Langkau ke kandungan utama

Jersi Selangor 1982

dari ChangkatNingkeBTP



Hari ini saya memakai replika jersi pasukan Selangor dalam Final Piala Malaysia 1982. Tahun itu antara tahun terawal saya mula ikuti bolasepak. Tambahan pula, tahun berkenaan juga adalah tahun Piala Dunia di Sepanyol yang memunculkan Diego Maradona.
Jersi replika ini cuma yang berbeza adalah jersi 1982 menggunakan logo FAS dan bukan bendera negeri Selangor. Perbezaan kedua adalah silang kuning jersi ori adalah di sebelah kanan ke bawah.
1. Tahun 1982 merupakan antara detik bersejarah Bolasepak Malaysia apabila kali pertama kejuaraan liga mula diperkenalkan oleh FAM dan dinamakan Liga Piala Malaysia. Ia juga digunakan sebagai asaa kelayakan ke kejohanan Piala Malaysia.
2. Liga status Amatur ini berlangsung hingga tahun 1988. Jika ada yang masih ingat, tahun 1989 FAM memulakan Liga Semi-Pro. Sebelum 1982, format yang digunakan dari tahun 1921-1981 adalah format Piala Malaysia sahaja dan tiada kejuaraan liga bagi juara kumpulan.
3. Kejuaran sulung 1982 dimenangi oleh pasukan Pulau Pinang dan Naib Juara adalah WP Kuala Lumpur. Manakala pasukan Merah Kuning menduduki tangga ke-3.
4. Namun di peringkat Piala Malaysia, Selangor ternyata terus unggul apabila menewaskan Terengganu 1-0 di peringkat akhir yang diadakan di Stadium Merdeka. Sebelum final, Selangor telah menumbangkan Perlis dengan agregat 3-0. Kemudiannya Selangor berjaya tewaskan Pahang di separuh akhir.
5. Antara bintang Selangor waktu itu tentunya Allahyarham Mokhtar Dahari, Santokh Singh, Mendiang R. Arumugam, Wong Hung Nung & Zainal Abidin Hassan.
#MKLK #DrDan


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

RAJA BERPELEMBAGAAN

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN * Raja Berperlembagaan bermaksudd sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. * Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu * Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. Latar Belakang Sejarah * Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa. * Sultan merupakan puncak kuasa dalam semua hal ekonomi,politik dan sosial. * Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu iaitu Inggeris telah mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. * Ekoran tidakan orang-orang Melayu menentang Kesatuan Malaya, kaum-kaum utama di Tanah Melayu mula mengambil peranan dalam politik. * Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan s...

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...