan , bukan analisis pasca-PRN yang muktamad. Analisis sebenar pasca-PRN perlu dibuat selepas keputusan rasmi dan data saluran mengundi diperoleh. Gambaran keseluruhan PRN Negeri Sembilan 2026 bukan sekadar pertandingan menentukan kerajaan negeri. Ia merupakan ujian terhadap tiga perubahan besar politik Malaysia: keupayaan BN mengembalikan dominasi di kawasan Melayu; kemampuan PH mengekalkan gabungan pengundi bandar dan bukan Melayu; dan sejauh mana PN serta Bersatu mampu memecahkan undi Melayu dalam pertandingan tiga penjuru. DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi , dengan 19 kerusi diperlukan untuk majoriti mudah . Sebelum pembubaran, komposisinya ialah PH 17, BN 14 dan PN 5. Pertukaran pola kerjasama politik menjadikan keputusan 2023 tidak boleh dipindahkan secara langsung kepada PRN 2026.  1. Undi...