Abstrak
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-11
telah dijalankan pada 7 hb Mei 2016. Ia
melibatkan pemilih biasa sejumlah 1,113,552, 25,022 pemilih awal serta 106
pemilih tidak hadir luar negara.
Sejumlah 82 kerusi Dewan Negeri telah dipertandingkan iaitu penambahan 11
kerusi berbanding PRN kali ke-10, 2011. Politik Sarawak sememangnya berbeza
dari segi budaya dan komposisi etnik jika dibandingkan dengan negeri-negeri
lain di Malaysia. Namun sejak kebelakangan ini, masyarakat dan khususnya
penganalisis politik tempatan mula mengkaji dan ingin mengenali lebih mendalam
budaya politik Sarawak. Dari aspek geografi, Sarawak terletak di Kepulauan
Borneo bersama Sabah, Brunei dan Indonesia (Kalimantan). Penulisan ini
menganalisis secara ringkas keputusan PRN Sarawak 2016 dengan memberi penekanan
kepada prestasi parti-parti politik utama yang bertanding.
PENDAHULUAN
Sejak
Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963, Sarawak telah
mengadakan pilihan raya negeri sebanyak sepuluh kali bermula pada tahun 1969/70,
1974, 1979, 1983, 1987,1991, 1996, 2001, 2006 dan 2011. Pada kebiasaannya,
Pilihan Raya Umum Malaysia akan disekalikan dengan Pilihan Raya Negeri
sebagaimana terjadi di Semenanjung Malaysia. Namun keadaan ini berbeza untuk
negeri Sabah dan Sarawak di mana kedua-dua negeri ini mengadakan pilihan raya
negeri berasingan. Cuma pada PRU ke
11,2004, buat pertama kalinya Sabah telah membubarkan DUN Sabah serentak dengan
pembubaran Parlimen Malaysia. Sekaligus PRN Sabah dilakukan serentak bersama
Pilihan Raya Umum Malaysia akan datang. Tetapi Sarawak mengambil pendekatan
yang berbeza dengan Sabah iaitu tidak membubarkan DUN Sarawak pada tahun 2004. Pilihan
Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-11 pula telah dijalankan pada 7 hb Mei
2016. Sejumlah 82 kerusi telah dipertandingkan
pada PRN kali ini akibat persempadanan semula kawasan (Shaharuddin bin
Badaruddin, 2010).
Latarbelakang
Keputusan
Secara keseluruhan dengan jumlah keluar mengundi sebanyak 61%, BN telah
memenangi 72 dari keseluruhan 82 kerusi yang dipertandingkan. Jumlah ini adalah
penambahan 17 kerusi dari PRN sebelum ini. BN memperoleh 61.96% undi popular
iaitu peningkatan 6.6%. Di pihak Oposisi, KEADILAN mengekalkan ketiga-tiga
kerusi yang dimemenangi sebelum ini. Namun, jumlah undi popular 17.41% adalah
jauh lebih rendah dari yang diperolehi sebelum ini. Ia merupakan penurunan 7.3%
undi popular. DAP pula kehilangan 5 kerusi dengan hanya berjaya mengekalkan 7
kerusi.
Secara ringkas jumlah calon dan kerusi yang dimenangi berdasarkan parti
adalah seperti berikut:
Parti
Politik
|
Calon
Bertanding
|
Menang
|
BN
|
82
|
72
|
DAP
|
31
|
7
|
KEADILAN
|
40
|
3
|
PAS
|
11
|
0
|
AMANAH
|
13
|
0
|
STAR
|
10
|
1
|
PBDS (B)
|
5
|
0
|
Bebas
|
36
|
0
|
Sumber : SPR,
2016
Analisis BN
Berdasarkan undi popular, BN di bawah pimpinan Tan Sri Adenan Satem
meningkatkan peratus sokongan sebanyak 6.6%. Ini merupakan satu mandat peribadi
yang besar untuk Ketua Menteri yang sebelum ini hanya menggantikan Ketua
Menteri yang lama. PBB yang memenangi kesemua 39 kerusi yang dipertandingkan
memperoleh 48 jumlah kerusi keseluruhan. Ini merupakan peningkatan 4%
berbanding PRN 2011.
Dua parti utama Pakatan Harapan (PH) agak merosot undi popularnya.
Walaupun DAP kehilangan 5 kerusi , undi popularnya hanya merosot 0.7%. Ini
berbeza dengan KEADILAN. Walaupun berjaya mempertahankan kesemua 3 kerusinya,
undi popular KEADILAN merosot 7.3%. AMANAH sebagai parti baru berjaya
memperolehi 1.13% undi popular dari 13 kerusi yang ditandinginya. Agak menarik walaupun dengan kehadiran AMANAH
yang merupakan serpihannya, PAS telah meningkatkan 0.3% undi popularnya.
Seperti dijangka, STAR, PBDS (Baru) dan calon-calon Bebas tidak memberi impak
di dalam PRN ini dengan hanya memperolehi sekitar 5% undi popular.
Analisis Team Adenan (Calon Langsung)
Antara cabaran utama Tan Sri Adenan Satem dalam menghadapi PRN 2016
adalah konflik dalaman BN. Komponen BN ternyata waktu itu berpecah dengan
kemunculan UPP dan Teras yang merupakan serpihan kepada 2 parti komponen BN
yang lain. Cabaran utama tentunya untuk memuaskan hati SUPP dan dalam masa yang
sama terpaksa menerima kewujudan UPP. Agihan kerusi dalam konflik yang sebegini
merupakan dilemma terbesar Tan Sri Adenan Satem hingga ada yang menjangka akan
berlaku boikot dalaman dan perpecahan (Free Malaysia Today, 20 Mei 2014).
Beliau telah memperkenalkan calon langsung di 13 kerusi yang bermasalah.
Ini turut dilaksanakan di Semenanjung Malaysia oleh BN sewaktu PRU ke-13
(Contohnya meletakkan Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam) dengan hasil yang
amat mengecewakan. PH dan parti-parti oposisi lain yang menjangkakan akan
berlaku protes dalaman BN telah meletakkan calon masing-masing di 12 dari 13
kerusi langung berkenaan. Manifesto BN Sarawak juga dilancarkan lebih awal bagi
memberi impak langsung kepada para pengundi (Free Malaysia Today, 20 Mei 2014).
Untuk menangani isu protes dalaman, Tan Sri Adenan Satem telah
melancarkan “Team Adenan” bagi 13 kerusi berkenaan. Ini satu startegi yang bijak
dan sangat menarik. Strategi ini juga unik dalam menangani konflik berkenaan
terutama di tiga kerusi panas iaitu N47 Pakan, N52 Dudong dan N53 Bawang Assan.
DUN
|
Oposisi
|
Majoriti
2016
|
Majoriti
2011
|
N1 Opar
|
KEADILAN / PBDS
(B) / BEBAS
|
2,082
|
2,006
|
N18 Serembu
|
KEADILAN / STAR
|
1,397
|
Kerusi Baru
|
N19 Mambong
(UPP)
|
KEADILAN/DAP
|
3,333
|
3,646
|
N23 Bukit
Semunja
|
DAP/ PBDS (B)/
Star/ BEBAS
|
3,144
|
Kerusi Baru
|
N33 Engkilili
(UPP)
|
KEADILAN / 2
BEBAS
|
3,857
|
3,807
|
N47 Pakan
(Teras)
|
DAP / BEBAS
|
426
|
1,197
|
N52 Dudong
(UPP)
|
DAP/Star/ 2
BEBAS
|
2,146
|
DAP 317
|
N53 Bawang
Assan (UPP)
|
STAR / DAP/ 2
BEBAS
|
4,131
|
1,808
|
N54 Pelawan
|
DAP / STAR
|
DAP 4,314
|
|
N71 Bekenu
|
KEADILAN / 2
BEBAS
|
4,789
|
3,714
|
N74 Pujut
|
PAS/DAP/BEBAS
|
DAP 1,759
|
|
N78 Mulu
|
KEADILAN/DAP/BEBAS
|
1,708
|
8,600
|
N80 Batu Danau
(Teras)
|
BEBAS
|
2,939
|
2,319
|
Sumber : SPR, 2016
Ternyata keputusan melancarkan
kempen “Team Adenan” membuahkan hasil yang amat memberangsangkan buat BN. Calon
“Team Adenan” berjaya memenangi 11 dari 13 kerusi dengan sebahagian besarnya
dengan peningkatan majoriti. Bukan itu sahaja, Kerusi N52 Dudong berjaya
dirampas dari DAP dengan majoriti besariaitu 45.88% undi popular. Ternyata juga
protes dalaman yang dijangka berlaku di N53 Bawang Assan tidak menjadi
kenyataan. Calon langsung Datuk Sri Wong Soon Koh telah memenangi kerusi berkenaan
dengan undi popular sebanyak 60%. Majoriti juga meningkat dari 1,808 sewaktu
PRN Sarawak 2011 kepada 4,131 pada kali ini. Dari segi sokongan kaum, 3
terdapat peningkatan ketara ketiga-tiga kaum utama Sarawak menyokong BN
termasuk peningkatan 10% kaum Cina beralih sokongan kepada BN (Dah Ikhwan,
2016).
Analisis Prestasi Oposisi Utama / Pakatan Harapan
PARTI
|
Calon
|
>80%
|
79-60%
|
59-50%
|
49-30%
|
29-10%
|
<10 o:p="">10>
|
DAP
31
3
4
10
8
4
KEADILAN
40
1
2
4
24
9
AMANAH
13
5
8
PAS
11
2
4
5
Sumber: Analisis penulis
Berdasarkan jadual di atas, ternyata prestasi parti-parti oposisi
tidaklah memberangsangkan. Selain dari kekuatan BN terutama dari segi kewangan
dan jentera, kegagalan parti-parti ini bersatu mengakibatkan kejatuhan sokongan
pengundi kepada calon-calon PH dan oposisi seperti PAS.
DAP walaupun kehilangan 3 kerusi masih mengekalkan sokongan agak besar
di tujuh kerusi. Tiga darinya dipertahankan dengan undi popular lebih 60%. DAP
juga memperolehi undi agak memberangsangkan di 10 kerusi yang lain. Namun
kesilapan utama DAP adalah bertanding di kawasan Iban dan bersaing sesame
sendiri dengan KEADILAN. DAP kalah teruk di 12 kerusi dengan 4 darinya di bawah
undi popular 10%.
KEADILAN Berjaya mengekalkan ketiga-tiga kerusinya. Namun kesemuanya
menyaksikan sedikit kemerosotan sokongan atau swing vote yang negatif.
Kerusi-kerusi berkenaan iaitu N11 Batu Lintang (-0.77%), N39 Krian (-1.56%) dan
N81 Ba’kelalan (-0.39%) dipertahankan atas kapasiti karisma calon-calon
KEADILAN di kawasan berkenaan. Selain dari 7 kerusi, KEADILAN juga masih gagal
memberi impak bermakna di 33 kerusi lain terutama di kawasan Iban dan
Melayu/Melanau.
AMANAH sebagai komponen terbaru PH ternyata gagal memberi impak bermakna
kali ini. Tambah parah, calon-calon AMANAH kalah teruk dalam 5 kerusi
persaingannya dengan PAS. Ini memberi satu “bragging right” kepada PAS. PAS dan
AMANAH juga gagal meningkatkan undi yang diperolehi oleh KEADILAN di
kerusi-kerusi yang mana KEADILAN bertanding sewaktu PRN 2011. Ringkasan
pertembungan antara PAS dan AMANAH boleh dilihat berdasarkan jadual jumlah dan
peratus undi popular di bawah:
Kerusi
|
PAS
|
AMANAH
|
PRN 2011
|
N7 Samariang
|
2,035 (16.51%)
|
386 (3.16%)
|
2,577 KEADILAN
24.35%
|
N16 Muara Tuang
|
1,508 (11.94%)
|
765 (6.06)
|
4,447 (30.72)
|
N24 Sadong Jaya
|
458 (9.44%)
|
157 (3.23%)
|
1,074 (19.27%)
|
N27 Sebuyau
|
1,789 (27.1%)
|
164 (2.48)
|
1,769 (29.64%)
|
N29 Beting Maro
|
3,051 (38.06%)
|
103 (1.28%)
|
2,678 (46.11%)
|
Sumber : SPR, 2016
Boleh dirumuskan hanya sebilangan kecil ahli-ahli PAS di Sarawak beralih
sokongan ke AMANAH. Lebih menarik di kerusi
N29 Beting Maro yang mana PAS sentiasa memberi tentangan sengit, AMANAH
kalh teruk dengan hanya memperolehi 103 undi. Namun, PAS kehilangan sekitar 8%
undi terutama dari pengundi atas pagar. Keadaan ini antara lain disebabkan
protes dan bosan dengan persaingan antara PAS dan AMANAH dalam menentang calon
BN.
Persaingan sesama sendiri DAP dan KEADILAN turut memberi impak kepada
persepsi pengundi bukan sahaja di Sarawak. Malah ia akan memberi impak besar
kepada persepsi pengundi di Semenanjung Malaysia selepas ini. DAP dan KEADILAN
juga gagal menunjukkan solidariti oposisi yang diharapkan oleh pengundi atas
pagar dan pengundi bandar. Persaingan dua parti utama oposisi di Sarawak ini
boleh diringkaskan menerusi jadual berikut:
Kerusi
|
DAP
|
KEADILAN
|
PRN 2011
|
N13 Batu Kitang
|
4,626 (37.84%)
|
883 (7.22%)
|
Kerusi Baru
|
N19 Mambong
|
2,828 (23.9%)
|
2,645 (22.35%)
|
KEADILAN 4,447
(30%)
|
N32 Simanggang
|
695 (8.52%)
|
580 (7.11%)
|
DAP 2,331
(32.2%)
|
N49 Ngemah
|
243 (3.81%)
|
396 (6.21%)
|
KEADILAN 650 (12.42%)
|
N66 Murum
|
687 (11.08%)
|
1,065 (17.18%)
|
Kerusi Baru
|
N78 Mulu
|
309 (5.78%)
|
1,490 (27.87%)
|
Kerusi Baru
|
Kesemua 6 kerusi yang menyaksikan
pertandingan antara satu sama lain dengan BN telah mengakibatkan kedua-dua
parti merosot teruk dari segi sokongan. Kersi N19 Mambong merupakan satu contoh
bahawa persaingan di situ tidak menguntungkan kedua-dua parti dalam menghadapi
calon BN. Kerusi-kerusi lain juga menampakkan usaha sia-sia dan menghabiskan
sumber kerana salah satu parti berkenaan kalah teruk dan hilang wang deposit.
Analisis Keseluruhan
Secara ringkas, terdapat dua faktor utama kemenangan besar BN pimpinan
Tan Sri Adenan Satem. Faktor utama adalah kepimpinan Tan Sri Adenan dan
keupayaan beliau memberi keyakinan kepada pengundi Sarawak bukan sahaja dalam
aspek pembangunan. Beliau dilihat sebagai pemimpin negeri yang sangat tegas
mempertahankan hak negeri Sarawak apabila berhadapan dengan Putrajaya. Faktor
“feel good” imej beliau juga memberi impak sangat positif kepada BN. Keupayaan
beliau menyatukan parti-parti kompenan BN yang berkonflik terutama menerusi
“Team Adenan” juga memperlihatkan kebolehan beliau membawa mesej BN yang
bersatu. Jentera kempen yang kukuh dan mantap dari segi kewangan tentunya
memberi kelebihan kepada BN Sarawak.
Faktor kedua membawa kemenangan BN adalah kegagalan parti-parti Oposisi
bersatu sebagai satu alternative kepada BN. DAP dan KEADILAN Sarawak gagal
mencapai kata putus untuk membawa satu suara yang utuh menentang dominasi BN. Cubaan
DAP bertanding di kawasan majoriti Iban juga gagal membawa hasil dan
menyebabkan parti tersebut agak hilang fokus di kawasan urban. PAS Sarawak pula
yang selama ini gagal bersaing dengan PBB di kerusi Melanau/Melayu semakin
lemah dengan kemunculan AMANAH yang merupakan parti yang mucul disebalik
konflik PAS. Sebagai parti baru yang baru ditubuhkan, AMANAH seperti diramal
gagal memberi impak kepada pengundi Sarawak. Kegagalan parti-parti ini bersatu
dalam satu pakatan membuatkan para pengundi menolak hingga membawa kepada
‘political fatigue” (Hamdan Mohd Salleh, 2016). Parti-parti lokal seperti
dijangka tewas teruk di kesemua kerusi yang dipertandingkan. Isu-isu yang
dibawa oleh PH seperti 1MDB, rasuah, derma dan sebagainya tidak mendapat tempat
di Sarawak. Fokus utama di Sarawak sebenarnya masih politik pembangunan (Junaidi
Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Novel Lyndon, 2012). Ini tentunya menyukarkan lagi kempen parti
politik Oposisi dan ini terbukti dengan keputusan PRN berkenaan.
Kesimpulan
Kemenangan besar BN Sarawak semamangnya tidak mengejutkan. Politik
pembangunan yang menjadi fokus kempen BN Sarawak ternyata menarik hati pengundi
Sarawak. Populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem juga memberi impak
positif dan ditambah dengan jentera kempen yang kukuh sumbernya. Parti-parti
Oposisi juga perlu belajar dari beberapa kelemahan ketara dalam PRN ini
seandainya Malaysia benar-benar ingin mengamalkan sistem dua parti dalam
demokrasi yang matang.
Rujukan
Dah Ikhwan (2016), “Keputusan PRN Sarawak 2016, Analisis dan
Ulasan”. https://dahalmi.wordpress.com/2016/05/08/keputusan-prn-sarawak-2016-analisis-dan-ulasan/
Hamdan Mohd Salleh
(2016). “Analyst: Pakatan risk losing support due to infighting”, Malay Mail
24/May/2016.
Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali
& Novel Lyndon (2012). Pengaruh Populariti Calon, sentimen nasional dan
politik pembangunan dalam Pilihanraya Kecil (PRK) P185 Batu Sapi, Sabah. MJSS,
Isu 8, hlm. 23-34.
Shaharuddin bin Badaruddin & Mazlan Bin
Che Soh (2010). Kesan Limpahan Pengaruh Pilihan Raya Negeri Sarawak Terhadap
Pilihanraya Umum. FSPPP, UiTM.
Shaharuddin bin Badaruddin. Transformasi
Politik Hasil Dari Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya Dalam Pilihanraya
Sarawak 2006 Ahmad Nidzam Sulaiman (ed.)Prosiding Pilihanraya dan
Pembangunan Politik SarawakUniversiti Kebangsaan Malaysia, Halaman 251-266
Shaharuddin bin Badaruddin. Kesan
Polisi Awam Pra dan Pasca Pilihanraya DUN Sarawak 2006 Terhadap Tren Pengundian
Orang-Orang Cina Sarawak Borneo-Kalimantan 2007: Transformasi Sosial
Kebijakan/Dasar Pembangunan di Borneo-Kalimantan Institut Pengajian Asia Timar, UNIMAS, Sarawak Halaman 449-461.
Shaharuddin Badaruddin, Asiyah Kasim, Zurina
Md Nen, Mazlan Che Soh, Nadrawina Isnin dan Sarina Othman. 2012. Ethnic
Politics, Social Media and Locality in the 10th Sarawak State
Election, 11th Borneo Research Council Conference. Borneo Research
Council and University Brunei Darussalam. 25-27 Jun 2012.
Shaharuddin Badaruddin dan Suekadiana
Affendi. 2008. Kecemerlangan Politik Peribumi Melayu/Melanau Muslim Dalam
Pilihanraya Sarawak. Dalam Masyarakat Peribumi Cemerlang oleh Jiram Jamit et.
Al. Akademi Pengajian Brunei. Universiti
Brunei Darussalam. Halaman 117-131.
Shaharuddin Badaruddin, Mazlan Che Soh, Mohd
Yadman dan Badron Abdul Manaf. 2011. Islam dan Politik Dalam Pilihan Raya
Negeri Sarawak 2011. Antara Aspirasi dan Realiti. Konferensi Antarauniversiti
Se Borneo Kalimantan ke-6 (KABOKA 6). Universitas Palangka Raya, Kalimantan
Tengah dan UNIMAS, Sarawak. Universitas Palangka Raya, Palangka Raya,
Kalimantan Tengah, Indonesia. 23-24 Mei 2011.
Suffian Mansor, Rosmadi Fauzi, Mohammad
Redzuan Othman, Amer Saifudi Ghazali & Zulkanain Abdul Rahman (2013). Pilihan
Raya Kecil Parlimen Sibu, Sarawak 2010. KL: UMCEDEL, FSSS, UM.
Rujukan Tambahan
Astro Awani. (2016, April 26). Pilihan Raya
Sarawak: PKR lancar Lima Janji Demi Sarawak. Diambil dari http://www.astroawani.com/berita-politik/pilihan-raya-sarawak-pkr-lancar-lima-janji-demi-sarawak-103740
Astro Awani. (2016, April 27). Pilihan Raya
Sarawak: DAP lancar manifesto 10 perkara, mahu fokus menentang BN. Diambil dari
http://www.astroawani.com/berita-politik/pilihan-raya-sarawak-dap-lancar-manifesto-10-perkara-mahu-fokus-menentang-bn-103819
Berita Harian. (2016, Mac 13). PRN Sarawak:
PAS Umum Manifesto. Diambil dari http://www.bharian.com.my/node/133270
Free Malaysia Today, 20 Mei 2014
“Sarawak CM comes up with slogan for state
election”, Borneo Post, 15 Mac 2015.
"Tiada sekatan (kepada pemimpin Pas) memasuki
Sarawak”. 22 Mac 2016, Sinar Harian
The
Hornbill unleashed, https://hornbillunleashed.wordpress.com/2015/11/28/pkr-held-krian-is-the-seat-to-watch-in-coming-elections/, (28
November 2015)
Laman-laman berita yang dirujuk:
AstroAwani 25 April 2016
Borneo Post Online, 22 April 2016, 28 April 2016
KLXpress.com.my 9 Oktober 2015
Free Malaysia Today 19 Disember 2016
Malaysia Dateline 29 April 2016
Malaysiakini 22 Februari 2016, 25
Mac 2016, 16 April 2016, 27 April 2016, 6 Mei 2016
Sarawakiana.net pada 20 April 2016
SarawakVoice.com , 9 April 2016, 28 April 2016
Sin Chew Daily, 13 Mac 2016
Sinar Harian 29 April 2016,
The Malay Mail Online 30 April 2016
The Borneo Post, 11 Mac 2016, 12
Mac 2016,
The Sunday Post, 13 Mac 2016
Latarbelakang
Penulis
Hamdan Mohd Salleh
merupakan Fellow Kanan Institut Kajian Pilihanraya dan pemajuan Demokrasi
(IESAD) UNISEL. Mengkhusus dalam Pengurusan Politik. PhD beliau mengfokus
kepada politik Oposisi di Malaysia. Bagi PRN Sarawak 2016, beliau telah
terlibat secara langsung sebagai penyelidik dalam kajian lapangan di beberapa
kawasan lapangan serta mengendalikan kajian kualitatif serta temuramah
berkumpulan di 18 lokasi seluruh Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan