Langkau ke kandungan utama

Dari MStar Online : Adun Pelabuhan Klang akhirnya bersuara

dari Changkat Ning

Setelah timbul pelbagai spekulasi berkenaan ADUN Pelabuhan Klang, YB Badrul Hisham Abdullah, akhirnya beliau berjaya ditemubual oleh The Star. Tahniah untuk di Star. (versi Bagasa Malaysia The Star boleh diakses dengan melayari laman sesawang htttp://www.mstar.com.my).

Apa yang jelas, beberapa alasan yang beliau maklumkan ada logiknya. Ia bukan perkara baru. Penjelasan seperti peruntukkan DUN kerap kedengaran rungutannya bukan sahaja di DUN Pelabuhan Klang malah di beberapa DUN lagi seperti di DUN Kuang. Terdapat peruntukkan tidak sampai ke peringkat rakyat marhain dan jika ada hanya di kawasan terpilih sahaja, Sesuatu perlu dilakukan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor kerana rungutan di belakang tabir makin kuat kedengaran dan boleh menjejaskan PR secara keseluruhannya.


Adun Pelabuhan Klang akhirnya bersuara

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini muncul dengan kenyataan rasmi buat pertama kalinya sejak isu yang mengaitkannya untuk menyertai Umno tersebar luas dengan membidas bosnya sendiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan beliau tidak sihat untuk melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Bercakap secara eksklusif dengan akhbar The Star, Badrul menafikan segala dakwaan negatif yang dilemparkan ke atas dirinya apatah lagi dalam soal yang mengaitkannya dengan Umno dan juga isu berkaitan kedudukan mentalnya selepas kononnya terlibat dalam kemalangan.

“Saya tidak terlibat dalam kemalangan sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak termasuk Menteri Besar. Jadi saya tak faham kenapa saya diserang secara pribadi. Apa yang Menteri Besar takut sangat ni?’’ tanya beliau.

Berhubung spekulasi yang beliau akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul menjelaskan, dia masih wakil rakyat Pelabuhan Klang mewakili PKR.

Dan apabila ditanya kenapa selama ini beliau menghilangkan diri, jawab Badrul, beliau tidak pernah menghilangkan diri tetapi sengaja menjauhkan diri daripada pemimpin PKR dan juga majlis rasmi PKR untuk mengelak tercetusnya sebarang kontroversi lagi.

“Tapi saya nak beritahu, saya tidak menghilangkan diri dari kawasan saya dan juga pengundi saya. Saya bertemu dengan mereka selalu khususnya semasa terawih,’’ ujarnya. Sumber-sumber memberitahu The Star, perasaan di anaktirikan oleh pejabat Menteri Besar bukan dirasai oleh Badrul seorang malah beberapa lagi Adun yang lain khususnya dalam soal pembahagian peruntukkan pembangunan kepada kawasan Dewan Undangan Negeri berjumlah RM500,000 setiap kawasan.

The Star difahamkan, Khalid Ibrahim telah melantik Setiausaha Politiknya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Adun Seri Setia untuk menguruskan peruntukkan pembangunan bagi Dun Pelabuhan Klang sejak tersebarnya cerita kononnya Badrul tidak sihat untuk melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Siri Analisis DUN Selangor - N13 KUANG: KERUSI MELAYU PINGGIR BANDAR YANG BOLEH MENENTUKAN ARAH SELANGOR

PH lawan BN–PN? PH–BERSATU lawan BN–PN? Dan bagaimana BERSAMA boleh menjadi “pengacau” yang menentukan pemenang? DUN Kuang cukup rapat dengan saya. Malah saya merupakan pengundi DUN ini. Sedikit sebanyak saya agak arif dengan kawasan ini kerana lebih 2 dekad tinggal di sini. Almarhum ayahanda saya juga pernah tinggal di sini tahun 50-an. Kuang ini punya sejarah panjang keluarga kami.  Ada kerusi yang menang kerana gelombang. Ada kerusi yang menang kerana parti. Ada kerusi yang sangat bergantung kepada calon. DUN N.13 Kuang mempunyai ketiga-tiganya sekali. Lebih menarik, Kuang memberi satu pelajaran politik yang jarang diperhatikan: BERSATU pernah memenangi kerusi ini ketika bersama Pakatan Harapan pada 2018, dan BERSATU sekali lagi memenanginya pada 2023 ketika berada dalam Perikatan Nasional. ( ElectionData.MY ) Justeru Kuang bukan sekadar kerusi PH, BN atau PN. Kuang lebih tepat dianggap sebagai kerusi Melayu pinggir bandar yang sangat sensitif terhadap penjajaran gabungan, calo...

69 TAHUN MERDEKA: MERDEKA ITU BUKAN NOSTALGIA — IA AMANAH KEDAULATAN

Selepas 69 tahun, persoalannya bukan lagi “adakah kita sudah merdeka?”, tetapi “apa yang telah kita lakukan dengan kemerdekaan itu?” Oleh: Dr Dan Blog Dunia Mendan 31 Ogos 2026 Esok, 31 Ogos 2026, Malaysia genap 69 tahun merdeka . Enam puluh sembilan tahun sejak laungan keramat “Merdeka!” bergema di Stadium Merdeka. Enam puluh sembilan tahun sejak sebuah bangsa memperoleh kembali hak menentukan nasibnya sendiri. Sambutan Hari Kebangsaan 2026 membawa tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” , dengan sambutan peringkat kebangsaan berlangsung di Putrajaya. Namun setiap kali 31 Ogos datang, saya selalu terfikir: Apakah cukup kita menyambut kemerdekaan dengan Jalur Gemilang, perarakan, lagu patriotik dan laungan Merdeka? Atau kemerdekaan sebenarnya menuntut sesuatu yang jauh lebih besar? Saya kira, selepas 69 tahun, kita sudah sepatutnya berani bergerak daripada sekadar meraikan kemerdekaan kepada memaknakan kemerdekaan. MERDEKA BUKAN SEKADAR SATU TARIKH Merdeka bukan nostalgia. Mer...

KEADILAN Siri 1 : Menilai KEADILAN sebagai pengkaji, bukan sebagai penghukum

Saya tidak melihat Parti KEADILAN Rakyat dari kejauhan. Saya telah mengkaji parti ini sejak ia masih menjadi sebuah parti pembangkang yang berjuang untuk mendapatkan tempat dalam arus utama politik Malaysia. Tesis Doktor Falsafah saya memberikan tumpuan khusus kepada Parti KEADILAN Rakyat. Berdasarkan rekod dan pengetahuan saya, saya merupakan orang pertama yang menjalankan kajian mengenai parti ini secara khusus pada peringkat PhD. Penyelidikan tersebut membolehkan saya mendalami KEADILAN bukan sahaja sebagai sebuah organisasi politik, tetapi sebagai gerakan reformasi yang lahir daripada krisis politik 1998 dan kemudiannya berkembang menjadi parti pelbagai kaum yang penting dalam proses pendemokrasian Malaysia. Selepas menyelesaikan tesis tersebut, perhatian saya terhadap KEADILAN tidak terhenti. Saya terus mengkaji, menulis dan membicarakan perkembangan parti ini melalui pelbagai buku, bab dalam buku, artikel jurnal, makalah akademik, analisis media serta penulisan umum. Saya mengiku...