Tiga konsep penting yg ditumpukan ialah: Masyarakat, Budaya, dan Perpaduan
Masyarakat
- Menurut
Roucek & Warren (1979): Masyarakat - sebagai
“satu kumpulan manusia” yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad- abad.
- Satu kumpulan / kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara
kolektif, mampu menyatukan buah fikiran
dan tindakan sehingga terjalin hubungan
antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.
Ciri-ciri utama masyarakat:
a) berkelompok;
b) berbudaya;
c) mengalami perubahan;
d) berinteraksi (dalaman
& dgn pihak luar)
e) mempunyai kepimpinan; dan
f) mempunyai aturan
sosialnya (susun lapis, kelas, status
dan kasta)
Konsep Etnik / Kaum
-Satu kelompok
yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama.
Etnik boleh didefinisikan sbg sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg
hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi.
-Konsep ‘kelompok
etnik’ digunakan untuk merujuk kepada golongan yg berbeza dari segi kebudayaan.
-Etnik
sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga,
pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi,
& hiburan.
Konsep Suku
- kelompok
masyarakat yg membentuk rumpun bangsa (cth: dalam
rumpun Kadazandusun terdapat sub etnik
seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang,
dll)
Konsep Bangsa / Nasion
- Mempunyai maksud yg lebih luas
dan terbentuk berasaskan gagasan ras
atau etnik yg sedia ada
- Menurut
John Stuart Mill : Bangsa - Rumpun manusia yg
terikat oleh rasa taksub bersama & lebih rela
bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan
rumpun bangsa yg lain. Lazimnya terjalin
oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya,
sejarah & agama.
- Bangsa Malaysia sbg “bangsa
idaman” yg kita kehendaki. Pembentukan
bangsa Malaysia berteraskan hubungan
etnik yg harmonis.
Konsep Masyarakat Majmuk.
- Menurut J.S.Furnivall:
Masyarakat majmuk terdiri drp pelbagai kaum yg mempunyai kebudayaan, agama,
bahasa dan adat resam yg tersendiri.
Walaupun mereka (pelbagai kaum) berganding bahu di bawah sistem politik
yg sama, tetapi kehidupan mereka adalah berasingan; interaksi sosial dalam
kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian
tugas dilakukan atas garis-garis ras.
- Asas sosial sesuatu masyarakat
majmuk ialah campuran pelbagai kelompok
manusia. Dari segi politik pula
masyarakat majmuk timbul akibat dominasi
penjajah.
- Satu lagi ciri masyarakat
majmuk ialah ketiadaan / kelemahan azam
sosial bersama (common social will) yg merupakan satu set nilai yg
dipersetujui anggota masyarakat bagi
mengawal dan memberi panduan kepada
tingkah laku sosial.
Konsep Kelas
Sosial
-Konsep ini berkaitan dengan
kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan sehari-hari,
segolongan individu yg mempunyai kedudukan yg sama dari segi kuasa, politik,
kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.
Cth: Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada dua golongan:
1.Bourgeoisie : yg memiliki punca-punca
pengeluaran, pengagihan dan pertukaran.
2.Proletariat
: yg tidak memiliki perkara di atas hanya
tenaga kerja sahaja
Konsep Institusi Sosial
Konsep Institusi Sosial
- Sebagai konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan.
Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yg telah menjadi kebiasaan
atau suatu pola hubungan sosial yg mempunyai suatu matlamat sosial yg tertentu.
Cth: Institusi sosial yg utama: Institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dll.
Konsep Jarak Sosial
Konsep Jarak Sosial
- Satu perasaan pemisahan / pemisahan sosial yg benar-benar wujud di
antara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan
kelompok. Istilah ini digunakan untuk
menganalisis hubungan dalam sesuatu kelompok atau di antara kelompok.
-Jarak sosial berkait rapat
dengan interaksi dan persefahaman antara kelompok. Semakin besar jarak sosial
di antara dua kelompok, maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan
persefahaman antara kedua-duanya.
Konsep Mobiliti Sosial
Konsep Mobiliti Sosial
-Merupakan satu proses perubahan
individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yg lain
dalam satu sistem stratifikasi sosial.
Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat.
-Dalam sistem yg lebih terbuka,
peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya dalam sistem tertutup seperti
dalam sistem kasta yg bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku.
- Konsep Etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme
- Konsep Etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme
Etnisiti :
merujuk
kpd rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu.
Wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yg jelas
dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu
sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yg sama.
Etnosenterisme:
- Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan
sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan
kelompok lain.
-Sesuatu
kelompok dikatakan ‘etnosentrik’ apabila mereka menilaikan kebudayaan lain
berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan
lain mempunyai nilai yg lebih rendah.
-Etnosentrisme
membayangkan keengganan / ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai
pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yg lain.
-Selagi
manusia menjadi ‘etnosentrik’, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain
berdasarkan stereotaip yg sedia ada (biasanya yg bersifat negatif)
- Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting dalam
mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan mengukuhkan perpaduan di antara
anggota sesuatu kelompok masyarakat. Cth: Ketaatan kepada budaya dan kelompok
diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti – dapat mengatasi konflik politik
dalam sesuatu kelompok masyarakat.
Konsep Ras dan Rasisme
Ras: Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal (warna kulit dll).
Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan
oleh baka yang diwarisi dari generasi ke
generasi cth: Mongoloid, Negroid dan Austroloid.
- Pd dasarnya, ras boleh dikatakan sbg kelompok sosial yg
mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yg
nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dsbnya. Ciri yg paling
ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
- Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yg menganggap diri
dan / atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza drp kelompok mereka
berasaskan dasar perbezaan fizikal yg tidak dpt diubah dan sifat2 ini berkaitan
dgn sifat2 atau kebolehan moral &
intelek mereka.
Rasisme
- Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif
oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok
lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata yg
dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan.
- Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan
terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya.
- Fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri
sahaja yg paling unggul.
- Rasisme wujud pd 2 tahap:
1. Tahap
Individu – kepercayaan & sikap individu
2. Tahap
Institusi – melibatkan dasar & pelaksanaanyg bersifat diskriminasi
Konsep Prejudis dan Stereotaip
Prejudis
- Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok
etnik lain yg tersemat dlm hati seseorang atau kelompok etnik tertentu;
prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak
berasaskan maklumat yg jelas, tepat atau mencukupi.
- Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi
kpd generasi yg lain. Kesannya semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan
bagi mendapatkan sesuatu yg terhad sama ada dlm aspek politik, ekonomi atau
sosial.
- Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi
stereotaip.
Stereotaip
- merupakan kenyataan-kenyataan umum yg negatif
terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti “semua orang X bersifat kasar” dsbnya.
- Stereotaip ialah gambaran yg berlebih-lebihan
tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yg ditujukan kpd sesuatu kumpulan
etnik oleh etnik yg lain. Hal ini terhasil drp pertembungan dua atau lebih
komuniti etnik.
- Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yg negatif
dlm kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di Malaysia kerana fahaman
ini mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan
etnik yg lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan
semangat perkauman yg menebal.
Konsep Diskriminasi
- Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran dan
kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau
kelompok etnik lain yg mempengaruhi perilaku pihak yg berpandangan negatif.
- Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan
seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik
semata-mata.
- Merupakan manifestasi prasangka yg wujud dlm kalangan kumpulan
etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis & stereotaip dlm sesebuah
masyarakat.
- Diskriminasi berlaku dlm banyak bentuk (individu atau kumpulan
etnik) dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja,
serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan
etnik.
Konsep Perpaduan & Integrasi
Perpaduan
- sbg
satu proses yg menyatupadukan seluruh masyarakat
& negara supaya setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti & nilai
bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah
air.
Integrasi
- Satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua kelompok etnik dlm negara. Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.
Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dlm kalangan kumpulan yg terpisah
dari segi kebudayaan, sosial &
lokasi dlm sesebuah unit politik.
Unsur-unsur integrasi:
1. Integrasi wilayah –
mengurangkan jurang perbezaan
pembangunan ekonomi & sosial antara
wilayah
2. Integrasi ekonomi –
mengurangkan jurang perbezaan ekonomi
antara kumpulan etnik
3. Integrasi kebudayaan
– pembentukan satu kebudayaan kebangsaan
4. Integrasi sosial – usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial (sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dll)
5. Integrasi pendidikan
– mewujudkan sistem pendidikan yg
bercorak kebangsaan dan sempurna dari
segi intelek, rohani, emosi, jasmani
& sosial
6. Integrasi politik –
kerjasama & pembahagian kuasa
politik
Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu
yg mudah dan integrasi ialah satu proses yg amat kompleks.
Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah
kedekatan bermula dgn hubungan terpisah iaitu segregasi
sehinggalah hubungan yg berbentuk sebati iaitu amalgamasi
Konsep Segregasi
- merupakan pemisahan
& pengasingan antara satu kumpulan
etnik dgn kumpulan etnik yg lain dlm
sesebuah negara. Pemisahan berlaku dlm beberapa
keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat
tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan
& kemudahan awam. Segregasi wujud
sama ada didasari oleh undang-undang atau
sebaliknya.
Konsep Akomodasi
- merupakan proses yg menyebabkan setiap kumpulan etnik
menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yg lain &
tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Formula: A + B + C = A + B + C
A, B & C merujuk kepada budaya
- Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik
bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi
secara aman damai baik untuk sementara atau untuk selama-lamanya. Interaksi
sosial seumpama ini membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan
identiti serta sikap mereka yg berasingan.
-Pd peringkat pemerintahan
pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dlm bidang ekonomi &
pendidikan & mereka saling bergantung.
-Proses penyesuaian ini banyak
berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya
mereka dlm keadaan harmoni (penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai
agama & kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik).
-
Penyesuaian amat penting
sebagai satu dasar untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik.
-Kejayaan atau berkesannya
‘penyesuaian’ sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan
pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.
Konsep Asimilasi
-Adalah
satu proses percantuman dan penyatuan di antara kelompok / individu dari
berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan
identiti yg sama. Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala individu /
kelompok ke dalam kelompok lain.
-Satu
proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara
berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi
mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari
segi kebudayaan & identiti
Formula: A + B + C = A
A mewakili golongan dominan, B & C
mewakili kumpulan etnik minoriti.
- Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya
interaksi yg erat antara ahli kumpulan etnik yg berbeza budaya bagi suatu
tempoh yg lama.
- Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada
beberapa faktor penting:
1. Kesanggupan
golongan minoriti untuk menghilangkan
identiti mereka.
2. Kesanggupan
golongan majoriti untuk menerima golongan
lain.
3. Terdapat
banyak persamaan budaya antara kumpulan
etnik.
-Proses
asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan
di antara golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.
-Umumnya - kumpulan minoriti yg
bilangan anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan
minoriti yg bilangan anggotanya besar. Minoriti yg mempunyai kebudayaan dan
tradisi yg jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan.
-Cth. Di Thailand, org Melayu
mengalami proses asimilasi yg menyebabkan nama, bahasa, cara hidup (kecuali
agama) disatukan dgn amalan & cara hidup org Thai.
- Di Malaysia – proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina
Kelantan, Baba & Nyonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta
Baba & Nyonya berlaku dlm konteks budaya tanpa melibatkan anutan
kepercayaan atau agama.
Konsep Amalgamasi
-Satu
proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini,
semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan
campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa
yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.
-Formula: A
+ B + C = D. A,B dan C mewakili
kumpulan etnik yg berlainan dan D mewakili
kumpulan baharu yg terhasil drp penyatuan A, B dan C.
-Syarat:
Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau
dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka
(jarang berlaku).
•Kehadiran
sifat-sifat Nasion itu boleh melahirkan Nasionalisme.
-Menurut
Hans Kohn: Nasionalisme adalah suatu
keadaan fikiran yg menyerap masuk
ke dlm jiwa sebahagian besar rakyat. Ia juga adalah idea yg bertenaga yg
berpunca drp perasaan cintakan tempat asal, adat resam dan merupakan fahaman yg
matang serta berupaya mengiktiraf kedaulatan rakyat yg melihat negara bangsa
sebagai organisasi politik yg unggul & sah.
• Pengaruh
nasionalisme menyebabkan adanya usaha atau kegiatan yg tersusun utk
mewujudkan negara berdaulat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan