Langkau ke kandungan utama

Epilog...PRK Tanjung Datu

dari ChangkatNingkeBTP


Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N3 Tanjung Datu telah diadakan pada 18 Februari 2017 susulan kematian Allahyarham Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari 2017. Kerusi ini disandang oleh Allahyarham sejak PRN 2006. Kawasan dun Tanjung Datu ini mempunya profil pengundi seimbang dari segi kaum dengan 51.21% Melayu/Melanau, 20.97% Cina, 13.26% Iban dan 14.56% Bidayuh.
Kerusi DUN Tanjung Datu ini sememangnya merupakan kubu kuat BN/PBB sejak dari dulu. Sejak Tan Sri Adenan menjadi ADUN di kawasan berkenaan sejak 2006, majoriti beliau agak menurun terutama sebelum dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak. Pada 2001, majoriti beliau adalah 5,497 manakala pada 2006 beliau menang dengan majoriti menurun kepada 4,136. Pada PRN 2011, majoriti beliau merosot kepada 3,216. Hanya apabila beliau menjadi Ketua Menteri yang mengetuai PRN 2016,  Tan Sri Adenan Satem menang besar setelah  memperoleh undi 6,360 dengan  majoriti sebanyak 5,892 (70.1% undi popular) .


Kematian mengejut Tan Sri Adenan menyebabkan PRK perlu diadakan di DUN Tanjung Datu yang mempunyai senarai pemilih seramai 9,959. Antara calon awal yang dicadangkan oleh PBB adalah anak bongsu beliau iaitu Azizul Annuar Adenan. Isteri beliau, Puan Sri Jamilah Anu turut dicadangkan, namun beliau pada awalnya menolak cadangan berkenaan. Nama lain yang turut dicadangkan adalah Pengarah Yayasan Sarawak, Azmi Bujang.
Dengan kejayaan Tan Sri Adenan mengetuai BN menang besar dalam PRN 2016, tentunya tidak sukar untuk PBB mempertahankan kerusi berkenaan. Ini ditambah dengan faktor populariti beliau serta undi simpati yang pasti akan memihak kepada PBB. Parti-parti utama oposisi sendiri tidak menampakkan kesungguhan untuk meletak calon terutama sekiranya ahli keluarga Tan Sri Adenan diletak sebagai calon. Pada 25 Januari 2017, KEADILAN Sarawak mengumumkan yang parti berkenaan tidak berhasrat untuk meletak calon pada PRK berkenaan atas alasan ingin menumpukan kepada persediaan PRU akan datang. Populariti dan jasa Tan Sri Adenan turut dijadikan satu asas untuk KEADIALAN tidak bertanding di Tanjung Datu. PAS yang pernah meletak calon di kerusi berkenaan pada PRN 2011 turut berpendirian untuk tidak bertanding kali ini. Ini diikuti dengan AMANAH yang buat pertama kali terlibat dalam politik Sarawak pada PRN 2016. Pendirian AMANAH ini dibuat walaupun AMANAH Sarawak menyatakan kesediaan bertanding sekiranya diberi mandat oleh pucuk pimpinan. Hanya DAP dikatakan sedang mempertimbangkan hasrat untuk meletak calon. Nama yang dikatakan akan diletak mewakili DAP adalah Abdul Aziz Isa Marindo yang bertanding di DUN Batu Kitang pada PRN 2016 serta merupakan calon tunggal Melayu dari DAP.
Pada 1 Februari 2017, Ketua Menteri Sarawak yang baru telah mengumumkan bahawa Puan Sri Jamliah Ani telah dipilih sebagai calon PBB bagi PRK Tanjung Datu. Pemilihan beliau tidaklah mengejutkan disebabkan beliau merupakan balu kepada Tan Sri Adenan serta turut aktif dalam kerja-kerja khidmat masyarakat di kawasan berkenaan. Pemilihan berkenaan juga memberikan kelibihan besar kepada BN dalam usaha mempertahankan DUN Tanjung Datu. Pastinya undi simpati dan ketiadaan parti-parti oposisi utama memberi kelebihan besar kepada Puan Sri Jamilah Anu.
Pada penamaan calon, BN/PBB yang diwakili oleh Puan Sri Jamilah Anu ditentang oleh 2 calon dari PBDS Baru dan STAR. Dua calon berkenaan adalah Rapelson Richard Hamit daripada PBDS Baru dan Johnny Aput dari STAR. Kedua-dua parti berkenaan merupakan parti minoriti dan kalah teruk di kesemua 15 kerusi yang ditandingi pada PRN 2016. Ini tentunya memberi kelebihan besar kepada BN sebelum hari mengundi lagi. STAR dan PBDS baru bukan ancaman besar buat BN dalam usaha mempertahankan Tanjung Datu. Johnny Aput yang juga Pengerusi STAR adalah calon STAR pada PRN 2016 di DUN Bukit Semuja dan hanya mampu memperoleh 53 undi.
Bagi PRK Tanjung Datu, BN telah melancarkan manifesto pada 10 Februari 2017. Fokus utama manifesto adalah meraikan dan menyambung legasi Tan Sri Adenan Satem. Tujuh belas perkara telah dijadikan paski untuk membangunkan Tanjung Datu beserta peruntukkan sebanyak RM863.2 juta menerusi 600 program pembangunan. Fokus utama adlah bagi meyakinkan pengundi   berkenaan usaha kerajaan negeri dalam menyelesaikan pelbagai isu setempat terutama isu tuntutan tanah adat (NCR), penambahbaikan kemudahan bekalan air dan elekterik, pendidikan, kesihatan serta pembangunan infrastruktur. Jentera BN juga digerakkan dengan cukup aktif dan disokong dengan agensi-agensi kerajaan yang melaksanakan pelbagai program masyarakat.
Dalam pada itu, STAR dan PBB Baru dilihat tidak mempunyai jentera dan dana kempen yang mencukupi. Fokus kempen STAR adalah untuk memastikan Perjanjian Malaysia 1963 dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan. Selain itu, kempen turut ditumpukan kepada penjagaan kesihatan dan penyediaan air bersih. PBDS Baharu pula tidak mempunyai isu kempen yang jelas dan ini memberi kesan kepada penerimaan pengundi.
Ternyata, keputusan meletakkan Puan Sri Jamilah Anu merupakan satu strategi yang memberi kemenangan besar kepada BN. Beliau telah memperoleh undi sebanyak 6,573 dan mempertahankan kerusi berkenaan bagi pihak BN dengan majoriti 6,443. Kemenangan berkenaan adalah pertambahan 551 undi daripada apa yang diperoleh oleh Tan Sri Adenan Satem sebelum itu. Calon STAR,  Johnny Aput hanya mempu meraih 108 undi, manakala calon PBDS Baharu Rapelson Richard Hamit mendapat 130 undi.

Kemenangan besar BN di dalam PRK Tanjung Datu 2017 adalah sememangnya telah dijangka. Populariti Tan Sri Adenan Satem dan pemilihan balu beliau sebagai pengganti memberikan kesan besar kepada kemenangan tersebut terutama undi simpati. Ini ditambah pula dengan DUN berkenaan yang merupakan kebu kuat BN/PBB sejak sekian lama. Isu kempen yang digunakan oleh STAR terutama Perjanjian Malaysia 1963 tidak relevan kerana Tan Sri Adenan sendiri adalah merupakan pejuang yang tegas dalam mempertahankan hak Sarawak. Ketiadaan parti-parti oposisi tama juga memberi laluan mudah kepada BN. Malah, sendainya parti-parti ini turut bertanding kali ini, BN dilihat tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan Tanjung Datu.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

UNISEL Dah Masuk Ranking Asia. MPU Masih Boleh Biasa-Biasa?

Cuba bayangkan dua berita tentang kampus sampai pada hari yang sama. Satu, UNISEL naik satu anak tangga dalam ranking Asia Tenggara. Satu lagi, mahasiswa akhirnya berjaya meyakinkan pengurusan supaya laluan ke dewan kuliah boleh digunakan oleh pelajar berkerusi roda. Berita pertama senang dijadikan poster. Berita kedua mengubah cara seseorang sampai ke kelas. Bila nama Universiti Selangor (UNISEL) masuk QS Asia edisi 2026 , dalam kelompok 1,101–1,200 , ada yang mungkin tanya, “Nombor macam itu pun nak diraikan?” Ya, saya rasa patut. Dalam senarai Asia Tenggara , UNISEL pula bergerak daripada kedudukan bersama ke-173 pada edisi 2026 kepada kedudukan bersama ke-172 pada edisi 2027 . Kita boleh gembira dengan langkah itu. Tahniah kepada senmua yang terlibat dan menyumbang. Cuma selepas ucapan tahniah, elok kita tanya soalan yang lebih susah. Apa yang mesti berubah di kampus supaya kemajuan itu dirasai oleh mahasiswa sendiri? Kenapa UNISEL perlu masuk ranking? Sebab kita perlu tahu di mana...

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

PRN Melaka 2026 — Analisis setakat 9 November 26

BN berada di landasan untuk kekal sebagai kuasa terbesar di Melaka. Unjuran asas saya ialah BN 21 kerusi, PH 5 dan PN 2, menjadikan Muafakat Melaka 23 daripada 28 kerusi. Pertarungan yang paling menarik ialah sama ada PN boleh mengambil Bukit Katil daripada PH, sama ada PH boleh mengambil Paya Rumput yang dilepaskan BN kepada PN, dan sama ada BERSATU boleh menembusi Sungai Udang atau Pantai Kundor . SPR mengesahkan 79 calon bagi 28 kerusi. Majoriti mudah ialah 15 kerusi , manakala dua pertiga memerlukan 19 kerusi . Undi awal berlangsung pada 10 November dan pengundian pada 14 November. Unjuran ini menggunakan keputusan 2021, senarai calon muktamad dan laporan lapangan yang diterbitkan sehingga 9 November. Angka di bawah ialah penilaian kerusi secara kualitatif. Kadar pemindahan undi dan perbezaan kadar keluar mengundi masih menjadi ketidakpastian utama. spr.gov.my Apa yang kelihatan di lapangan Hisommudin Bakar dari Ilham Centre melaporkan pada 9 November bahawa gerak kerja BN–PN l...